Sunday, April 20, 2014

Nasi Kerabu

Hari ni ada bekalan air..Alhamduillah. Balik dari mengaji tadi rasa lega bila buka paip air mengalir laju. Banyak aktiviti kat rumah kena urus hari ni memandangkan semalam tak ada air, terutama sekali mendobi dan mop lantai yang terbengkalai...diikuti dengan memasak. Hari ni terlintas nak masak menu nasi kerabu sebabnya ada santan segar boleh masak tumis atau sos...sambil buat aktiviti lain aku masak santan atas dapur masak sampai pecah minyak. Target nak makan nasi kerabu untuk dinner nanti..jadi aku tak perlu nak berkejar memasak...urus kerja lain dulu.

Menu @ hidangan nasi kerabu - Nasi putih @ warna biru @ kuning, tumis @ sos yang dibuat dengan santan, sambal kelapa goreng, ulam, budu, sambal cili dan lauk seperti ayam atau daging bakar atau ikan goreng tepung dan keropok. 

Hidangan nasi kerabu aku malam ni tema warna biru  berlaukkan ikan selayang goreng celup tepung dan ayam bakar.

Sepinggang nasi kerabu dengan ikan goreng tepung
Tumis yang siap masak!!! nampak tak tumis yang sudah pecah minyak, bukannya ditumis menggunakkan minyak. Bahannya : santan segar dimasak dengan api perlahan sehingga pecah minyak kemudian dimasukkan bahan-bahan diblend seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Serai diketuk dan sedikit gula melaka/nissan serta garam. Tambahan jika suka - ada juga yang letak sedikit budu.
Sambal kelapa - kelapa goreng + ikan bakar atau rebus (tumbuk separuh hancur) + bawang besar dan cili padi (dipotong) + bawang merah, bawang putih, halia dan serai (ditumbuk) + garam dan gula
Ikan selayang goreng bertepung - ikan direbus kemudian digoreng dengan tepung

No comments: