Wednesday, January 4, 2012

Koleksi Bacaan

Cuti tahun baru saya sempat singgah di Popular Book Store, membeli bahan bacaan memang menjadi rutin saya kalau terserempak dengan kedai buku. Kalau tak beli pun saya mesti singgah sekejap. Membaca ni salah satu hobi saya terutamanya novel melayu + english. Cuma saya jarang nak bercerita dalam blog ni tentang buku-buku yang saya miliki. Kawan saya pun terkejut bila datang rumah tengok saya memilik koleksi novel...dia tak sangka saya ni peminat novel...emmm tu la kan tak semua minat dan kesukaan kita orang tau walaupun kawan baik.

Kesempatan hari tu saya cuma beli 2 buah buku je, novel dan buku ilmiah. Lagipun saya pilih yang ada diskaun untuk pemegang kad keahlian. Bila berada kat kedai buku ni kalau ikutkan hati semua buku yang ada tu menarik untuk dibaca... tapi saya tak nak la beli serentak banyak...sebab saya tau perangai saya kalau dah ada buku tu mesti saya akan baca semua. Jadi saya plan sekurangnya sebulan tu saya beli 2 buah buku je.


 


Novel tu dah separuh saya baca semalam... buku agama tu saya baca secara rambang je dulu...biasa la mood lebih kepada novel. Buku agama tu memang menarik minat saya sebab penyampaiannya bercorak soal jawab di mana ianya senang untuk difahami.

Monday, January 2, 2012

Lunch Cuti Tahun Baru

Hari ni tak ada plan nak keluar memandangkan aku nak buat persedian mental dan fizikal untuk ke tempat kerja besok....al-maklum la awal tahun baru ni nak mula dengan sesuatu yang baik. Bila bermula dengan niat dan nawaitu dengan sesuatu yang elok inssyallah segalanya akan berterusan dengan baik.!!!

Pagi ni tak sempat nak breakfast sebab banyak sangat aktiviti aku... dari mengosok baju hingga la mencuci kereta...wowww hebatkan!!!. Bila dah siap semua tu jam dah hampir 11 pagi... jadi menu sesuai untuk keep in adalah makan tengahari. Pilihan hari ni masak ala kampung.. nasi putih + lemak labu & bayam + ikan masin + udang goreng kunyit + cincalok. Hidangan ni kalau ikutkan hati memang bertambah-tambah la makan... tapi aku kena slow down sebab azam tahun ni nak diet....ha!.ha!ha... betul ke ni?

Masak lemak labu + bayam

Cincalok bersama cili+bawang merah+tomato+limau kasturi
Ikan Masin


Permulaan 2012

Hari pertama tahun 2012: jiwa aku merindu kawan-kawan lama... cuba hubungi 4 orang, adoiii semuanya tak angkat phone... mana kawan-kawan ku menghilangkan diri.. cuti umum biasa la ada yang keluar dari KL dan mungkin mengambil kesempatan melenakan mata. Niat tahun ni aku nak mengeratkan hubungan antara sedara mara & kawan-kawan. Ya la tu salah satu perkara yang dituntut dalam agama apa salahnya aku amalkan.

Ok...ring-ring-ring mangsa pertama aku tadi dah return my call... uuhhh dah hampir setahun tak jumpa, bukannya putus hubungan cuma tak dating je. Biasa la masing-masing sibuk dengan urusan, tambahan pula kawan ni bisnes sendiri jadi masa free dia berbeza dengan aku. Ok confirm dating!!!

Bila dah jumpa tu pertamanya cari tempat makan... sebab bila mengadap makanan bermula la chit-cat-sharing-carring. Petua orang tua kalau hendak mengeratkan pertalian antara keluarga atau sesiapa saja...salah satunya duduk makan sama-sama menikmati hidangan. Teringat kata-kata arwah ayah...'bila waktu makan kita makan sama-sama (ibubapa + anak2) akan bertambah erat kasih sayang dan ikatan persaudaraan akan berkekalan'. Kata-kata tu memang nyata sekali...walaupun ibu dan ayah dah tiada kami adik beradik tetap erat biarpun masing-masing berhijrah. Bila berkumpul waktu makan kami jadi keutamaan untuk kekalkan tradisi dan pesanan arwah.

Balik semula cerita saya dengan kawan...kami tak kisah tempat untuk makan tu mewah atau tak...janji selesa dan makanan tu boleh cuba je... kat sini saya tengok ramai orang beratur@order makanan.. apa lagi kita orang pun joint sama kat kioks Hot & Roll.
order kami dalam proses!!! crispy bbq chicken
Crispy peanut .... pilihan kawan saya

pharata chicken chease..pilihan saya!!!

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012




1.1.12 (Ahad)=6 Safar 1433H bertambah lagi umur alam ni... namun aku bersyukur kepada Mu masih dipanjangkan usia untuk menikmati segala anugerah ini. 
Setiap kali tiba sesuatu yang baru mesti ada tertanam azam dan cita-cita. Itu la lumrah manusia ingin mencapai kebahagian hidup!!! 
Doa dan harapan aku mencari keberkatan dalam ibadat sebagai bekalan di dunia seterusnya di akhirat. Di dunia Allah swt telah membuktikan kepada aku setiap yang ada segalanya dariNya. Aku redha segala yang ditentukannya ini. Walaupun yang diimpi  belum tercapai aku tetap bersyukur segala yang dinikmati sekarang.

Hidup perlu diteruskan selagi DIA mengizinkan. Inssyallah segalanya membahagiakan di tahun ini. Amin.