Monday, April 25, 2011

SPA sendiri

Kalau dah perempuan@wanita tu tak boleh nak lari dari perihal menjaga kesihatan dan kecantikan... pantang ada jual produk kecantikan dan kesihatan wanita le yang cepat terpengaruh. Bab ni aku sendiri akui malah aku sendiri sering terjerumus ke arah 'menyoping' tu la bahasa paling mudah. memang dah lama aku idamkan akhirnya!!! dah seminggu aku bawa balik 'sauna spa' ni... dulu aku dok hitung berbaloi tak beli benda ni kot-kot hangat sekejap je...lepas tu masuk stor... harapnya hobi ni berpanjangan le...demi kesihatan dan kecantikan....
 
Produk ni aku order online http://www.nazconsauna.com, 1-2 hari dah terima tu yang seronok tak yah nak pening cari kedai, masa & minyak selamat. Aku suka produk ni sebab senang nak simpan kalau tak nak guna... ruang rumah pun tak semak....
Ok bab merealisasikan sauna ni dah pun bermula...aku dah 3 kali guna...uuuhhh memang best, rasa tak menyesal labur duit sikit untuk diri sendiri...tu la ayat orang perempuan bila bab menghabiskan duit. Setakat ni hasilnya bila lepas sauna tu aku tidur lena dan bila bangun pagi badan rasa segar je, lagipun aku bersauna malam sebab siang hari kerja. Harapnya badan pun boleh slim dan semestinya toksin pun kurang!!! Tunggu episod seterusnya...

Saturday, April 23, 2011

Setahun di sini.

April ni genap setahun aku berada di kediaman ni, ianya telah mengubah kehidupan aku. Di sini ketenangan, damai dan selesa, aku begitu bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah swt. Bagi aku segala doa ni sudah termakbul walaupun tidak segah orang lain tapi cukup untuk aku nikmati dalam situasi sekarang ini.
tidak perlu kemewahan kiranya jiwa tidak tenteram.... 
tidak perlu bermegah andainya itu bukan milik kita....
itu la yang aku tetapkan dalam diri sebagai salah satu cabang pegangan kehidupan. Setiap insan rasanya sama saja pilihan dalam hidup ini 'kebahagian dan ketenangan'.

Dah setahun cuma ada la sikit perubahan dalam kediaman aku ni... ya la ala kadar je. Sikit-sikit le tambah barang kat umah ni, lagipun aku tak minat rumah penuh dengan perabot, tak nak susahkan diri menjaganya.
Ruang tamu@lepak area
Balkoni... menyedut udara segar
dapurku....
pelabuhanku.....


Fountain kecil ilham sendiri
Kawanku 'Biru'

Kat sini nak gak tujuk hobi aku sejak kebelakang ni...uuuhhh ya la nak release tension tu boleh le bila tengok benda-benda cam ni...pelihara ikan biru (ikan laga), fountain tu ada gak ikan guppy tapi dari 10 ekor dah tinggal 2 ekor je..mungkin tak sesuai kot kat dalam tu....aku ada gak tanam daun pandan, pokok herba tu ada la 2-3 jenis, bunga-bungaan...tapi terlupa lak nak snap pic... ok tu je setakat ni.

Saturday, April 16, 2011

Secawan teh bersama kabus

Bila baca tajuk post ni macam kisah drama atau novel le pulak...tapi apa aku kisah ni blog aku...suka-suka le untuk hiburan diri sendiri. Pagi ni memang nyaman je lepak kat umah, ya la ari sabtu dan ahad masa yang aku tunggu-tunggu... rasanya bukan aku je orang lain pun sama menunggu je hari cuti ni... 5 hari bekerja dah cukup stress...macam-macam kena hadapi mula dari keluar rumah sampai le suasana di ofis dan seterusnya le. Tak perlu nak citer le semua orang ada masalahkan.



Maka hari ni ditakdirkan hujan pagi-pagi .. aku apa lagi pagi hari minggu begini mula menghitung nak makan, tambah lak suasana sejuk dan berkabus cam ni mesti lapar le... Sambil lepak2 kat branda umah tengok kabus ni dapat le sacawan teh... uuuhh sambil tu santai2 le macam dok kat genting le pulak... tenang je tengok kabus pagi ni.. biasanya kalau lepas hujan atau hujan di pinggiran taman aku ni kabus sentiasa datang menyelubungi... tu la yang buat aku rasa tenang dan damai dok sini bila secawan teh bersama kabus.

Thursday, April 14, 2011

Ada Citer Lagi!!!

