Saturday, January 3, 2015

Mee Bandung Muar

Petang ni aku mencuba resipi mee bandung Muar...aku tak pernah masak menu ni...biasa makan kat kedai je. Sejak cuti beberapa hari ni asyik makan nasi je...hari ni tutup cerita pasal nasi...jom kita makan mee. Nak masak mee bandung muar ni aku kena la goggle...aku bukannnya tau nak masak resipi orang Johor silap campur bahan nanti resipi negara lain pulak jadinya. Terlupa pula blog yang aku ambil resipi ni...harap tuannya halalkan dan aku minta maaf banyak2. 

Resipi Mee Bandung Muar

-1 kilo mee kuning
-Daging potong nipis direbus dengan 3@4 cawan air
-Udang segar rebus
-Fish ball (jika suka)
-Tauhu digoreng sekejap dan dipotong
-Telur rebus atau telur boleh juga masak dalam kuah
-Kobis / Sawi dihiris
-Daun sup dan bawang
-Bawang goreng jika suka
-Minyak masak

Bahan ini diblend
-Udang kering setengah cawan direbus dgn secawan air
-Bawang putih 6 ulas
-Bawang merah 5 ulas
-Cili kering 10 biji (kurangkan jika tak suka pedas)
-Gula 3 sudu besar (ikut citarasa)
-Sedikit garam dan sos tiram

Cara memasak
- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis semua bahan-bahan yang telah diblend...tak perlu garing bahan tersebut...

-Masukkan air rebusan daging..bila dah mendidih masukkan daging, udang, fish ball dan sayur kobis / sawi.

-Angkat kuah tersebut...Rasa dulu sebelum hidang... 

-Mee + Kuah + Tauhu + Telur Rebus dan tabur daun sup/bawang  dan makan yang panas berasap baru ada ummpp.

taraa!!! ni la rupa mee bandung muar yang aku masak....rasanya sedap dan proses memasaknya pun tidak lama.

Pizza Massimo

Sekian lama tak upload menu makanan...hari ni ambil kesempatan sikit nak kongsi menu sarapan kami... menu ala american style... roti aka pizza. Pizza roti ni teramat la senang dan cepat penyediaannya, guna roti massimo atau roti keping wholemeal atau roti putih biasa...tak kisah la nak guna roti jenama apa janji roti yang asalnya dari tepung gandum.

Bahan-bahan dan cara penyediaan yang ringkas...saya guna roti massimo + sapu planta atas roti + sos tomato prego atau guna sos tomato brand lain + bawang besar di potong dadu + cili bangala (tak letak) + sausage, fish ball atau crab stick yang telah direbus dan dipotong kecil + nenas + mayonies + oregano (kalau ada) chease keping atau chease parut,  seterusnya bakar dalam kuali ajaib atau oven... jika guna kuali ajaib api diperlahankan elak dari roti hangit...bakar 10 minit je sekadar utk garingkan roti dan chease cair. Hidang dan selamat menikmati pizza panas dari oven....kalau ada serunding tabur sikit atas pizza.

Kepingan roti dan bahan2 sudah siap...proses untuk bakar pizza menggunakan kuali ajaib
Tutup dengan chease keping dan bakar

Friday, January 2, 2015

Tahun 2015

2014 berakhir dengan musibah bencana namun kita tabah dan bersyukur masih diberi ruang untuk menempuhi 2015... doa semoga diberi keberkatan iman, rezeki, kesejahteraan dan dijauhi mala bencana..Amin.

Aku masih lagi berehat menghabiskan cuti...kali ni tidak ke mana memandangkan perancangan bercuti terpaksa dibatalkan...mengikut plan seminggu kami mohon cuti untuk round Semenanjung bermula dari KL-Pantai Timur-Utara-Selatan-KL...kesudahannya di KL je, tambah pula keadaan cuaca hujan yang tidak menentu hilang mood untuk keluar. 

Snow pun turut menyibuk bila nak siram orkid ni...lagipun tempat ni menjadi ruang kegemaran dia...entah apa yang dia tenung kat luar sana...mungkin betul apa yang aku baca tentang kucing persian ni suka duduk di ruang yang mempunyai pemandangan luar...dia suka termenung dan menghayati suasana.
Orkid ni nampak segar sejak tuan dia ada kat rumah.
pssstt...Snow kau hati-hati kat tepi tu jangan terjun tau!!!! lagi satu jangan pijak orkid aku tu...dan cuba elak dari kena arang nanti habis la bulu gebu kau tu....uuuhhuu

Thursday, January 1, 2015

Stok Buku @ Cuti Tahunan

Salam tahun baru 2015

Sepanjang menghabiskan cuti tahunan aktiviti aku 50% masa habiskan dengan membaca... dapat la aku khatam stok buku yang tidak terusik sejak beli. Bila waktu bekerja separuh hari aku habiskan di ofis, jadi waktu cuti kerja aku manafaatkan dengan hobi aku. Shopping buku dan membaca salah satu hobi aku jadi tidak akan tertulis rasa bosan!!! lagi satu perangai aku bila dah pegang buku susah nak berhenti...maka aku terpaksa buat perancangan khas setiap hari sepanjang waktu cuti...tanggungjawab lain kena dahulukan sebelum pegang buku. Nasihat aku jika kita bercuti di rumah je pastikan masa kita terurus dengan berkualiti supaya badan kita cukup rehat dan bercuti dalam keadaan sihat. Bermula dari awal pagi hingga malam waktu masuk tidur, pastikan masa tidak terbuang tanpa bermanafaat. 

Bagus untuk rujukan demi menjaga kesihatan sepanjang hidup.
Baca ini!!! peringatan dan kesedaran diri sebagai seorang umatNya @ muslim
Uuuhhuu bila dapat novel...aku tak ambil tau apa rancangan tv sepanjang bercuti...yang aku tau cuma sekali sekala kedengaran astro awani membuat liputan tentang bencana banjir dan Airasia yang hilang.