Sunday, October 5, 2014

Salam Aidil Adha

10 Zulhijjah 1435H - Hari ini seluruh umat muslim menyambut hari raya aidil adha @ haji. Tahun ni kami beraya di KL memandangkan Mr Right masih dalam kursus...cutinya cuma 3 hari sahaja...kalau balik kg setakat 3 hari je tak berbaloi...tak sempat nak pusing halaman rumah.... lagipun tak nak beratur di jalanraya.
Maka aku buat la sedikit persediaan memasak untuk makan pagi raya. Kebetulan adik lelaki pun tak jadi balik kg...jadi ada la juga tetamu...dia siap beli daun ketupat minta aku buat ketupat palas. Jika ikutkan aku nak masak nasi dagang je...jadi bertambah la satu menu. Tak sangka pula anak sedara bagi tau nak datang beraya...laaa dia orang pun tak balik kg juga. Aku tak ada la bertanya sebelum ni...ya la masing2 dah ada keluarga. Alhamduillah rezeki aku dapat la beraya dengan mereka disamping menjamu tetamu dengan nasi dagang dan ketupat palas.

Peria dan Udang Goreng

Hari ni sabtu cuti hujung minggu dan besok hari raya sehingga isnin dapat cuti. Kami beraya kat KL je, hari ni pun tak keluar ke mana...kelas mengaji cuti jadi kena la masak makan tengahari. Peria sebut je mesti cakap pahit!!! dan tak ramai yang suka makan peria...ternyata semua tak makan sebab pahit. Aku memang suka makan dan rasa pahitnya menambah selera aku makan nasi. Selain dari masak peria aku masak sup tulang lembu...bila makan sup tulang rusuk lembu yang berlemak elok la makan peria ni sebagai mematah lemak atau kolestrol. Masalahnya penghuni kat rumah ni semuanya marah bila aku goreng udang dengan peria...katanya rasa udang jadi tak sedap...eeemm ya la aku tak terfikir la pulak sampai macam tu sekali bila orang tak suka makan peria...lain kali aku tak akan masak peria lagi kecuali untuk aku seorang.
 
Sekuali masak peria dengan udang...yang habisnya udang...peria ditolak ketepi...apa la dia orang ni yang peria yang boleh jadi penawar tak nak makan...

Thursday, October 2, 2014

Sayur Lemak Terung

Sekarang ni musim hujan...dah 2 hari berturut-turut hujan lebat...yang risaunya hujan waktu petang saat nak keluar ofis. Aku yang paling risau memandu waktu hujan lebat sebabnya tak boleh nak agak air yang melimpah atas jalan. Petang ni aku redah je memandu dalam hujan lebat sebabnya nak elak dari jammed kalau tunggu hujan berhenti. 

Sampai rumah pun hujan masih lebat...alhamduillah dalam perjalanan balik kereta tak banyak. Faham je la bila hujan perut mula la minta diisi...masak nasi, goreng ikan dan sayur lemak terung. Saat macam ni tak perlu masak macam-macam lauk...sebab bila lapar tahap kritikal semuanya sedap. Lagipun di ofis tadi aku cuma makan kuih je, maka malam ni  aku makan sepuasnya untuk balas dendam la....

Sayur lemak ni kurang cantik sebabnya santan nampak berketul...nak tau kenapa??? puncanya guna santan beku. Cara memasak sayur lemak ni teramat la senang seperti masak sayur lemak sayur-sayuran lain juga. Kalau ikut resipi yang aku masak ni - terung panjang dibuang kulit selang seli kemudian dipotong serong, kalau tak nak buang atau nak buang kulit pun tak kisah ikut selera masing-masing ...aku buang kulit selang seli sebabnya tak nak terung tu terlalu lembik bila masak dan nampak la serinya.    










































Tumbuk bawang merah + lada hitam + sedikit kelapa mentah + isi ikan mentah atau ikan rebus/ikan bakar tawar (jika tak letak pun tak mengapa) tujuan letak kelapa dan isi ikan ni untuk memekatkan kuah dan ada rasa ikan. Panaskan santan dan masukkan semua bahan yang ditumbuk, bila santan mendidih masukkan terung dan cili hijau serta garam secukup rasa. Perhatian jangan masak terung terlalu lama sebab terung cepat lembik.  

Cek Mek Molek

Pagi ni semangat berkobar-kobar nak masak kuih cek mek molek....kuih ni orang Kelantan biasanya masak untuk sarapan. Keledek @ ubi setelor dah rebus malam tadi...kononnya nak buat semalam, tapi mood malas melebihi selera makan...maka aku pendamkan selera hingga ke pagi. 

Resipi cek mek molek ni memang menjimatkan sebab bahan untuk membuatnya tak banyak diperlukan...cuma guna keledek, sedikit tepung gandum, gula pun sedikit je dan minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya: 
- keledek direbus dengan sedikit garam kemudian dilenyek atau tumbuk hingga hancur.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit...anggaran bila pegang adunan tu tidak terlalu lembik dan boleh dibentuk...ada juga yang masukkan sedikit majerin untuk bagi lembutkan dan ada rasa lemak.
- Ambil sedikit adunan dan dibuat bentuk bulat-sedikit leper serta lengkukan bahagian tengah dan letak sedikit gula (anggaran setengah sudu kecil) terpulang jika suka manis boleh lebihkan gula. Kemudian adunan tersebut dibentuk supaya menutup gula tersebut...boleh buat bentuk bujur atau bulat...biasanya cek mek molek berbentuk bujur.
- Pastikan adunan tersebut mampat supaya bila digoreng kuih tersebut tidak pecah dan gula tidak terkeluar.
- goreng dalam minyak penuh.

Kita makan cek mek molek je pagi ni sebab harga petrol dah naik...nampaknya kena kurangkan perbelanjaan perkara yang tidak berapa penting memandangkan kos barangan lain pun bakal naik juga...terima je la apa yang pemimpin tentukan... rakyat hanya mampu mengeluh bersuara pun tak pernah didengari oleh mereka...sebabnya mereka yang berada diatas sudah selesa.
Ni la rupa @ bentuk cek mek molek yang belum digoreng...bentuk ni kurang cantik almaklum la orang yang membuatnya tak cukup seni kreatif...sekadar mahir seni kerastangan....
Keledek yang telah dilenyek/tumbuk...kemudian diuli dengan tepung gandum