Monday, February 10, 2014

Monday with Brekkie Wrap RM1

Mc D jual breakfast RM1!!!! Agak lama aku tak sarapan dengan makan McD, pagi ni menuju ke sini untuk mencari sarapan...ada promoter bagi kupon untuk beli salah satu makanannya Brekkie Wrap dengan harga  RM1 tanpa syarat...dalam tortilla wrap ada telur hancur, sausage...ok la untuk sarapan...kalau nak coffee and tea kena beli la dengan RM3. Masa aku masuk Mc D kat sini banyak brekkie wrap dah siap, cuma tunggu order and pick...jadi tak perlu beratur lama...ni yang aku suka bila membeli tak payah buang masa di kaunter...ya la aku nak kerja bukannya nak bersembang kat situ...bungkus angkat bawa makan kat ofis...lain la kalau sampai ofis pukul 7 pagi boleh la aku termenung kat kafe tu refill coffee 2 @ 3 cups sambil baca The Sun.....

Bahan-bahan yang ada dalam wrap!!! yang paling aku suka telur hancur tu.
Size brekkie wrap ni kecil je...cukup untuk alas perut sarapan pagi...tapi kandungannya boleh menyengangkan.

Saturday, February 8, 2014

Pasta Keju

Hari ni lunch pasta...uuhhuu bestnya sebab dah lama tak makan, biasa la makanan macam ni kat rumah ni tak ada peminat...aku je yang 'enjoy' mengadapnya. Tapi hari ni aku lepas gian sebabnya Mr Right outstation maka aku tak perlu kisah masak pasta ni...dan tak payah nak masak makanan lain cukup makan pasta ni siang dan malam...uuhhuu. Kali ni aku masak pasta dengan sos PREGO perisa keju herbs dan berkrim, biasa la aku mesti top-up bahan lain untuk tambah selera seperti rencah ayam dan sayur-sayuran...juga untuk seimbangkan hidangan.

Hidangan tengahari yang menyelerakan...untuk lunch and dinner no problem!!! aku sanggup makan ni je tanpa makan nasi.
Pasta bersama sayur-sayuran segar
Produk PREGO tetap menjadi pilihan aku setiap kali menyediakan hidangan pasta

Friday, February 7, 2014

Yogurt + Ice Cream

Malam tadi tiba-tiba je terasa panas badan...aku mula risau sebab baru je sihat dari sakit saraf. Sekarang ni musim panas badan tak cukup air... kebetulan ada yogurt aku capai je la...tapi yogurt natural...tau je la rasanya mesti masam. Aku campur ice cream dalam yogurt tu...eeemmm memang sedap la tambah pula yogurt Dutch Lady  yang lemak masam bertemu dengan La cremeria yang berkrim dan manis. Kombinasinya memang ngammmm!!

Bagi yang tak suka makan yogurt pun akan terpikat bila ada ice cream macam ni...sila cuba ya!!!

Monday, February 3, 2014

Cuti CNY 2014

Bagi yang bekerja atau tinggal di KL WP akan dapat cuti 4 hari sempena Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah. Aku ambil kesempatan ni balik kampung berkumpul adik beradik dan buat kenduri maulud serta arwah...dan kebetulan anak buah nak daftar masuk tingkatan 1 di MRSM. Siapa tak seronok bila dapat balik kg kelahiran kita...bagi yang ada ibubapa lagi la berganda keseronokannya. Tapi aku dah tak ada orang tua.. dapat jumpa adik beradik dan sedara mara pun cukup bahagia. 

Aku ambil cuti hari khamis awal sehari...sebabnya nak mengelak dari kesesakan jalan raya dan kebetulan kenduri pada hari jumaat. Keluar rumah pukul 5.30 pagi...uuuhh sampai di lebuhraya Karak kereta dah banyak, rupanya semua orang keluar awal...kami berhenti solat subuh di salah satu masjid di bandar Raub...ramai juga orang yang berhenti..tu tandanya orang nak balik kampung macam aku. Alhamduillah selepas Kuala Lipis ke Gua Musang seterusnya ke Pasir Mas kereta tak banyak, pukul 12 tepat kami dah makan tengahari di daerah kelahiran.

Persiapan kenduri adik dan sedara dah buat separuh...cuma untuk aku balik tolong sikit-sikit je...lagipun aku tak boleh nak buat kerja berat kesihatan masih tak mengizinkan. Tapi seronok punye pasal aku lupa pasal sakit...buat je kerja...eeemm selepas kenduri keesokannya sakit bertambah. Kekadang tu sakit ni kalau dilayan bertambah la sakitnya...aku lawan juga sakit tu. Hari sabtu keluar untuk ke Rantau Panjang....uuuhh tapi hajat tak sampaian sebab kami berpatah balik gara-gara jalan jammed, tak pernah aku tengok kat sini ramai pengunjung macam ni, biasanya kami datang sini waktu orang tak cuti. Mungkin juga pengunjung dari luar Kelantan datang bercuti...jadi balik kampung kali ni aku tak ada la bagi rezeki kat peniaga kat sini.

Ahad pagi kami bertolak ke KL...kereta banyak bermula dari Raub...seterusnya jammed di Karak, target nak lunch di KL dah jadi waktu minum petang, pukul 3.30 pm jejak kaki kat rumah. Alhamduillah dan syukur semuanya selamat.