Thursday, February 22, 2018

Roti Jala

Malam ini kami dinner dengan hidangan roti jala cicah kuah kari kambing. Kari kambing malam tadi masih ada...maka jalan terbaik untuk habiskan kari tersebut kita ulang tayang menu itu..cuma berbeza sikit dari semalam. Kari semalaman sebenarnya lagi sedap dimakan sebab daging dan kuah dah 'mesra'. Jom la kita makan!!!

Roti jala berlipat...tak perlu buang masa nak menggulung, lagi cepat cara lipat...penat nak berdiri lama2,  balik dari kerja kalau boleh nak rehatkan badan.

Sedap..tu je yang mampu saya cakap!!

Wednesday, February 21, 2018

Kari Daging Kambing

Petang ini masak kari daging kambing untuk menu makan malam. Kalau ikutkan penat badan ni malas nak masak kari sebab masak daging kambing ni memerlukan masa agak lama. Tapi saya berusaha juga memasaknya sebab dah ketandusan tak tau nak masak menu apa. 

Ini la hasilnya!!! Daging kambing masak kari...tak sia2 saya masak memang sedap tau..dagingnya pun lembut. Boleh dikatakan lauk lain kami tak jamah...dapat kari kambing dan sayur kobis pun dah cukup...eeerrmm ala2 nasi kandar dinner malam ini.

Friday, February 16, 2018

Udang dan Pegaga

Happy CNY dan selamat bercuti.

Masak lemak tempoyak udang campur pegaga...panjang nama menu saya kali ini. Alkisah setelah sekian lama saya cuba elak makan udang...tapi hanya bertahan seketika je pantang sebab teringin nak makan. Ya la boleh makan tapi ada hadnya...saya ambil udang seekor je pun dah cukup. Resipi saya senang je, udang, daun pegaga, tempoyak, santan, serai, bawang merah, halia, kunyit dan cili padi. Bawang, halia, tempoyak, cili, kunyit tumbuk/blend..masak dengan santan hingga mendidih...masukkan udang dan serai diketuk atau boleh juga letak daun kunyit...akhir bila udang dah masak masukkan daun pegaga hingga layu...rasakan dengan garam/gula.


Bila dah teringin nak makan...soal alergic tu saya ketepikan...memang sedap!!

 

Thursday, February 15, 2018

Pulut Pagi

Sekian lama tak makan pulut..puncanya bila makan pulut sejak dah berumur ni sakit badan....dulu tak ada sakit2 badan bila makan pulut. Sejak dari kecil kami dihidang pulut setiap pagi oleh arwah mek. Tanda2 penuaan!! banyak makanan saya alah sekarang. Tapi ada kala tu saya berdegil..tetap juga makan.

Masak pulut ni saya tidak kukus...dulu diajar kukus pulut tu dahulu kemudian digaul dengan air gula/nisan yang dimasak. Kali ini saya tanak pulut dalam periuk nasi letrik..sukatan air sedikit saja..pulut akan masak gaul/arun dengan air gula/nisan (pastikan air gula tidak terlalu cair supaya pulut tidak lembik). Bila pulut dan air gula dan sebati masukkan dalam periuk letrik dan masak sekejap sahaja....kalau nak kukus pun boleh sekadar 10 minit.
Pulut pagi...tapi saya tak semestinya makan waktu pagi...kelapa yang saya beli kurang menarik...kalau dapat kelapa putih dan muda lagi bertambah sedap bila dimakan dengan pulut.