Thursday, March 29, 2012

Bonus

Alahamduillah!!! terima cek bonus dari unit akaun... syukur ada gak ehsan dari majikan, terima kasih bos!!!. Sebenarnya saya tak terfikir bos akan bagi bonus kali ni sebab dah melepasi dari pengharapan. Biasanya kami terima bonus dan kenaikan pada awal tahun (jan-feb), rupanya kelewatan sikit. Tapi kali ni tak la sehebat tahun sebelum ni. Namun aku bersyukur dengan rezeki ini.

Biasa la bila ada extra duit...dalam kepala ni berkira-kira nak berbelanja..sekejap nak beli A, sekejap nak beli B lepas tu dari sekecil-kecil barang hingga la sebesar-besarnya. Tu la nafsu manusia tak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada. Lalu keputusan yang aku buat tutup je nafsu membeli belah kali ni, bonus tahun ni nak simpan dalam akaun tabung haji NOKTAH. Kalau ikut akaun tabung haji tu dah cukup untuk menunaikan fardhu haji, namun belum ada rezeki untuk ke sana lagi. Inssyallah Allah swt memberi laluan untuk aku ke sana sedikit masa nanti.

Bercerita tentang duit dan bajet ni memang la memeritkan juga sejak akhir-akhir ni. Mana taknya harga barang agak mahal sekarang. Kekadang tu saya terfikir macam mana kalau rakyat yang bergaji tetap tapi tiada kenaikan atau bonus dari majikan. Kalau 3 tahun bekerja tahap gaji tak berubah ADAKAN cukup untuk menampung perbelanjaan sekeluarga??? Dilema ni mungkin tak semua orang melaluinya...

Spaghetti Carbonara

Hellooo, good morning dear friends!!! Ha..ha..ha.. mentang-mentang la malam tadi makan western maka terkeluar la english words... ni menu makan malam tadi, balik dari kerja saya teringin nak makan spaghetti carbonara ni. Lagipun nak masaknya tak lama, sambil rebus spaghetti tu, boleh sediakan sos carbonara tu, dah ada sos yang readymade. Buka je tin sos carbonara (guna brand prego) tu tuang dalam periuk, kalau suka letak rencah lain boleh gak. Saya cuma letak bawang besar yang kuning tu dipotong dadu, karot, ayam dan sedikit sausage ayam. 



Spaghetti + sos carbonara



Monday, March 26, 2012

Kacang Bendi@Lady Fingers


Pagi ni terbaca topik pasal khasiat bendi... kebetulan pulak semalam baru saya celur (rebus sekejap) bendi dan barkoli sebagai pelengkap hidangan makan tengahari. Bendi memang salah satu sayur yang dari kategori kekacang  kegemaran saya. Kalau tak ada ulam atau sayur lain bendi dah cukup menyelerakan dicecah dengan sambal belacan, budu atau cincalok.
Khasiat BENDI

Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa didapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.

Bendi juga baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Kegunaan Bendi: Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
• Melawaskan pembuangan air kecil
• Boleh meredakan bengkak dan radang
• Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
• Mengubati penyakit gonorea
• Mengubati sifilis
• Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
• Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.




Sunday, March 25, 2012

Pembasuh Mulut@Dessert

Hari ni sebelum pergi kelas Al Quran checking dulu stok makanan yang ada dalam kabinet dapur. Untuk makan pagi dah selamat makan roti bakar je pagi ni. Ni dok cari apa yang ada untuk dimakan tengahari/petang nanti. Biasa la kalau tak keluar mula la menyelongkar kat dapur tu nak cari stok2 yang tersorok.

Hari ni masak sagu gula merah untuk pembasuh mulut@dessert, dah lama tak masak pembasuh mulut tradisional ni. Tapi tidak la original pembasuh mulut ni sebab bahan yang digunakan tu ditukar sikit...ya la bergantung pada stok yang ada je. Bagi saya bab-bab masak ni tak semestinya kita ikut 100% resipi...kita boleh oleh sendiri ikut citarasa dan selera. Masa masak ni terlebih rajin merwarna...ada kuning ada hijau...pilih la warna yang mana boleh membuka selera...tapi rasanya sama je.



Sagu + Susu Cair + Gula Merah. Sagu ni warna kurning sebab saya letak tepung kastard

Sagu Hijau + Susu Cair + Gula Merah. Daun pandan tu sekadar letak je jangan pulak dimakan.