Sunday, April 12, 2015

Roti Canai Nescafe tanpa GST

Pagi ni kami sarapan tanpa bayar GST,  roti canai telur dan nescafe disediakan kat rumah...kalau makan di kedai semestinya ada bayaran tambahan selain dari harga makanan yang sudah semestinya naik harga...tapi kami dari dulu lagi jarang bersarapan di luar kecuali secara kebetulan keluar waktu pagi. Masa bersarapan tu terbaca la viral komen di FB ... ya la pak menteri boleh la cakap masak sendiri, bawa bekal, pelajar pun dia suruh masak sendiri....eeemm masak tu boleh masalahnya barang mentah pun mahal. Dulu aku tak kisah sangat bila kecoh barang naik harga setiap kali kerajaan umum kenaikan gaji kakitangan awam...sekarang ni aku dah kurang kesabaran bila mengikuti berita ada je keluahan dari rakyat...sakit hati dengan pihak tertentu yang sepatutnya bertanggungjawab, diamanah memberi keselesaan kepada rakyatnya...tapi bercakap seperti dia tu tak ada perasaan...adakah mereka ni tidak pernah turun padang melihat keperitan raykat?

Bagi yang mewah tak ada masalah kewangan dan tak perlu menadah tangan serta berkeringat mereka hanya berdiam, bagi mereka tiada apa yang tertekan dalam kehidupan seharian...manakala yang berpendapatan kais hari dan berpendapatan tak seberapa setiap bulan amat perit ditanggung....mereka sekadar mengeluh segalanya perlu diteruskan. Setakat ni aku masih dalam kategori sederhana mampu tapi timbul rasa kesian dan simpati bagi yang terpaksa berkira-kira setiap kali ingin membeli sesuatu. Terdetik juga bagaimana mereka catu makanan untuk dijadikan 3 sajian sehari? Adakah mereka mendapat makanan seimbang jika tak mampu? Adakan anak-anak mereka akan sihat seperti pemimpin sarankan? Adakan kehidupan mereka sekeluarga akan tenteram jika dibelenggu kesempitan kewangan.... Ya kita semua sedar segalanya Allah swt yang menentukkan rezeki dan sebagainya...tapi setelah kita berusaha ada tapi disebaliknya ada penindasan dimanakan keadilan khalifah yang diamanahkan. Wahai pemimpin kau jawab la di akhirat kelak atas apa yang telah diamanahkan.

Segelas nescafe + sebiji roti canai telur...dulu bila ke kedai bawa duit RM3 sudah cukup untuk sarapan macam ini...sekarang cukup untuk bayar segelas nescafe.

No comments: