Saturday, March 8, 2014

Mee Tarik Warisan

Hari ni lunch date dengan Mr Right selepas kelas mengaji. Mungkin ramai yang dah tau tentang kedai Mee Tarik Warisan ni... aku cuma nak kongsi kedai makan tentang branch ke 2 terletak di Jalan Dang Wangi selain lokasi di Sungai Besi, bagi yang kaki jalan cari makan mungkin dah tau...tapi aku pertama kali singgah kat sini sejak dibuka...hakikatnya sebelum ni aku hanya pandang lalu je bila habis kelas mengaji. 

Menu yang kami pilih semestinya mee tarik...ya la dah masuk kedai mee tak payah la nak order makan makanan lain. 



Pandangan dari luar, bagi yang melalui jalan Dang Wangi...sebelum simpang kiri ke Kampung Baru mesti nampak kedainya terletak sebelah kanan
Trademark 'Mee Tarik Warisan Asli'
Sebahagian ruang dapur membuat mee tarik
Menu Scallion Noodles bagi yang nak diet - sup kambing diasingkan
Noodle Sliced Beef...sedap sebab mee yang fresh dan tidak berminyak

No comments: