Sunday, February 8, 2015

Nasi Putih dan Daging Goreng untuk sarapan!!!!

Pagi ni sebelum keluar ke kelas mengaji aku bersemangat masak nasi untuk sarapan dan juga masak lauk untuk makan tengahari. Punca aku bersarapan nasi pagi ni angkara badan dah rasa tak selesa penuh dengan angin dan sakit2 mungkin beberapa hari ni asyik makan roti dan tengahari semalam masak spagheti semuanya bahan bergandum. Maka pagi ni aku kena naturalkan badan ni supaya angin keluar...aku masak nasi dan goreng daging berhalia. Tambahan untuk menu tengahari aku terus masak ikan siakap masak tempoyak dan kangkung goreng....balik mengaji nanti tak perlu kecoh didapur.

Pilihan aku hanya makan nasi dengan daging sahaja....uuuhh memang sedap macam mengidam pulak aku makan pagi ni....tambah pula bila makan nasi panas dan daging goreng yang ada rasa halia serta kicap. Harapnya tidak tidur dalam kelas mengaji.

Sepinggan nasi putih bersama daging goreng
Ikan siakap masak tempoyak
Kangkung goreng

Bila Susu Segar dan Jus Sunquick Bersatu....apa rasanya?

Beberapa hari kebelakangan ni selera makan agak bercelaru...nasi tidak menjadi keutamaan. Asyik makan roti bakar je lepas tu minum susu segar yang dicampur dengan jus sunquick. Makanan ni menjadi menu makan malam aku dah beberapa malam. Biasanya bila makan roti bakar mesti minum coffee, teh atau milo...tapi minuman tu untuk waktu sarapan atau petang je...bila malam aku elak dari minum berkafein sebabnya tak boleh tidur dan macam2 masalah akan melanda dalam badan aku. 

Susu segar yang dicampur dengan jus ni sudah lama menjadi pilihan aku...sebabnya aku ada masalah sembelit bila minum susu segar saja...bila dicampur dengan jus ni maka kurang sikit masalah tersebut, rasanya cukup sedap seperti air yogurt yang dijual di supermarket. 

Air Yogurt!!! susu segar dan jus sunquick
Roti Bakar berkaya

Tuesday, February 3, 2015

Masala Vadai

Happy Thaipusam dan selamat beristirehat bagi negeri yang dapat cuti umum. Pagi ni aku ulang tayang masak masala vadai untuk sarapan. 4 hari cuti kering idea nak masak makanan untuk sarapan...kononnya tak ada idea wal hal aku kurang mood nak masak yang berat untuk sarapan sebabnya waktu tengahari kena makan berat lagi. Sarapan kami pagi ni ada yang makan roti bakar dan ada yang pilih makan vadai...kedua2 pun mengenyangkan. 

Sedap garing dan rangup!!! bila rasa satu nak lagi...bila makan satu semestinya minta lagi....
Ini untuk frozen....bila-bila rasa nak makan boleh panaskan

Sunday, February 1, 2015

Kerabu Pauh

Sejak sembuh dari demam ni selera untuk makan nasi agak kurang...tapi tetap paksa diri untuk makan dengan menu yang ada. Hari ni aku buat kerabu mangga / pauh ala Kelantan untuk mengubati mulut aku yang terasa pahit sejak demam...kepada yang biasa dilanda demam hilang selera makan dan mulut tak ada rasa bila makan sesuatu...kecuali bila dapat makan makanan yang masam selera tu tiba-tiba je muncul. Hari ni aku dapat mengubati selera rasa tekak dan mulut ni bila makan kerabu mangga yang ada rasa masam. Di sini secara ringkas penyediaannya.

Bahan untuk buat Kerabu

- 1 @ 2 biji Mangga disagat / dicincang halus
- Kacang Panjang dipotong halus
- Daun kesum dihiris halus
- Pucuk serai serai kayu ganti bunga kantan
- Cili kecil dipotong
- Limau nipis ambil jus

Bahan ini untuk ditumbuk atau blend kemudian digaul dengan bahan2 diatas.
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sedikit halia
- Serai
- Kelapa goreng ditumbuk hancur
- Lada hitam
- Ikan rebus @ bakar ambil isinya
- Garam dan gula
- Sedikit budu jika suka

*** Jika suka boleh letak sedikit santan pekat setelah bahan2 disatukan untuk bagi kerabu tersebut lembab tidak terlalu kering.

Walaupun rupa kerabu ni tidak menghariahkan tapi bila dah makan semestinya tidak pandang lauk lain.