Seminggu ni boleh dikatakan banyak le idea aku nak menaip kat sini ... sebabnya sesuatu yang baru dalam kehidupan aku ... kononnya berusaha untuk menceburi bisnes... itu pun sebab sokongan dari rakan.... kalau nak harapkan kemampuan aku ni mungkin slow sikit...sebab aku tahu hati aku ni kecik untuk terjerumus dalam bidang ni... entah le aku ni pelik sikit kalau dibandingkan dengan ahli keluarga aku yang lain... ya la boleh dikatakan sedara mara aku ramai yang menghambakan diri dalam bisnes... walaupunnya secara kecilan tapi kehidupan mereka cukup segalanya. Memang dah tercatat rezeki dalam perniagaan ni melebihi dari pekerjaan lain.

Balik semula pada citer aku ni ... bila dah dapat semua dokumen untuk buka akaun bank tu... mula le aku mengisi borang ... simple je borangnya...10 minit boleh siap la... ya la macam aku ni cepat le sebab dah biasa pegang pen ...he..he.he.. lepas tu bila dah sampai bab nak sign tu....adooiiii kena cap company... cissss tak cukup le syarat aku ni .. aku pun dah buntu sebab cop company belum tempah lagi... tapi aku ni gamble le nak juga serah borang tu sebab aku dah dok kat bank...rasa rugi le masa pulak, dah la aku lari dari tugas sekejap ni... Aku nekad le pi ke kaunter pelanggan...nasib baik tak da pelanggan lain... aku pun wat le muka jernih dan wat ala-ala rasa bersalah...he..he.. aku sendiri je yang tau cam mana situasi aku tu...uuhuhh... "selamat tengahari encik! saya nak mohon akaun untuk syarikat tetapi saya tak bawa cop syarikat, boleh ke saya hantar hari ni atau boleh dipertimbangkan"? huuhuuhuu rasanya pertanyaan aku tu dah berbudi bahasa... si encik kat kaunter tu pun kira ok le...ramah dan berbudi bahasa ... orangnya nampak cool je... ya le aku rasa dari pagi dia dok situ mesti dah ramai orang datang jumpa dia... encik kaunter ambil borang tu...dia teliti... 'cuba puan pergi jumpa encik aaaa kat kaunter nnuuuuu... aku pun ke meja encik tu ... tunggu jap sebab dia berada dalam talian... datang si cantik manis... kakak duduk le... uuuuhhh baiknya staff kat sini suruh aku duduk je kat kerusi depan bos dia tu... tapi aku ni ada gak le tata tertib...ceeehhh ya le main masuk je rumah orang mana boleh...dah le tuan dia tak jemput... aku tunggu sampai encik executive bank tu habis bercakap...baru le aku bagi salam dan duduk... memang ramah orangnya ya la kena le dengan kerja dia tu...kalau tak pandai bercakap cam mana dia nak layan pelanggan bank... ok pun mula la hulur borang permohonan tu...aku mula le citer apa tujuan dan masalah ke situ... tup...tup..tup dia interview la aku sikit tanya kenapa nak buka akaun jauh dari alamat aku tu... aku jawab tak jauh encik lagipun saya memang ada akaun persendirian kat sini... ooh ok le kalau macam tu...lagipun sekarang ni senang ada internet banking katanya. Sampai le bab cop syarikat yang aku tak da tu... dia pertimbangkan boleh aku bawa besok je..katanya memandangkan dia tak ramai pelanggan hari tu, maka dia proses je dulu permohonan aku tu... alahamduillah dalam hati aku ucap syukur dan terdetik baiknya pegawai bank ni...dia tak menyusahkan pelanggan dia... cara kerja cam ni baru pelanggan tak merungut malah boleh menarik lagi pelanggan nak ke bank tu... tak la macam pergi ke kaunter kerajaan... silap isi borang pun dah tak nak tolong... alah tak payah citer le pasal perkhidmatan awan kerajaan ni... setiap orang ada je reaksinya....

Sambung lagi komunikasi aku dengan encik exec bank tu.. sambil2 dia dok proses borang aku tu...ada gak le dia tanya pasal bisnes aku nak buat...bla--bla---bla, aku ni jawab le dengan jujur dan ringkas... tiba-tiba je dia tanya siapa yang akan jadi "introducer" .. saya sendiri boleh tak sebab saya ada akaun Semasa ... oohhh ok lagi senang katanya... kalau ikut procedure setiap pelanggan yang nak buka akaun bank kat maybank kena ada seorang yang memperkenalkan untuk sign kat borang tu...dan introducer tu mesti le pemegang akaun bank tersebut... cuma perlu tandatangan je.. selesai le untuk permohonan tu... aku kena tunggu sehingga permohonan tu lulus.

Ok le catatan untuk hari ni...mungkin ada lagi sambungan episod ni... ya la setiap hari kehidupan kita penuh dengan citer dan pengalaman.