Pukul 12 tengahari perut dah berkeroncong minta di isi, target aku hanya la ke kafe ofis je. Bersama rakan menghala ke sana sebelum penuh dengan staff lain. Waaahh hari ini menu ikan bakar...besttt!!!, ada ikan pari, ikan kembung, ikan sungai seperti talapia dan keli. Pilihan aku ikan pari sebab ikan yang paling senang nak makan tak banyak tulang yang perlu aku teliti. Nasi kuah lemak pucuk paku dan cendawan. Tanpa diragui kesedapan sos ikan bakar bersama sambal belacan, saat lapar yang kritikan ni pasti habis sepotong ikan pari bakar tu. Ofismate aku peminat ikat talapia... aku tengok dia operate ikan tu dengan kusyuk sekali. Memang berselera kami menjamu selera tengahari ni. Harapnya bila masuk ofis nanti tidak dilamun kemengantukkan.!!!!
Monday, April 8, 2013
Dangai
Hari minggu aku!!! petang semalam ada program santai team kerja aku organize, aku terpaksa la pergi memandangkan ada kaitan dengan kerja dan Boss pun datang. Pukul 2.30 ptg aku dah sampai kat tempat program, kalau ikut majlis mula pukul 4 ptg. Faham2 je la takkan aku nak ikut masa Vip untuk sampai kat situ. Lagipun aku tak suka sekadar datang tunjuk muka je kat Boss, sekurangnya aku tengok la apa yang patut untuk bantu sekretariat kat sini. Pergi majlis orang kena la ikut apa yang orang dah atur, aku bukannya nak memandai-mandai untuk ubah, tujuan aku kat sini untuk membantu dan memberi sokongan je.
Bila ada majlis mesti ada makan-makan, yang aku tertarik cuma kuih dangai makanan tradisi yang berasal dari Kedah. Aromanya uuuhhh menusuk hidung... wangi kelapa yang di bakar. Kuih ini kalau dapat makan yang baru angkat dari acuan masih panas mesti menyelerakan. Aku cuma dapat makan yang dah sejuk al-maklum la tunggu program habis.
Sunday, April 7, 2013
Pagi yang Nyaman
Terjaga pagi ini segarnya bila udara luar rumah sejuk dan segar, petang semalam hujan lebat. Termenung nak sedia breakfast, mulanya nak masak nasi lemak @ goreng bihun...Mr Right tak nak, aku dapat idea menu yang dia akan makan. Kerja untuk sediakan amat senang. Sosej, fish ball, goreng kentang dan roti paratha. Menu berbagai jenis ni mesti habis sebab bila makan tu banyak rasa dalam satu pinggan. Roti paratha tu aku gulung dengan sosej letak sos etc. Bukannya susah nak bagi nampak kelainan dalam hidangan dan menambat selera. Nikmati hidangan di pagi yang nyaman buang segala masalah kerja.Saturday, April 6, 2013
#makan2bermanifesto
Malam ni lepak bermanifesto depan tv...memandangkan setiap channel dok siar, maka aku pun nak juga tau apa 'akurjanji' akan datang untuk rakyat. Sekurangnya tau matlamat parti ini. Sambil itu ditemani oleh keropok, cekodok dan milo. Ini je untuk makan malam kami. Alahai!!! kerja la wahai pemimpin... kalah menang janji setinggi mana tetap jadi tanggungjawab memberi perkhidmatan kepada rakyat... aku tak tau apa yang aku akan dapat keuntungan. Aku tetap kena kerja untuk sara hidup. Dannnn aku tak pasti selepas pru13 dimanakan aku nanti....
Subscribe to:
Posts (Atom)

