Tuesday, November 29, 2011

Tea Time Free

Kek Coklat + Mocha coffee
Sejak akhir2 ni saya dah jarang ada tea time ya la kalau dok kat ofis kekadang tu tak sempat, tambahan pula bila lepas makan tengahari dah kenyang. Tapi hari ni kebetulan ada urusan kerja kat hotel sempat la tea time kat cafe sini. Saya order mocha coffee dan coklat kek, mocha ni memang memuaskan dan aromanya memang menusuk hidung... hilang la rasa penat bila dapat minum coffee ni. Kek coklat ni pun sedap tambah pulak makan free mesti la menyelerakan.


Monday, November 28, 2011

Lunch Cuti Muharam

Selamat Menyambut Awal Muharam 1433H

Cuti hari ni tak ada plan nak keluar, sekadar habiskan masa di rumah je. Hari ni sempat la masak lebih sikit untuk makan tengahari. Bukannya banyak menu, tapi cukup la untuk makanan yang seimbang ... ada sayur goreng campur, kerutuk daging dan ikan goreng. Boleh la menambat hati dan perut di hari cuti begini.

Kerutuk daging + kentang dengan kuah yang pekat.

Sayur goreng campur : cendawan + sawi + lobak merah

Ikan goreng 
Kekadang tu setakat nak masak macam ni bukannya susah mana pun, cuma kehendak hati je mendorong kita. Bagi yang berkeluarga untuk jimatkan bajet tu adalah terbaik sediakan hidangan sendiri. Tetapi ramai yang beralasan tak ada kesempatan @ masa untuk menyediakan menu sebegini terutamanya kalau yang bekerja. Kalau makan kat luar @ beli yang dah siap hidangan sebegini sudah pasti kena sediakan bajet yang lebih berbanding dengan harga bahan mentah. Maka kena pandai-pandai la kita mengurus ekonomi diri kita sendiri.

Sunday, November 20, 2011

Keropok Lekor

Waktu petang begini tambah pulak bila hujan, masa ni la teringin nak makan sesuatu. Lagi best kalau ada yang makanan yang panas seperti keropok lekor goreng ni. Keropok ni asalnya frozen, sebelum goreng saya selalu rebus sekejap untuk melembutkannya. Masa rebus tu letak sedikit garam untuk tambah rasa..kalau tak letak pun ok juga sebab keropok lekor asalanya dah ada rasa masin tu. Lepas tu angkat sejat sekejap keropok tu baru digoreng.


 Keropok lekor ni saya beli masa balik kg hari tu, memang jadi kebiasaan kalau nak makan keropok lekor yang sedap saya beli untuk buat stok kat sini. Kalau beli kat sini jarang dapat yang sedap, sebab saya suka keropok lekor yang kandungannya banyak ikan, bila makan pun terasa lembut. Kebanyakan yang dijual kat sini yang jenis keras dan banyak tepung. Memang tak kena selera saya. Tapi ada setengah kawan saya suka makan keropok jenis keras.. ya la selera masing2. Jom kita makan keropok lekor cicah sos.  

 

Friday, November 18, 2011

Roti + Chicken Ham

Pagi ni saya sediakan menu diet untuk breakfast. Terasa nak makan roti ala-ala mat saleh la pulak. Kebetulan pula semalam terbeli salad maka boleh tayang imej kehijauan dalam menu pagi ni. Kekadang tu bila bangun pagi fikiran dah melayang-layang fikir nak makan apa? dah la masa tu singkat nak masak. Jadi untuk mengelak dari membuang masa cara paling mudah ialah menyedia menu sandwich. Caranya roti (readymade) + chicken ham (panas je 5 minit dlm microwave atau dalam air panas) +  salad + tomato + letak sedikit olive oil atau planta. Ok 10-15 minit dah ready untuk pack bawa pergi kerja...

Ready for pack!!!
 
Lebihkan salad + tomato
Menu macam ni kalau setiap pagi bagus untuk kesihatan kita dan pasti boleh turun berat badan bagi yang nak diet. Kalau saya ni tak pasti la boleh makan tiap-tiap pagi macam ni, cepat jemu lorrr. Kekadang tu bab-bab makan ni bagus juga kalau kita tidak ikut nafsu selera, demi kesihatan.

makan time!!!

Bila berdepan dengan makan kita tak ingat pasal sakit atau gemuk... tapi bila badan dah berubah struktur mula la mencari salah makanan. Maka peringatan untuk diri sendiri kawal @ diet dalam pemakanan dari sekarang sebelum doktor mengawal pemakanan kita...he..he..he.. betul ke macam tu. Apa2 je la janji ada kesedaran dalam penjagaan kesihatan badan kita.