Saturday, March 12, 2016

Sambal Lada

Hari ni nak kongsi sambal lada yang boleh disimpan lama, kebetulan balik dari kelas mengaji menyinggah di NSK ada lada besar agak murah...apa lagi beli la untuk buat sambal. Bagi yang suka pedas sambal lada ni boleh la di makan dengan nasi, sup atau apa saja makanan lain. Boleh dikatakan kat dapur saya sentiasa ada stok sambal lada ni...sebab banyak kegunaannya. Biasanya kalau kat Kelantan makan nasi berlauk pagi mesti ada sambal macam ni. Rasa sambal lada ni ada pedas dan masam.

Cara nak buat sambal lada ni - lada merah size besar dan campur sedikit cili padi jika suka pedas...biasanya cili besar ni kurang pedas. Blend campur dengan cuka makan (jumlah tu agak2 boleh blend cili + sedikit garam/gula + sedikit air masak jika letak cuka sedikit...elak dari guna air paip atau air mentah. Itu saja caranya...kemudian bila dah blend simpan dalam peti ais. Sambal lada ni disimpan lama lagi sedap sebab makin terasa masam pedasnya.
Setelah diblend dapat 2 botol untuk stok kat dapur.
Kepedasan terbayang!!! tapi ini la yang buat berselera bila diletak dalam makanan.

Thursday, March 10, 2016

Overnight Oats Coklat

Malam tadi rajinkan diri sediakan overnight oat untuk sarapan... kali ni campuran bahannya saya letak syrup coklat + susu alene yang dicampur air + buah kiwi + buahan kering seperti kurma dan kismis. Maka hasilnya bila makan ada rasa coklat, lemak dan masam...rasa manis tu ada la sikit sebab letak syrup coklat dan rasa manis buah kering.

Walaupun rupanya tidak menarik tapi demi kesihatan tetap juga kena amalkan makan oat dalam pelbagai cara penyediaannya.

Wednesday, March 9, 2016

Fettuccine Carbonara

Hidangan makan malam ini adalah pasta!! Eeemm malam ni teringin pula nak makan pasta fettuccine carbonara...ya la agak lama tak masak makanan ala western ni. 

Cara masaknya saya pilih yang senang sebab kepenatan balik kerja...hanya beli sos prego carbonara yang dah siap...tumis bawang putih dan sedikit halia + bawang holland + bebola daging + sayur dan sos prego....siap!!! Sebelum itu jangan lupa rebus fettuccine atau spagheti.

Versi fettuccine carbonara tidak pedas
Versi fettuccine carbonara yang suka pedas letak sedikit sambal cili...biasa la selera orang Melayu nak juga makan ikut caranya.

Overnight Oats

Pagi ni sarapan makan 'overnight oats'...ramai yang share cara nak buat oat peram ni...saya pun tertarik sebab mungkin dengan cara ini saya selera untuk makan. Oat ni saya sediakan malam tadi kemudian letak dalam peti ais...pagi ini sarapan la dengan oat...ya la kalau pagi agak susah nak sarapan dengan oat rasa tak tertelan, tapi bila buat oat macam ini rasanya boleh diterima oleh tekak sebab ada berbagai rasa.

Cara penyediaannya ada pelbagai bahan yang boleh diletak, saya cuma letak buah kiwi dan epal hijau sebab itu je yang ada stok, antara bahan-bahan lain oat + susu segar + yogurt plain saya campur dengan oren sunquick + buah-buahan kemudian simpan dalam peti ais beberapa jam dah boleh makan...tapi saya makan untuk sarapan pagi.
Sedap tau ada rasa masam manis lemak...begini la salah satu cara untuk habiskan stok oat dan juga untuk galakan kita makan oat.