Pagi ni sarapan pagi makan salad dan tortila...paksa diri kena diet dari nasi lemak sebab 3 hari masa di JB makan sesuka hati je...tak ambil kisah langsung kandungan kalori dan kolestrol. Sejak semalam menu salad dan tortila menjadi hidangan... cuma ubah sikit la resipi..kalau tak jemu juga.
Friday, September 4, 2015
Wednesday, September 2, 2015
Jalan-Jalan di Pontian
Kami ambil kesempatan bersiar-siar sekitar Pontian sebab nak mencari angin luar lagipun aku tak pernah sampai pekan Pontian sebelum ni sekadar lalu je. Hari kami ke sini singgah makan, singgah kedai2 yang ada dan juga ke tepi benteng @ pantai ambil angin laut.
Dari pekan Pontian kami menuju ke Tanjung Piai yang dikenali juga Penghujung Selatan Benua Asia... titik kedudukannya dalam peta @ globe dihujung benua Asia. Menuju ke sini tiada dalam plan kami... atas ajakan adik aku ikut je...ya la tempat yang tak pernah kunjung.
![]() |
| Peta kedudukan Tanjung Piai |
![]() |
| Board Welcome!!! |
![]() |
| Nampak tak batu tinggi tu...yang melawat kat sini mesti bergambar 'trademark' |
![]() |
| Tiketnya murah je!!! Tidak boleh bawa sebarang makanan |
![]() |
| Ruang taklimat |
![]() |
| Sebelum sampai ke titik penghujung benua kena la merentas hutan simpanan paya bakau...sambil tu boleh la jumpa rakan-rakan atas pokok (monyet) yang baik budi bahasanya... |
![]() |
| Titik penghujung benua simbloknya ada replika globe...tempat ni dalam proses renovation |
![]() |
| Ruang pameran mengenali kehidupan laut |
![]() |
| Kawasan ni dalam proses pembaharuan...kalau dah siap nanti boleh la pergi dekat 'titik penghujung benua' yang ada globe. |
Monday, August 31, 2015
Cuti Hari Kemerdekaan
29 - 31 Ogos dan 1 Sept aku ke Gelang Patah, Johor, penuhkan masa cuti merdeka jalan2 di sekitar Johor, agak lama juga aku tak ke rumah adik di sini. Kebetulan adik lelaki yang di kerja di KL ajak aku ambil je peluang...seronok dapat berjumpa adik beradik walaupun bukannya semua.
Aktiviti kami di Johor sekadar untuk mengerat silaturahim. Bertolak dari KL sabtu 10 malam...perjalanan cukup selesa kenderaan tidak banyak sampai di Gelang Patah pukul 1 pagi.
![]() |
| Merdeka!!! Sehati Sejiwa |
Friday, August 28, 2015
Bubur Oat
Beberapa hari asyik tipu diri sendiri mengelak dari makan oat... malam tadi paksa diri makan bubur oat...itu pun terpaksa letak serunding dan salad...kalau makan oat kosong alamak tak tertelan. Bagi yang boleh makan oat dengan air je memang aku tabik terbaik!!!. Oat ni bagus jika diambil tanpa diletak bahan-bahan lain... tapi kalau dah tak mampu nak telan terpaksa la pujuk diri dengan masukkan sedikit makanan lain supaya ada rasa dan nikmat....janji dapat juga 5% khasiat oat.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















