Wednesday, April 13, 2011

Sambungan 'Belajar Perkara Baru'

Hari ni nak citer lagi ni... kira urutan selepas aku belajar cara daftar syarikat... maka bila dah ada syarikat tu seeloknya syarikat tu ada bank akaun ... kononnya senang untuk monitor duit masuk dan keluar....uuuuhhh macam le bisnes juta-jutaan. Tapi aku tak kisah janji aku ikut apa nasihat yang orang bagi. Lalu aku pun minta tolong le dengan si google ni... cari ilmu cam mana nak buka akaun bank untuk syarikat...ya la tak nak le main hentam je pegawai bank tu.... nanti aku pulak yang malu seumur hidup... dah le bisnes tak jalan lagi ni...

Dalam mengoogle tu dapat le sikit maklumat... tapi aku rasa cam tak puas hati ... biasa la macam-macam pulak cerita aku baca tentang pengalaman setiap orang tu bila ke bank nak bukan akaun syarikat ni. Ok aku pun terus je call bank harimau tu tanya syarat dan peraturannya... Aku pulak jadi pening sebab tak tau nak cari kat mana salah satu dokumen yang diminta. Syarat nak buka akaun syarikat dengan Maybank ..Borang Permohonan, IC, Sijil SSM, Borang PNA 23, Borang A/B (borang ni le aku tak pasti) rupa2nya bila tanya SSM benda tu dah ada dengan aku...bersama2 dengan sijil SSM tu... adoiii bodohnya rasa... tapi dia orang pun silap lain kali tulis la kat borang tu... tu le yang aku belajar untuk hari ni... nanti sambung lagi perjalanan seterusnya!!!!

Friday, April 8, 2011

Belajar Perkara Baru

Kat sini aku nak kongsi sikit pengalaman macam mana nak daftar syarikat baru... maksud aku bagi sesiapa yang baru nak belajar memulakan perniagaan. Sekarang ni ramai orang berniaga secara online, tidak memerlukan modal yang banyak....cukup le ada komputer, internet, akaun bank ....dan semestinya ada produk yang nak dipasarkan... Macam aku ni tak pernah la berniaga ... memang terus terang aku cakap tak pandai langsung nak memulakan perniagaan ni... tapi dalam hati ni selalu je meronta-ronta nak berniaga...ya la bila tengok kawan-kawan ada yang dah berjaya memulakan perniagaan dan ada pula yang sanggup berhenti kerja untuk fokus dengan bisnes. Cemburu gak bila tengok kawan-kawan aku yang mempunyai semangat berniaga ni.

Lalu dipendekan cerita aku pun belajar la sesuatu hari ni... perkara pertama aku lakukan ialah mendaftar nama syarikat di SSM.... rujuk kat sini http://www.ssm.com.my. Aku pergi pejabat yang kat KL Sentral.... sebelum ke sana tu aku dok bajet sendiri sure pening nak drive tuk cari blok pejabat ni... tapi alahamduillah perjalanan aku ke sana selesa ... lagipun papan tanda agak membantu le dari jalan Brickfield tu  sebelum masuk ke bangunan tu boleh nampak senarai syarikat SSM di papan tanda bagi setiap bangunan tu... aku rasa memang senang le walaupun pertama kali ke sana...

Kat sini boleh parking kereta berbayar dalam bangunan tu... lepas tu terus ke kaunter daftar syarikat tingkat 2...kalau kat tingkat 1 tu untuk rujukan/panduan sebelum pendaftaran. Tetapi aku terus ke tingkat 2 unit pendaftaran syarikat...minta borang untuk daftar syarikat...borang tu free...mula le aku mengisinya...ada panduan dia orang dah tampal kat situ... tapi sebaik-baiknya elok sedia awal-awal nama syarikat dan jenis perniagaan yang nak disenaraikan.... Ok aku mula le mengisi borang A dan B tu...rupanya ramai orang nak mula berniaga ni...he..he..he.. dalam hati aku dok fikir apa agaknya dia orang nak jual...ada seorang kakak ni dia pun dok isi borang gak...aku terdengar suami dia kot cakap tulis je menjual makanan...ha..ha...ha.. sah dia pun macam aku baru nak daftar syarikat... tapi aku kira ok sikit le sebab dalam kepala dah ada jenis perniagaan yang nak ditulis...walaupun cuma 2 jenis je aku isi... ya la baru nak belajar cukup le dulu....

