Thursday, November 9, 2017

Apam Kampung

Malam tadi selepas makan malam... dengan semangat berbakul2 menyediakan adunan apam kampung sebabnya nak guna toy baru saya beli. Saya order pengukus Noxxa, ya la adik beradik saya heboh dengan produk Noxxa..ada yg beli periuk dan bread maker...saya tergerak hati nak beli pengukus ni harganya RM418.00 shj termasuk pos. Biasala bila dapat barang baru kita kena rajinkan diri terus menggunakannya...mana la tau kot rosak sebelum digunakan.

Maka percubaan pertama mengukus saya masak apam kampung...resipi ni saya pernah masak sebelum ini...lagipun bahan2nya tak banyak digunakan.

AQ
Pengukus Noxxa ni cara utk menggunakannya mudah saja, butang utk set cuma tekan arrow atas atau bawah utk masa...utk pasang setiap tingkat pun senang...cuma materialnya agak ringan spt plastik dan kena berhati2 takut pecah...

Pengukus ni 3 layer...tidak boleh guna size loyang yg bulat..kalau ada acuan empat segi size kecil boleh muat..jadi saya ambil keputusan guan acuan paper cup saja...setiap layer tu boleh muat 10 paper cup...nemang senang mengukus ..

Isian setiap paper cup tu saya cuma letak sedikit saja supaya bila apam tu naik & kembang tidak penuh dan senang saya nak letak kelapa...jemput makan.. memang sedap.




Friday, October 6, 2017

Ubi Kayu Rebus

Harga ubi kayu pun mahal sekarang!! Tapi disebabkan teringin nak makan letak ketepi tentang harga...kita beli je la. Niat saya nak masak kuih talam ubi kayu...tetapi melencong ke arah lain, hanya rebus je ubi kayu tersebut. Biasa la kalau hari kerja masa tu agak singkat nak memasak...nak tunggu hari minggu mesti ubi tu dah masuk angin. Jadi kita rebus dan cicah sambal ikan bilis...tu pun sedap juga.

Sekali sekala makan ubi kayu rebus sedap juga...habis 3 potong tu, malam tadi saya terasa sakit2 badan...mesti sejuk atau angin bila makan ubi ini, soal tu ketepikan...Insya Allah sihat seperti biasa.


Thursday, October 5, 2017

Sup Ikan Merah

Petang semalam masak sup ikan merah untuk hidangan kami makan malam, selain dari itu sambal terung dengan ikan bilis dan ikan goreng. Sup ikan merah memang sedap sebab ikan tu masih segar Mr Right beli di pasar... lagi pun sekali sekala tukar menu..biasanya ikan merah pilihan ramai masak kari. 

Sup Ikan Merah...kami sapu bersih hidangan malam tadi...yang tinggal cuma sisa rempah dan kulit limau. Cara saya masak sup ikan ni ringkas je..saya tak nak ambil masa lama di dapur..balik kerja badan penat tau!!!, kita buat kerja cepat2 ya... blend bawang putih, bawang holand dan halia. Tumis bersama rempah 3 sekawan, masukkan air dan sedikit serebuk rempah kurma...serbuk rempah sup tak ada stok, masukkan ikan, karot, tomato dan rasakan dengan garam atau kuib...hidang dengan perahan limau nipis, daun sup dan bawang goreng.

Sunday, October 1, 2017

Apam Kampung

Sekian lama saya tak jenguk kat sini...boleh dikatakan berbulan juga saya tak update, bukannya tak ada citer untuk dimuatkan...tetapi masa tu agak terhad. Hari ni agak tenang sikit, fikiran pun kurang gangguan..hehehe pelik bunyinya sebut gangguan...ala biasa la bila tak ada gangguan kerja saya akan terasa tenang sikit...huhuhu bos tak ada di Malaysia!!

Petang ni saya cuba resipi kuih apam kqmpung...dah lama simpan resipi ini, sanggup simpan sebab saya tengok bahan2nya tak banyak dan semestinya kuih apam ni kegemaran saya. Ingat dulu masa zaman2 bujang sarapan pagi mesti beli kuih ini. Hari ini pertama kali saya cuba masak sendiri kuih ini...sambil kacau bahan2 ini berselawat mohon menjadi la kuih saya masak ni. Lagipun saya tanya Mr Right kalau saya masak kuih ini makan tak....hahaha berani dia jawab tak makan!! Dalam hati ni takut juga kot tak berjaya...malu saya nak hidang nanti.

Jemput makan ya!!! Hasil usaha saya petang tadi...sedap!! 

Yezzzz berjaya saya masak apam kampung..sebenarnya hati ni berdebar2 dan tak sabar nak tengok apam ni masa dalam pengukus...Alhamduillah...Bagi yang nak resipi..saya rujuk kat bawah..cuma bahan 1 cawan air gula merah saya guna 2 ketul gula melaka size sederhana dan campur 3 sudu gula dinasak denfan 1 cawan air.