Monday, October 29, 2012

Mee Kari

Mee Kari lautan dan daratan
Minggu ni terlebih rajin pulak dok kat dapur. Musim hujan dan cuaca yang sejuk, maka selera makan ni telah menganggu diet aku. Emmm tak da maknanya nak diet bila perut dah memanggil-manggil minta makanan. Menu kali ni nak masak kuah kari untuk dikawankan dengan mee. Kalau ikutkan tak cukup bahan lain untuk dijadikan teman mee kari ni. Tapi setakat ada bahan basic bagi aku dah cukup untuk menyediakannya janji rupa dan rasa tetap ada.

Dalam kuah kari tu pelbagai binatang aku masukkan...apa yang ada dalam peti ais tu aku capai je...kesudahannya dalam kuah kari tu ada rencah daging, ayam, udang dan sotong. Mulanya terdetik gak apa la rasanya nanti....semestinya bila makan mee kari tu sekejap rasa macam berada di lautan sekejap macam di daratan...ha..ha...ha.. kalau masuk masterchef semestinya tercorok lepas tu kena kutuk kaw-kaw.

Kawan-kawan dalam mee kari

Mee Kuning + Pasta

Kuah Kari hasil lautan dan daratan


   

Saturday, October 27, 2012

Lemang @ Pulut Rebus

Ini pulak nak kongsi pasal lemang yang adik aku beli pada pagi Aidil Adha. Ya la nak bakar kat sini... area rumah aku ni silap hari bulan kena saman pulak atau ada bomba yang datang.... Disebabkan rasa nak makan tu kena la beli. Tapi agak kecewa la lemang ni kurang sedap...satunya kurang lemak/santan dan keduanya lemang tu tak original...pulut tu macam dimasak/rebus dulu kemudian dibakar dalam buluh. Dah la tengok buluh tu pun macam hidup lagi...warna buluh tu masih hijau tak nampak hangus macam kena bakar. Harga sebatang lemang  mengikut kata adik aku ada kategori harganya RM9-RM15...bergantung kepada saiz buluh. Emmm tu la bisnes banyak cara nak untung. 

Bagi aku bab harga tu tak kisah...kalau mahal tak ambil kisah janji makanan tu sedap....pesan aku kat orang yang berniaga..."makanan kalau yang dijual sedap...jauh dan mahal orang tetap cari dan membelinya". Bab harga ni orang semua boleh faham dan tahu puncanya sebab bahan mentah sekarang memang mahal....tapi tolong la jangan masak makan tu ala kadar je orang yang membeli tu penuh pengharapan. 

Rendang daging
Jumlah lemang sebatang RM10

Friday, October 26, 2012

Pulut Arun

Pagi Aidil Adha!!! aktiviti aku masak dan makan... sambil tu sembang2 la dengan adik aku pasal menu makanan yang jadi kegemaran kami bila raya....tersebut la pasal pulut arun = pulut yang telah dikukus yang masih panas kemudian dimasukkan santan+kacang+gula+sedikit garam. (tak tau la kat sini orang panggil apa), jadi apa lagi terkeluar la perkataan "sedapnya!!!!". Aku tanya adik nak makan ke...dia apa lagi mesti jawapannya 'boleh juga!!'.

Mengenangkan hajat untuk masak ketupat tu memang ada cuma terbantut sebab tak ada daun palas. Jadi kalau setakat untuk masak pulut arun tu tak jadi masalah...cuma tak jadi ketupat la. Dalam masa 1 jam dah pun boleh siap mengukus dan mengarun pulut. Sebab aku masak pun sekilo beras pulut je...sambil mengukus tu rebus kacang. Santan pulak tak perlu nak panjat pokok kelapa...semuanya dah ada santan kotak/readymade.

Pulut arun yang berkilat bila dah diadun dengan santan+gula+ kacang+sedikit garam

Proses Mengarun/mengadun/mengaul pulut

Untuk menghasilkan ketupat palas prosesnya masih banyak...membungkus dan merebus...mesti ambil masa 1 jam lagi baru boleh dimakan...sebab proses membungkus dan memasak ketupat tu agak lama bergantung pada kecekapan seseorang tu membungkus. Bab membungkus dengan daun palas ni memang aku akui kurang mahir...sejak kecil setiap kali menyambut hariraya berguru dengan nenek tak pernah lulus....kesudahannya nenek mesti suruh aku bungkus guna daun pisang....hasilnya ketupat dakap.


Aidil Adha

Salam Hari Aidil Adha @ Jumaat
10 Zulhijah 1433 @ 26 Oktober 2012

Aidil Adha tahun ni aku tak joint untuk beratur balik kampung, kali ni beraya kat sini je. Memang banyak bezanya beraya kat tempat orang jika dibandingkan di kampung, bagi aku kat kampung tetap terasa suasana perayaan.

Walau apa pun suasana hariraya tu kurang namun naluri untuk meraikan tu ada juga, terutamanya bab makan. Malam hariraya tu aku masak nasi himpit dan kuah kacang. Mengenangkan adik aku akan datang beraya kat rumah...pada mulanya berhitung nak masak nasi dagang...tapi mood tu kurang sikit. Setelah fikir balik rasa tak sah la pula sekadar nasi himpit je...jadi laksa lemak jadi pilihan memandangkan makanan tu asal tempat kelahiran.

Kuah laksa dah siap masak masak


Laksa dan bahan-bahan tambahan pelengkap hidangan
Raya kali ni aku tak buat ibadat korban... InsyAllah jika diizinkan tahun depan aku akan menunaikannya. Jadi pagi raya ni selepas solat sunat mengadap makanan je la... petang baru keluar menziarah saudara mara yang ada kat sini.