Tengahari tadi aku dan ofismate singgah makan makanan Jepun namanya Suki-Ya di 1Mont' Kiara, menunya ada sushi dan fresh vegi, taufu etc... biasa la kalau buffet banyak juga pilihannya. Untuk ke sini tak perlu naik flight...uuuhhhu, sekadar melintas jalan je dari tempat kerja aku ke kedai Jepun tersebut. Kami ambil buffet lunch....boleh makan sepuas-puasnya. Aku enjoy dengan sushi yang disediakan...sampai terlupa nak snap picture. Eeeem lagipun segan juga nak ambil gambar bila makan bersama kawan...ya la nanti nanti kena chop minat update FB...tapi aku tak ada la sampai tahap tu. Set buffet untuk seorang RM29.90, bagi aku makanan yang disediakan cukup fresh. Bagi yang suka sup atau makan makanan ala steambot boleh la cuba. Masa dikaunter pembayaran aku ternampak gambar-gambar vips yang pernah berkunjung makan disini termasuk mantan PM Tun Mahathir dan isterinya Tun Siti.
Wednesday, March 12, 2014
Tuesday, March 11, 2014
Klinik Optometri
Minggu lepas aku ada temujanji di klinik mata UKM, yang dikendalikan oleh pelajar fakulti tersebut dan fasilitator atau supervisor yang monitor segala gerak kerja pelajar tersebut. Setelah sekian lama aku nak datang sini...hari ni baru ada kelapangan, temujanji aku pukul 2 petang tapi selesai semuanya dah pukul 4.30 ptg...nasihat aku bagi yang berkerja elok la ambil cuti atau minta timeslip.
Pemeriksaan yang dijalankan memang teliti dan tidak dikenakan sebarang pembayaran, cuma bagi yang nak tempah kaca mata atau kanta lengkap kena la bayar. Kedai kaca mata yang disediakan kat sini banyak pilihan dan kat sini pelajar dan supervisor akan memberi nasihat tentang pemilihan kaca mata bergantung kepada keputusan pemeriksaan mata yang dilakukan.
![]() |
| Bagi yang ingin membuat temujanji boleh la menghubungi no telefon tersebut. |
![]() |
| Eye drops - aku beli untuk penjagaan kesihatan mata, setelah dibuat pemeriksaan dalam mata aku ada tanda-tanda atau kesan habuk yang terkumpul, aku digalakkan menitik eye drops ni sekali sekala...lagipun ianya boleh membantu mencerahkan penglihatan. |
![]() |
| Kad temujanji akan diberi untuk pemerikasaan akan datang, temujanji akan datang bergantung kepada tahap kesihatan mata. Bagi aku yang tidak mempunyai masalah yang teruk temujanji akan datang pada bulan September 2015. |
Saturday, March 8, 2014
Mee Tarik Warisan
Hari ni lunch date dengan Mr Right selepas kelas mengaji. Mungkin ramai yang dah tau tentang kedai Mee Tarik Warisan ni... aku cuma nak kongsi kedai makan tentang branch ke 2 terletak di Jalan Dang Wangi selain lokasi di Sungai Besi, bagi yang kaki jalan cari makan mungkin dah tau...tapi aku pertama kali singgah kat sini sejak dibuka...hakikatnya sebelum ni aku hanya pandang lalu je bila habis kelas mengaji.
Menu yang kami pilih semestinya mee tarik...ya la dah masuk kedai mee tak payah la nak order makan makanan lain.
![]() |
| Pandangan dari luar, bagi yang melalui jalan Dang Wangi...sebelum simpang kiri ke Kampung Baru mesti nampak kedainya terletak sebelah kanan |
![]() |
| Trademark 'Mee Tarik Warisan Asli' |
![]() |
| Sebahagian ruang dapur membuat mee tarik |
![]() |
| Menu Scallion Noodles bagi yang nak diet - sup kambing diasingkan |
![]() |
| Noodle Sliced Beef...sedap sebab mee yang fresh dan tidak berminyak |
Sunday, March 2, 2014
Sup ala kadar
Tengahari ni kurang selera untuk makan nasi, mungkin cuaca panas sekarang mempengaruhi selera untuk makan. Elok juga masak makanan yang berkuah seperti sup sekurangnya bila hirup sup boleh tambah air dalam badan. Biasa la bila nak masak sesuatu masakan ada je bahan atau rencah yang tak cukup bagi melengkapi resipi. Masa on the way balik dari mengaji tadi tak da mood nak menyinggah di supermarket sebab cuaca yang berjerubu dan panas...eeemm nak masak sup...daun sup ada yang dah layu dan sawi pun tak ada...reka cipta la dengan bahan yang ada asalkan menu bihun @ pasta sup boleh dimakan.
![]() |
| Ini je rezeki yang mampu disediakan untuk makan tengahari. |
Subscribe to:
Posts (Atom)








