Thursday, June 18, 2015

1 Ramadhan...penuh muhasabah!!

Salam Ramadhan.... menyambut kedatangan bulan ramadhan kali ni dalam keadaan tidak sihat. Ujian sakit kali ini agak lama dan teruk...seminggu demam sakit tekak hampir sembuh...tiba-tiba hari isnin demam panas melanda...sakit kepala, gusi rasa sakit bila badan panas. Hari selasa aku ambil keputusan ke klinik jumpa doktor yang merawat aku sejak tahun 1992... rekod aku masih ada di sini walaupun aku dah lama tidak ke sini...tapi staff dan doktor kat sini tetap ingat aku...ada yang cakap aku dah nampak perbezaan...ya la dulu tak bertudung. Ok cerita pasal sakit ni aku pembantu klinik ambil darah untuk test sama ada aku demam denggi. Tapi Alhamduillah tak ada virus denggi cuma kandungan hemoglobin aku kurang dari darah putih. Bila kurang darah merah seseorang tu cepat penat atau letih...situasi letih ni aku sentiasa alami sejak akhir2 ni...tapi aku anggap penat sebab kerja ataupun peningkatan usia...rupanya sebab lain. Lagipun aku dah lama tak sakit jadi bab test darah ni aku abaikan...setakat check tekanan darah boleh buat sendiri dengan alat kat rumah.

Hari ni kuatkan diri ke ofis, tapi separuh jalan memandu dah rasa tak selesa...sampai ofis dalam econ lagi tambah demam. Aku kuatkan diri tetap berpuasa, kat rumah dah tak boleh nak fikir apa nak masak untuk berbuka. Mr Right nak keluar beli...alahai kesian la pulak dia kena keluar ke kedai dah la firstday berpuasa lagipun aku tau dia penat balik dari kerja...aku masuk dapur tengok sayur bayam dah siap potong...hahaha kelakarnya bila tengok bayam yang dipotong tu tak mengikut piawaian...eeemm laki aku kononnya nak masak...kesudahannya aku kuatkan badan ni masak ala kadar. Menu kami hari pertama berbuka nasi putih, sayur lemak bayam campur udang, ikan tenggiri goreng, telur dadar dan sup ayam....Alhamduillah syukur dapat juga sediakan juadah. Bermusabah la sesungguhnya setiap kali tibanya Ramadhan kita ambil la peluang ini mengumpul pahala...sebabnya ramadhan akan datang belum tentu kita dapat melalui dengan sempurna. Insy Allah.

Sunday, June 14, 2015

Hari Bapa!!!

Tahniah kepada kaum bapa semua sempena hari keraian Hari Bapa! Untuk arwah ayah semoga tenang di sana. Istimewa untuk Mr Right semoga bahagia bersama keluarga.
Sabtu lepas kami dapat jemputan dari syarikat pengedar kereta Honda sempena Hari Bapa ada majlis makan dan promo test drive kereta. Ya la kami pergi sebab dapat jemputan, tak ada niat nak makan lagi pun dah breakfast dan lunch kat rumah. Pergi ke sana atas tujuan Mr Right nak test drive je...eeemm rupanya dia ada hajat nak beli kereta. Bagus la saya pun boleh tumpang sekali...uuhuuh.

Walau kami tak makan salesman yang kami pernah beli kereta dulu tetap ada buahtangan untuk kami...yang dituju khas untuk 'man'....kadangkala sikap salesman yang tetap ingat pelanggan lama mereka menambat hati kami untuk mendapatkan perkhidmatannya dimasa akan datang...Congratulations Honda!!!

Walaupun buahtangan ini kita mampu beli...tapi bila kita dapat sebagai hadiah ianya amat bernilai

Friday, June 12, 2015

Sup Pasta

Bila tak sihat Allah swt tarik sekejap selera dan nikmat untuk makan. Seminggu tak sihat menu makan aku agak berterabur, minggu ni hanya selera makan roti...sarapan, lunch dan dinner hanya sandwich dan roti bakar. Petang ni aku masak sup sayur dan masukkan pasta sebab tak nak nasi...harapnya ada selera sebab tengahari tak makan. Ubat doktor pun dah ambil...macam2 treatment untuk hilangkan demam selsema yang dianggap ringan hakikatnya berat ditanggung, malam tidur tak lena, bila di ofis kepala rasa berat ditambah dengan batuk. Aku redha segalanya lagipun dah lama tak sakit mungkin ni ujian yang dariNya.

Sunday, June 7, 2015

Makan Kenduri

Hari ni ada jemputan kenduri kahwin anak kepada sepupu di Sungai Udang Klang. Walaupun demam terpaksa juga kuatkan diri memandangkan ni kenduri anak sulung sepupu...dah la Mr Right outstation terpaksa memandu sendiri nasib baik bertemankan mak sedara dia pun keseorangan suaminya tak sihat. Mengenangkan kenduri sedara terdekat, aku ni kira wakil keluarga dan orangtua dah tak ada, ikatan saudara mara perlu dipereratkan dan masa ini juga dapat berjumpa dengan saudara mara yang lain. Sekarang ni kalau musim perayaan agak susah nak jumpa saudara mara di kampung terutama yang telah berhijrah. 

Cerita ke rumah kenduri ni makanan punye la banyak mengalahkan buffet di hotel...eeem ya la dapat menantu anak taukeh katering, tapi aku pulak yang rugi sebab selera makan kurang bila tak sihat...hanya rojak yang mengenyangkan aku dan buah-buahan. 

Sakit tekak mana boleh makan kuah kacang!!! alahai minta maaf la kat diri sendiri, makanan ini je yang menambat hati aku, nasi minyak, ayam golek, rendang, daging salai masak rebung dan sebagainya termasuk kuih muih tidak terliur.