Thursday, May 23, 2013

Zon Bebas Cukai @ Rantau Panjang

Minggu ni kami bercuti seminggu, bila balik kg tak sah kalau tak buat pelaburan@membeli belah. Haluan mula2 adalah ke Pekan Rantau Panjang, biasanya kami shopping di Pekan Golok atau Mundok, tapi sekarang tak boleh ke sana sebab atas alasan keselamatan. Seharian aku ronda kat sini, kalau nak ikutkan pekan ni kecil je tapi kami terpaksa ambil masa lama memilih barang.. dari barang dapur, pakaian untuk setiap ahli keluarga dan masa untuk makan. Kalau ikutkan memang penat sebab cuaca panas terik... Masa ni tak ramai pengunjung sebab bukan musim cuti maka tuan kedai barang2 dapur pun ada masa melayan kami, katanya minggu depan mesti ramai pelanggan sebab cuti wesak dan cuti sekolah dah bermula. 

 Jika diikutkan nak membeli memang tak akan habis.. badan dah berpeluh dan kaki pun dah sakit2 lenguh. Kami singgah makan mee celup dan cendol. Saat akhir nak balik ternampak BaBa Ice bermotosikal... ni mesti sedap sebab aku nampak ramai yang membelinya, lagipun adik aku ada cakap pasal ice baba ni adalah tarikan baru kat sini. Rasanya manis sebab kandungannya ice cream dan coklat pekat. Bahan lain adalah roti dipotong kecil2, pulut, kekacang, biji selasih, jeli dll. Harganya cuma RM2 sahaja jika nak dibandingkan dengan tuti fruti dan lain yang berada dipasaran, Baba Ice ni lagi best dan harganya murah.



No comments: