Thursday, April 24, 2014

Bihun Singapore

Pagi ni teringin nak makan bihun goreng putih @ singapore. Kenapa orang bagi nama bihun singapore? aku tak ada jawapan!!! Kalau aku bihun goreng ni aku bagi nama bihun goreng putih @ lada hitam sebabnya salah satu rencahnya ada lada hitam. Ada setengah tu tak minat bihun goreng tanpa kicap...tapi aku suka goreng macam ni sebab ada rasa ikan bilis dan lada hitam...dan bila makan pun tak rasa muak. 

Maka dengan semangat suam-suam kuku aku menggoreng la pagi tadi...letak rencah daging, telur, ikan bilis dan kobis je. Tak perlu banyak rencah nanti hilang rasa ikan bilis. Selera rasa setiap orang berbeza-beza...semua tu tak jadi masalah janji hati puas bila dapat makan yang kita masak sendiri.
 
Ini la hasilnya...tak boleh bagi nama bihun singapore sebab bihun dah berkawan dengan spaghetti. Memandangkan spaghetti semalam ada lebih manakala sosnya sudah habis maka aku selesaikan campur sekali dengan bihun goreng...lagipun halal...cuma tak cantik pada pandangan...apa aku kisah janji sedap dan tidak membazir.

Sunday, April 20, 2014

Nasi Kerabu

Hari ni ada bekalan air..Alhamduillah. Balik dari mengaji tadi rasa lega bila buka paip air mengalir laju. Banyak aktiviti kat rumah kena urus hari ni memandangkan semalam tak ada air, terutama sekali mendobi dan mop lantai yang terbengkalai...diikuti dengan memasak. Hari ni terlintas nak masak menu nasi kerabu sebabnya ada santan segar boleh masak tumis atau sos...sambil buat aktiviti lain aku masak santan atas dapur masak sampai pecah minyak. Target nak makan nasi kerabu untuk dinner nanti..jadi aku tak perlu nak berkejar memasak...urus kerja lain dulu.

Menu @ hidangan nasi kerabu - Nasi putih @ warna biru @ kuning, tumis @ sos yang dibuat dengan santan, sambal kelapa goreng, ulam, budu, sambal cili dan lauk seperti ayam atau daging bakar atau ikan goreng tepung dan keropok. 

Hidangan nasi kerabu aku malam ni tema warna biru  berlaukkan ikan selayang goreng celup tepung dan ayam bakar.

Sepinggang nasi kerabu dengan ikan goreng tepung
Tumis yang siap masak!!! nampak tak tumis yang sudah pecah minyak, bukannya ditumis menggunakkan minyak. Bahannya : santan segar dimasak dengan api perlahan sehingga pecah minyak kemudian dimasukkan bahan-bahan diblend seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Serai diketuk dan sedikit gula melaka/nissan serta garam. Tambahan jika suka - ada juga yang letak sedikit budu.
Sambal kelapa - kelapa goreng + ikan bakar atau rebus (tumbuk separuh hancur) + bawang besar dan cili padi (dipotong) + bawang merah, bawang putih, halia dan serai (ditumbuk) + garam dan gula
Ikan selayang goreng bertepung - ikan direbus kemudian digoreng dengan tepung

Saturday, April 19, 2014

Jamuan Makan

Pagi ni tempat aku mengaji ada buat makan untuk Ustaz yang mengajar kami sempena hari lahirnya. Konsepnya 'potluck' terpulang nak bawa menu apa dan tidak dipaksa. Aku dalam saat di rumah tak ada bekalan air mood nak masak jadi kurang...asalnya nak masak pulut kuning dan kari ayam...terbantut!!, nak goreng mee atau bihun dah ada orang lain yang buat, kesudahannya aku buat kuih yang ringkas je..satu kuih manis dan satu pedas...kuih cara dan popia harapnya ada yang sudi jamah. 

Kuih Cara manis - lepas solat subuh mula membakar - sempat la siap 2 tupperware
Popia goreng!!!

Tuesday, April 15, 2014

Ikan Aya Kari

Sejak bekalan air dicatu aku tak da mood nak update blog ni, bukannya tak masak cuma tak snap gambar masakan...terganggu juga masa memasak bila tekanan air slow.  Petang tadi aku masak lauk kari ikan aya @ tongkol setelah sekian lama tak mengari ikan ni. Ya la asal ada je ikan aya mesti masak lemak kuning atau singgang...sebabnya lauk kegemaran. Hari ni bekalan air tangki pun tak ada...tapi selera nak makan kari ikan dan terung goreng bersama ikan bilis dan tauhu...apa aku kisah pasal air, angkut je la tong air letak kat sinki...masak tetap masak...mana boleh hampa selera ni lagipun kat ofis tak makan tengahari. Maka tercapai la hasrat dinner tadi sungguh berselera dengan lauk yang aku idamkan. 

Seperiuk kari ikan bersama bendi
Terung + ikan bilis + tauhu bila bersatu memang menyelerakan