Saturday, August 30, 2014

Nasi Goreng Planta

Pagi ni sarapan agak lewat...biasanya aku sediakan sarapan dulu sebelum buat kerja lain. Sejak ada kucing @ Snow kat rumah ni aku dah ada tambahan tugas....eehh sabar je la...tak terkata nak marah dan stress. Mengenangkan perasaan penghuni lain aku bertabah je. Mana tahan bila bangun pagi tengok Si Snow mengiau aku dah stress!!! jenguk je tempatnya aku dah tak tahan kena bersih terlebih dahulu...seterusnya kemas rumah yang sudah menjadi rutin setiap hujung minggu...bila dah buat urusan mengemas maka masuk dapur untuk sedia sarapan pun dan pukul 10 pagi...ala awal lagi...lagipun hari ni tak ada kelas mengaji dan tengahari nanti ada jemputan kenduri kawin....jadi masak nasi goreng pun cukup la.... entah kenapa pagi ni teringin nak cuba masak nasi goreng planta...eeemmm sedap juga sebab ada rasa lemak mesti la sedap!!! walaupun nasi tu aku goreng cuma letak telur dan ikan bilis. 

Rupa nasi goreng planta ni biasa je...tapi rasanya yang memikat selera

Friday, August 29, 2014

Ikan Perkasam Goreng

Bagi peminat ikan perkasam mesti terliur bila menyebutnya...aku memang suka makan ikan perkasam. Makan malam tadi aku goreng ikan perkasam sebagai lauk tambahan...uuhuu tau je la bila menggorengnya satu rumah berbau perkasam...ada yang anti bau ni tambah pula orang yang tak makan...eemm apa kisah sekejap je baunya. Ikan perkasam ni betul membuka selera aku malam ni meskipun masih sakit gusi tetap juga aku kunyah tanpa ambil kisah kesakitan...

Last stock ikan perkasam....nampaknya kena beli buat stok!!! mana tau tiba-tiba je terliur nak makan

Sengkuang

Penyakit yang sering melanda diri aku menyerang lagi... badan aku ni tak boleh tersalah makan makanan yang berempah @ cili atau senang cakap makanan boleh buat badan rasa panas seperti kari....punca dari makanan tersebut gusi akan bengkak dan melarat ke gigi terasa sakitnya. Seminggu aku merana gara-gara makan nasi briyani, ayam tandori dan pajeri nenas. Aku dah lebihkan minum air biasa tapi tak juga kurang sakitnya...masak bali minum air bali, jus buah setiap pagi...tetap tak hilang kesakitannya.

Petang semalam masa membeli sayur ternampak sengkuang...emm setakat yang aku tahu makan sengkuang boleh sejukkan badan terutama bila demam...harapnya usaha ni menjadi. 

Betik dan sengkuang bekal makan di ofis...sengkuang ni biasanya orang makan cicah dengan kuah rojak...aku letak asam boi je untuk ambil rasa...tak lalu nak telan sengkuang tawar tu tanpa ada rasa lain.

Makan Salad Je Ke??

Petang semalam aku dah kurang mood nak masak gara-gara sakit gusi...selera nak makan pun kurang. Sediakan fast food dan salad untuk makan malam...uuhuuu hidangan dinner ada yang sihat ada yang kurang digalakkan. Apa pun bukannya setiap hari kami makan fast food...kira halal sebagai tambahan lemak dalam badan untuk minggu ini.

Kehijauan salad bersalut sos thousand island...kalau setiap hari makan salad ni mesti boleh kuruskan? Tapi larat ke badan ni  makan sayur tanpa makanan karbohidrat setiap hari? Lain la kalau dari kecil diasuh makan vegi....