Saturday, April 23, 2011

Setahun di sini.

April ni genap setahun aku berada di kediaman ni, ianya telah mengubah kehidupan aku. Di sini ketenangan, damai dan selesa, aku begitu bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah swt. Bagi aku segala doa ni sudah termakbul walaupun tidak segah orang lain tapi cukup untuk aku nikmati dalam situasi sekarang ini.
tidak perlu kemewahan kiranya jiwa tidak tenteram.... 
tidak perlu bermegah andainya itu bukan milik kita....
itu la yang aku tetapkan dalam diri sebagai salah satu cabang pegangan kehidupan. Setiap insan rasanya sama saja pilihan dalam hidup ini 'kebahagian dan ketenangan'.

Dah setahun cuma ada la sikit perubahan dalam kediaman aku ni... ya la ala kadar je. Sikit-sikit le tambah barang kat umah ni, lagipun aku tak minat rumah penuh dengan perabot, tak nak susahkan diri menjaganya.
Ruang tamu@lepak area
Balkoni... menyedut udara segar
dapurku....
pelabuhanku.....


Fountain kecil ilham sendiri
Kawanku 'Biru'

Kat sini nak gak tujuk hobi aku sejak kebelakang ni...uuuhhh ya la nak release tension tu boleh le bila tengok benda-benda cam ni...pelihara ikan biru (ikan laga), fountain tu ada gak ikan guppy tapi dari 10 ekor dah tinggal 2 ekor je..mungkin tak sesuai kot kat dalam tu....aku ada gak tanam daun pandan, pokok herba tu ada la 2-3 jenis, bunga-bungaan...tapi terlupa lak nak snap pic... ok tu je setakat ni.

No comments: