Sunday, January 5, 2014

Cameron Highlands

Aktiviti menghabiskan cuti tahunan...beberapa hari dah pusing KL dan Selangor, ada berbaki lagi...kami ambil keputusan keluar dari KL tukar angin. Pilih yang ada tempat tarikan Cameron Highlands, lagi pun dah lama tak ke sini. Jumaat pagi bertolak dari KL, sebelum check in ambil masa menyinggah dulu di Tanah Rata dan Brinchang. Aku biasa la mesti mabuk bila naik kenderaan melalui jalan yang bengkang bengkok...dari dulu aku tetap tak berubah sintom mabuk kenderaan. 

Bersambung....
Kedudukan hotel ni dikawasan yang tinggi dan masih terasa kesejukannya

Selain guna GPS, peta ni berguna untuk rujukan sepanjang di Cameron Highlands

Wednesday, January 1, 2014

Salam 1 Januari 2014

Assalamulaikum dan selamat pagi untuk semua umat di muka bumi ini. Rahmat dariNya aku masih boleh melihat cahaya matahari pagi 1 Januari 2014 = 28 Safar 1435. Aku tidak pasti adakah senyuman sang mentari pagi ini akan berterusan hingga ke petang atau pun akan hujan di tengahari? Hanya Dia yang bisa menentukannya....aku sekadar insan penghuni sementara hanya menikmati dan melewati setiap galur cahaya. Andainya sinar matahari terus bercahaya aku memujanya kerana keindahannya...jika diturunkan hujan aku mengsyukuri rahmat kesegarannya. Begitu la indah ciptaan Nya tiada tandingan. Pengharapan aku aman la bumi ini selamanya untuk aku dan umat yang lain terus mengecapinya tanpa kelalaian.

Tahun 2014

Setiap kali kedatangan tahun baru ada saja check list azam dan semangat untuk mengejar sesuatu. Begitu juga dengan aku...ooppss tahun 2013 apa yang aku capai adakan semuanya dapat aku gapai? Seingat aku ada juga yang dapat aku tunai dan capai.

Tahun 2013 kian hampir ditinggalkan, hadirnya angka 2014... dunia makin jauh aku tinggalkan dengan pertambahan usia. Sudah cukupkan apa yang aku cari di dunia ni??, bagaimana pula dengan bekalan untuk aku bawa ke akhirat nanti?? Tuhanku hanya pada Mu aku bermohon berikan aku kesempatan untuk mengisi dada ini dengan ilmu dan amal serta berkati lah perjalanan ini. Jauhkan aku dari kealpaan bawa la aku bersujud padaMu mengsyukuri atas nikmat yang telah Engkau berikan semenjak aku dilahirkan ke dunia ini. Andainya dunia ini akan ditinggalkan... aku berdoa semoga amalan aku diterimaNya di akhirat kelak. InsyAllah.