Friday, July 30, 2010

PadaMU Aku Bersujud-Afgan

Ternyata lagu ni menyentuh hati aku bila mendengarnya dan bila dihayati liriknya memang cukup bermakna dah seolah2 bila menyanyi lagu ni aku seperti sedang memohon dan berdoa padaNYA...tiba-tiba aku terasa terpilu sendirian menginsafi....

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

reff:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud


<><><><><><><>><>

Tuesday, July 27, 2010

Antara Tugasan dan Kenangan







19-26 Julai 2010

19hb Julai MAS kul 8 pagi aku ke destinasi KL-Alor Star-Jerlun...ditugaskan menjadi sekretariat program di sana... first time aku ke sini untuk bertugas...sebelum ni aku pernah la datang dan menyusuri jalan2 kat sini untuk pergi bercuti... kali ni aku bertapak agak lama...sehingga la program ni tamat...kiraanya 8 hari...uuhhh mula2 tu terasa lama je...teeetapi bila dah sampai sini uuhuuhh seronok+penat+etc & tiba je hari terakhir rasa cepat je masa berlalu...belum puas nak bermesra dengan rakan2 yang bertugas kat sini yang baru aku kenali...ya la masing2 bzy dengan duty yang diamanahkan.

Antara salah satu task yang betul2 menyentuh hati aku ditugaskan untuk mengurus keluarga angkat untuk peserta tinggal...program ni bukannya fully program Keluarga Angkat...tapi boleh dikatakan serampang 2 mata...sambil menyelam minum air...uhhhuuhh betul ke peribahasa aku ni? Rasanya memang betul dah... maknanya tak perlu aku perjelaskan sebab ni berkaitan dengan tugasan aku... Tersentuh hati aku bila bapa2 angkat yang datang jumpa aku bercerita tentang 'excited' menunggu kedatangan anak2nya yang belum pasti dari mana, keturunan siapa...tapi semuanya tak disoalkan...mereka IKHLAS dan TULUS menerima. Ada bapa angkat yang seronok bercerita dengan aku yang dia dah siap membeli lauk pauk sebagai hidangan istimewa untuk anak2 mereka nanti...terharu aku mendengarnya...ya la bapa2 yang datang tu semuanya dah berumur 60th ke atas...ni mengingatkan aku kepada arwah Ayah tercinta...

Target utama aku ke sini untuk menjaga sekretariat...biasa la ke hulu ke hilir nak urus hingga terlupa nak bergambar dengan bapa2 angkat yang berkhidmat menjaga peserta2 program ni... kecewa sungguh!!! sebab pengorbanan dia orang tu tak ternilai...untuk aku jadi kenangan.

Alahamduillah program berjalan lancar dan berjaya...yang ada sedikit terganggu tu adat la... kita hanya merancang..yang menentukannya DIA.




Thursday, July 15, 2010

Bagaimana DOA diperkenankan

Sebagai peringatan untuk diri aku sendiri...Sesungguhnya kita dalam berdoa dan memohon sesuatu dariNya jangan cepat berputus asa...


ABI Said al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa terdapat tiga jenis keadaan doa.

1. Adakalanya doa seseorang itu disegerakan permintaanya.
2. Ada waktunya Alah memperkenankan doa orang yang memintanya, tetapi disimpan sebagai bekalan pahalanya di akhirat.
3. Namun terdapat keadaan yang Allah menterbalikkan doa seseorang dalam bentuk kejahatan seperti bala atau malapetaka sesuai dengan doanya.

Sesuatu doa yang dipohon tidak wajar diminta dengan terburu-buru agar Allah memperkenankan dalam waktu yang singkat. Semuanya terserah kepada Allah, kerana DIA lebih mengetahui dan memahami keadaan manusia.

Inilah yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadis yang bermaksud: Doa salah satu kamu akan diperkenankan oleh Allah, asalakan ia diminta dengan tidak terburu-buru, sebagaimana dikatakan: Aku telah berdoa tetapi doaku belum diperkenankan. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Musa dan Nabi Harun pernah berdoa kepada Allah agar dicabut segala nikmat Allah kepada Firaun kerana telah menyesatkan manusia. Namun doa dan permintaan tersebut dimakbulkan 40 tahun kemudiannya.

Wahab r.a. mengungkap bahawa manusia suka untuk mengajar Allah agar menunaikan permintaan mereka sekalipun tidak baik di sisi Allah. Apa jua dalam kehidupan yang serba daif ini, biarkan kita mengutamakan kehendak Allah, dan tidak sesekali memohon agar Allah memahami kehendak dan kemahuan kita.

Allah pasti akan memuliakan manusia yang memuliakan-Nya. Allah memberi apa yang dikehendaki dan menjauhkan apa yang tidak diingini.

Sebabnya Allah telah menjamin kepada kita apa yang telah kita doakan, terhadap apa yang telah dipilih oleh Allah untuk kita. Allah tidak memperkenankan apa yang kita pilih untuk diri kita. Manusia tidak boleh terlepas daripada kehendak Allah.

Janganlah kita mendahului Allah dalam semua perkara. Anggaplah segala keputusan yang datang selepas doa itu sebagai janji Allah. Hati yang tenang tidak diselubungi oleh perasaan ragu-ragu dengan takdir Allah. Akhirnya kita akan gembira dengan setiap ketetapan dan kehendak Allah yang Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.

Imam Ghazali memberi gambaran tiga keadaan manusia yang diterima amalan ibadat dan terlebih hampir dirinya kepada Allah.

