Thursday, May 23, 2013

@Pekan Kota Bharu

Hari kedua di kg. Pagi perancangan untuk ke pasar Siti Khadijah untuk membeli kaftan dan barang pesanan kawan sepejabat. Suasana dalam pasar bahagian pakaian agak lengang... yang ada cuma pekerja dah pemilik kedai. Mungkin sekarang ni orang belum bercuti. Dalam pasar ni aku target untuk membeli kaftan je sebabnya aku kurang minat dengan kain pasang seperti batik, lagipun aku pekerja yang tak perlu berbatik bila ke pejabat. Harga kaftan sekarang ni agak mahal berbeza dengan tahun lepas dan bila tawar pun peniaga agak keberatan untuk bagi diskaun. Aku tau sekarang ni semua barang keperluan naik harga, jadi tak mustahil upah tenagakerja pun naik. 

Selesai bahagian pakaian, aku ke bahagian makanan kering dan seterusnya mencari makan tengahari. Aku dah lama tak makan dalam bazar ni maka main redah je la...  mee & bihun sup jadi pilihan. Ok bergerak keluar dari bazar, berdepan tempat parking kereta ada sederet kedai emas aku tengok penuh dengan pelanggan. Eeemm Mr Right tanya nak beli emas ke??? Uuuhh aku ni bajet tu ada cuma keperluan untuk memiliki barang kemas agak kurang mungkin yang ada pun jarang aku pakai kecuali dibeli aku terima je. Menyinggah la kami, harga emas turun hari ni patut la ramai yang membelinya... aku dah dapat isyarat jadi tak sia2 la masuk dapat la seutas gelang. Rezeki dari Mr Right... katanya ini je hadiah untuk tahun ini... 

Zon Bebas Cukai @ Rantau Panjang

Minggu ni kami bercuti seminggu, bila balik kg tak sah kalau tak buat pelaburan@membeli belah. Haluan mula2 adalah ke Pekan Rantau Panjang, biasanya kami shopping di Pekan Golok atau Mundok, tapi sekarang tak boleh ke sana sebab atas alasan keselamatan. Seharian aku ronda kat sini, kalau nak ikutkan pekan ni kecil je tapi kami terpaksa ambil masa lama memilih barang.. dari barang dapur, pakaian untuk setiap ahli keluarga dan masa untuk makan. Kalau ikutkan memang penat sebab cuaca panas terik... Masa ni tak ramai pengunjung sebab bukan musim cuti maka tuan kedai barang2 dapur pun ada masa melayan kami, katanya minggu depan mesti ramai pelanggan sebab cuti wesak dan cuti sekolah dah bermula. 

 Jika diikutkan nak membeli memang tak akan habis.. badan dah berpeluh dan kaki pun dah sakit2 lenguh. Kami singgah makan mee celup dan cendol. Saat akhir nak balik ternampak BaBa Ice bermotosikal... ni mesti sedap sebab aku nampak ramai yang membelinya, lagipun adik aku ada cakap pasal ice baba ni adalah tarikan baru kat sini. Rasanya manis sebab kandungannya ice cream dan coklat pekat. Bahan lain adalah roti dipotong kecil2, pulut, kekacang, biji selasih, jeli dll. Harganya cuma RM2 sahaja jika nak dibandingkan dengan tuti fruti dan lain yang berada dipasaran, Baba Ice ni lagi best dan harganya murah.



Saturday, May 18, 2013

Bubur Pulut Hitam

Petang ni cuaca panas terik, tekak aku terasa nak makan yang manis. Ada pulut hitam untuk aku masak bubur..  jadi la dapat hilang rasa haus petang ni. Sudah sekian lama aku tak masak pencuci mulut... ya la sejak nak kurangkan makan yang manis. Bubur ni aku letak durian yang frozen jadi ada la rasa bubur pulut hitam ni macam pengat durian. Selera masing-masing boleh diubah..lagipun bila memasam kreativiti tu amat penting. Lepas tu masa nak makan letak sedikit santan.

Wednesday, May 15, 2013

Buah Tangan Bangladesh


Tak dapat ikut sama...dapat buah tangan pun jadi la. Masa Mr Right outstation aku dalam kesibukan tahap kritikal dan final projek, maka tak dapat la aku menumpang berkursus. Lagipun negara ni aku tak ralat bila tak dapat pergi, sebabnya tidak ada dalam senarai diari aku negara yang aku berminat untuk pergi melancong. InsyAllah lepas ni aku boleh bercuti dan plan nak pergi luar negara dapat la kali ini.