Ok bila dah siap isi borang tu ambil nombor tunggu...sekejap je aku tunggu masa tu ...staff kaunternya memang cekap gak ler masa tu ... tup...tup..tup dia minta IC aku lepas bayar RM70 untuk pendaftaran setahun... buat je setahun dulu jangan membazir sebab kita baru nak belajar berniaga kan.... Kemudian tunggu sekejap dia orang siapkan sijil perniagaan tu... aku kira dalam masa 1 jam le dah boleh selesai semuanya... ok hari ni aku berjaya belajar perkara baru dalam hidup ...ya la dapat SIJIL ha...ha..ha..

Lepas ni ada lagi perkara lain yang perlu aku belajar dan berusaha.... tunggu!!!!

Monday, January 24, 2011

Rezeki: Alahamduillah Syukur

Hari ni penuh kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah memakbulkan doa aku... ya la setiap hari berdoa semoga hidup aku dikurnia rezeki... petang tadi aku menerima cek bonus dari majikan... uuhhh di luar jangkaan sekali... majikan bagi bonus dan kenaikan gaji... syukur amin!!!

Ya la bagi sesiapa yang bekerja dan mempunyai majikan sudah semestinya mengharap dapat bonus setiap tahun...tak kira le bagi di awal, tengah atau hujung tahun...janji dapat. Itu la saat2 yang ditunggu2. Ya le dalam keadaan harga barang sekarang ni semua orang yang berpendapatan cukup2 bajet je setiap bulan semestinya saat ni la yang diharapkan untuk menampung bebanan perbelanjaan.

Plan aku tahun ni untuk menambah tabungan...tak nak lagi membazir shopping mengikut hati je... ya la dulu aku ni boros berbelanja pantang tengok yang berkenan tak fikir pulak pasal bajet...sebab peruntukan tu memang ada setiap bulan dalam bajet aku. Harapnya niat aku ni termakhbul dan tangan ni tak gatal untuk bershopping tak tentu pasal... inssyallah.

Tuesday, January 11, 2011

Tiada Lagi!!!

2 tahun sudah berlalu 11.1.09-11.1.11, perginya seorang ayah tercinta. Al-Fatihah!!! semoga arwah ayah berada dalam golongan orang-orang yang beriman. Tiada apa yang lain selain dari doa saja yang mampu aku hadiahkan kepada arwah ayah....itulah tanggungjawab seorang anak...bila dalam situasi begini harta benda sudah tidak bernilai ...kecuali masa hidup kita bersedekah ... "Harta tidak boleh dibawa mati kecuali sedekah-amal jariah".

Ingatan aku kepada arwah tetap segar, ternyata aku merasakan arwah ayah masih ada disisi kami... aku sentiasa membayangkan ayah belum pergi meninggalkan kami... walhal 2 tahun sudah berlalu. Mungkin setiap perkara yang aku ingin aku lakukan terlintas semua nasihat dan pesanan arwah. Setiap kali keluar rumah... melangkah ke mana-mana aku akan membaca ayat2 suci seperti diajar oleh ayah... kalau nak diceritakan terlalu banyak arwah ayah bekalkan kepada kami semua sebagai pegangan hidup seupaya setiap perjalanan hidup ini diberkati dan selamat dari segala kesulitan.

Sesekali terdetik dihati aku "bahagiakah" ayah dan ibuku di sana... macamana bila mereka berdua diketemukan...setelah 12 tahun (25 Dec 1998) ibuku pergi terlebih dahulu menyahut ilahi. Aku hanya mampu berdoa memohon kepada ilahi agar doa aku ini diberkati!!!

Saat-saat begini akau terlalu rindu dengan mereka yang telah pergi arwah ibu,  ayah, abang2, adik dan atuk nenek... untuk ayah dan ibu ingin sekali aku khabarkan tentang kejayaan kami semua ...juga ingin sekali aku berbual bicara dan memeluk cium kalian semua... tetapi itu hanyalah igauan, kenangan begini membuatkan aku sebak dengan kerinduan dan kepiluan.

Benarlah seperti diperkatakan... sayangi dan kasihi serta berkorbanlah sepenuh hati semasa 'mereka' masih hidup, bila sudah pergi menyahut ilahi semuanya sudah tiada makna, kini yang mampu kita bagi hanyalah doa tulus ikhlas dan sedekah ayat-ayat suci Al-quran.
AL-Fatihah.