Antaranya, Allah memulia dan memilih golongan ini untuk mengenali-Nya. Kemudia Allah meluruskan perkataan, perbuatan dengan taufik dan pemeliharan-Nya. Maka tercapailah reda Allah dan syurga-Nya.

Tuesday, July 13, 2010

ABU TALHAH suka bersedekah

Terbaca kat sisipan Agama Mega...bagus gak sebagai peringatan dan panduan di bulan Syabaan ni, sebulan lagi nak sambut Ramadhan... maka yang nak tambah pahala tu boleh la tambah amalan secara bersedekah!!! Inssyallah dengan niat tulus ikhlas kita Allah swt akan menambahkan lagi rezeki dan mempermudahkan segala urusan di dunia dan semestinya di akhirat nanti hanya DIA yang menentukannya.

TALHAH bin Ubaidillah bin Usman bin Kaab bin Saad adalah seorang sahabat Nabi Muhammad saw yang dijamin masuk syurga. Beliau jua adalah pahlawan Islam yang sama-sama berjuang melindungi Nabi Muhammad ketika melawan musuh.

Semasa perang Uhud, Abu Talhah adalah antara orang yang melindungi Nabi Muhammad saw daripada terkena panah. Dalam perang Uhud itu, Abu Talhah sanggup mengorbankan dirinya melindungi Nabi Muhammad saw sehingga jari-jari tangannya menjadi lumpuh.

Semasa peristiwa perang Jamal pula, Abu Talhah terkorban kerana terkena panah. Beliau meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656 Masihi.

Abu Talhah ialah orang yang kaya. Beliau adalah orang Ansar dan merupakan sahabat Nabi Muhammad saw yang sangat dermawan. Abu Talhah mempunyai sebidang kebun yag ditanam dengan kurma.

Pada suatu hari, Abu Talhah mendengar ayat al-Quran daripada surah Al-Imran ayat 92, 'kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya'.

"Saya mempunyai harta yang banyak. Ayat al-Quran itu menyedarkan saya bahawa saya sepatutnya memberi sedekah sebahagian daripada harta saya kepada orang yang memerlukannya," bisik Abu Talhah selepas mendengar ayat al-Quran itu.

Selepas mendengar ayat itu, Abu Talhah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Tanpa berlengah, beliau menceritakan niatnya itu kepada Nabi Muhammad saw.

"Wahai Nabi Muhammad, saya mendengar satu ayat tentang harta yang saya ada ini. Selepas mendengar ayat itu, saya bercadang mahu menyedekahkan harta itu bagi dibuat kebajikan kepada masyarakat Islam.

"Harta yang saya maksudkan adalah kebun kurma yang terletak di hadapan Masjid Madinah itu" terang Abu Talhah kepada Nabi Muhammad saw.

"Saya bersedekah harta ini supaya ekonomi masyarakat Islam terus meningkat. Hasil daripada kebun kurma ini dapat menambahkan pendapatan negara kita" jelas Abu Talhah kepada Nabi Muhammad saw lagi.

Rasulullah tersenyum mendengar penjelasan Abu Talhah. Kebun kurma yang diceritakan oleh Abu Talhah itu memang dapat membantu dari segi ekonomi masyarakat Islam. Tambahan pula Nabi Muhammad saw sendiri selalu mengunjungi kebun kurma itu.

"Masihkan kamu mempunyai adik-beradik dan saudara-mara" tanya Nabi Muhammad saw kepada Abu Talhah.

"Ya saya mempunyai saudara-mara terdekat yang masih hidup. Mengapakah Nabi Muhammad saw bertanya hal itu", tanya Abu Talhah pula.

Nabi Muhammad datang ke tempat duduk Abu Talhah. Kemudian beliau memandang tepat wajah Abu Talhah.

"Begini saya cadangkan supaya kamu sedekahkan kebun kurma itu kepada ahli keluarga kamu yag terdekat. Hal ini kerana ahli keluarga kamu perlu dibantu terlebih dahulu.

"Dengan itu, keluarga kamu hidup dengan lebih baik dan dapat membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan kelak". kata Nabi Muhammad saw.

Mendengar penjelasan itu, Abu Talhah mememui saudara-maranya bagi menunaikan niatnya itu. Semasa dalam perjalanan menuju ke rumah saudaranya itu, Abu Talhah sering mengingat nasihat yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw itu.

Sampai sahaja di rumah saudaranya yang terdekat itu, Abu Talhah menceritakan tujuannya ke sana.

"Wahai saudaraku yang dihormati, saya datang ke sini adalah untuk sedekahkan harta yang ada pada saya ini", kata Abu Talhah kepada saudaranya itu.

Kemudian saudaranya emmbalas, "Bukankah lebih elok harta itu kau sumbangkan kepada Baitulmal".

"Memang pada mulanya niat saya mahu berbuat demikian. Namun selepas saya berjumpa Nabi Muhammad saw, beliau menasihatkan saya supaya harta ini diberikan kepada saudara yang terdekat. Maka saya ke mari bagi menyerahkan harta ini kepada kamu," terang Abu Talhah.

Atas nasihat Nabi Muhammad saw itu tadi, beliau menyerahkan kebun kurma itu kepada saudara-maranya yang terdekat.

"Semoga Allah membalas jasa baik kamu dan menambahkan lagi rezeki kamu", kata saudara Abu Talhah.

Kemudian Abu Talhah beredar meninggalkan perkarangan rumah saudaranya itu. Ketaatannya pada Allah swt dan Nabi Muhammad saw itu menjadikan beliau seorang yang benar-benar beriman, suka bersedekah dan dermawan dalam usahanya mencari keredaan Allah.

Petikan buku Sayap Dari Syurga terbitan PTS Islamika Sdn Bhd.