Thursday, May 9, 2013

Projek Berakhir

Minggu ni di ofis aktiviti berkemas dan bungkus, projek dah berakhir dengan kejayaan. Yesss!!! Happy tidak terkira, cuma agak gementar dimana pula aku selepas ini. Hanya Allah yang menentukan rezeki aku selepas ini. Aku berdoa agar ada yang terbaik untuk aku.
Bila mengemas biasa la sampah dengan barang yang masih diperlukan sama banyak. Aku terpaksa lakukan kerja ni seorang diri... teringat dulu masa mula2 datang ke sini... aku bawa diri dan kepakaran kerja je, teknikal semua dah tersedia. Pertengahan november aku masuk kat Comm Center @ Project Tagging. Special project ni tamat awal bulan Mei, sepanjang tempoh ni aku tak pernah mohon cuti... cuti aku bila hujung minggu cuma tak perlu masuk ofis awal pagi tapi kerja tetap ada seperti hari2 biasa. Namun hati aku puas dengan kejayaan ini... akhirnya terbayar segala stress, penat dan sebagainya yang menganggu emosi dan perasaan serta fizikal aku. Cukup la bagi aku walaupun tidak ada penghargaan dari pihak tertentu. Janji aku berbakti untuk agama, bangsa & tanahairku tercinta. Ya Negaraku.

No comments: