Tuesday, December 7, 2010

Awal Muharam @ Maal Hijrah 1432

1 Muharam 1432H tahun baru dalam kalendar Islam, bermulanya tahun baru ni aku dengan penuh kesyukuran memanjatkan doa kerana masih dipanjangkan umur untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan di muka bumi ini.

"Ya Allah ya Tuhan kami, melangkahnya usia kami di tahun baru ini, dengan memanjat doa ke hadratMu penuh keinsafan..., ampuni dosa kami, dosa kedua ibubapa kami juga ahli keluarga kami. Berkatilah usaha kami, rahmati kehidupan kami dan lindungi kami dengan ikhsanMu dari segala seteru juga bencana. Kurniakan kami ilmu dan akhlak yang mulia dan lepaskan kami dari belenggu malas dan putus asa. Sembuhi kami dari penyakit, hindari kami dari wabak dan petaka. Kurniakan kami hati yang bersandarkan Nur Mu yang telus dan mulia. Aman, tenang dan saling menyayangi sesama kami tanpa iri dan menyakiti. PadaMu jualah tempat kami tanpa iri dan menyakiti. PadaMu jualah tempat kami mengadu dan berserah diri. Amin...YRB. Salawat dan salam buat Rasul serta sahabat juga keluarganya".

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah '1Malaysia, 1Ummah' 

Monday, December 6, 2010

WARNA TERANG SAYUR & BUAH: Pengaruhi Kesihatan

Sebagai menambahkan pengetahuan, warna pada tumbuhan adalah terhasil daripada fitokimia. Ia bukan saja membuatkannya kelihatan sedap apabila dipandang, tetapi juga membekalkan khasiat yang penting kepada kesihatan seseorang.

Oleh itu kita perlu bijak memilih sayuran dan buah yang berwarna terang ini untuk dihidangkan kepada keluarga kerana menerusi amalan memakan sayuran jenis ini boleh menjadi perisai yang baik kepada tubuh daripada serangan penyakit merbahaya.

Bagi kalangan selebriti di Barat yang sangat mementingkan diet sihat mereka lebih cenderung memilih sayuran yang berwarna terang sama ada yang berwarna merah, jingga ungu dan kuning kerana faktor nutrien yang terkandung di dalamnya.

Jika kita lihat warna merah pada sebiji tomato adalah disebabkan kandungan lycopene atau karotenoid di dalamnya, di mana kandungan lycopene didapati semakin bertambah banyak ketika buah itu matang. Kajian juga mendapati sebiji tomato merah mengandungi kadar lycopene yang lebih tinggi berbanding sebiji tomato berwarna kuning.

Lycopene bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu tubuh menyerap radika bebas dan membaiki sel badan yang rosak dan menyahkan toksin yang menyebabkan penghasilan sel barah.

Antara sayuran dan buah yang berwarna adalah tomato, tembikai, lada merah, lada benggala, labu, lobak merah, limau pomelo merah jambu dan merah.

Beta karotene adalah sejenis karotenoid yang menyebabkan sayuran atau buah itu berwarna jingga seperti lobak merah.

Secara semula jadi tubuh akan menukar beta karotene kepada vitamin A jika diperlukan. Pada masa sama beta karotene bertindak sebagai ejen anti oksida yang melindungi tubuh dari kebanyakan jenis kanser dan penyakit jantung, memperlahankan kemaraan penyakit mata seperti katarak dari merebak.

Lobak, buah labu, mempelam dan buah aprikot adalah sebahagian contoh kumpulan makanan berwarna jingga. Sebagai contoh, labu adalah sumber vitamin B6 yang baik, selain sayur-sayuran hijau seperti bayam merah juga banyak mengandungi beta karotene.

Sementara itu, kumpulan sayuran atau buah yang berwarna jingga kuning pula mengandungi betacrytoxanthin yang diklasifikasi secara kimia sebagai xanthophylls iaitu kandungan ejen anti kanser dan mampu mempertingkatkan fungsi jantung.

Beta-crytoxanthin membekalkan aktiviti anti oksida dalam tubuh. Nanas, oren, betik, jagung manis, nectarines, buah limau nipis dan peach tergolong dalam kumpulan makanan jingga kuning. Bromelin dalam nanas dan papain di dalam betik adalah enzim proteolitik yang mampu membantu meningkatkan fungsi penghadaman tubuh badan kita. Pisang pula membekalkan Vitamin B6 yang mampu mengawal hormon.

Pengambilan yang banyak buahan dan sayuran yang kaya dengan lutien dan zeaxanthin dalam diet sehairan iaitu buah dan sayuran yang tergolong menganduingi pigmen kuning pekat dan atau sayuran berdaun hijau tua mampu mengurangkan risiko penyakit kemerosotan macula dalam retina mata akibat peningkatan usia.

Antaranya seperti bayam, avocado, kacang hijau, kale, kubis, collard greens dan mustard greens adalah dari kumpulan makanan hijau kuning.

Bagi kumpulan sayuran hijau didapati mengadungi glucosinolates, sulforaphane, isothiocyanates dan indoles yang ada peranannya masing-masing kepada kesihatan yang baik.

Sulforaphane dalam tumbuhan bersifat anti karsinogenik (anti kanser), manakala sulforaphane dan isothiocyanates adalah ejen anti oksida dan merancang pengeluaran enzim penyah toksin asli yang munjarab kepada tubuh. Indoles pula mampu mengelakkan sel-sel badan dari kerosakan sel dan penyakit kanser.

Iaitu seperti brokoli, kubis Brussels. Bok Choy, kubis bunga dan kubis adalah ahli kumpulan hijau. Kebanyakan sayuran cruciferous (tergolong dalam keluarga sayur kubis) berperanan mengurangkan risiko kanser.

Umpamanya brokoli sumber yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, beta-karrotene dan asid folik yang sangat baik yang sangat baik. Kubis juga tidak mengandungi kolesterol, berkalori rendah dan sumber vitamin C yang bagus. Kubis bunga pembekal float yang baik.

Bawang putih, bawang merah dan kucai tergolong dalam kumpulan makanan putih dan berbau tajam. Ia mengandungi allyl sulfides yang juga ejen anti tumor, selain mampu mengurangkan kolestrol tidak baik dan tekanan dalam darah.

Dikatakan kumpulan makanan berwarna ungu sama ada buahan, sayuran atau bunganya berwarna merah, ungu dan biru ungu mengandungi anthicyanin: iaitu ejen anti oksida terbaik. Pigmennya mudah larut dalam air dan mampu memantulkan warna merah hinggalah ke biru.

Ia mampu melindungi badan dari kerosakan osdatif yang menyebabkan penyakit jantung, kanser dan penuaan. Anggur ungu, beri biru, beri hitam, rasberi, kranberi, plum, buah prun, kismis, buah terung, blackcurrant dan kubis ungu tergolong dalam kumpulan makanan ungu.

Sumber: Metro

Friday, December 3, 2010

Apam Balik Pulut Hitam

Ni nak citer pasal apam balik berintikan pulut hitam + jagung + kelapa dan sudah pastinya ada gula... uuuuhhh tanpa ragu2 aku rekmen memang sedap sebab aku dah beli semalam kat pasar malam... masa aku nak beli tu tak perasan pulak tu apam balik pulut hitam...aku biasa beli apam balik cuma ada satu jenis je yang ada jagung+kacang+gula ... tapi adik yang kat kedai tu cakap 'ni apam balik pulut hitam' mula2 tu aku terfikir gak apa la rasanya apam ni... sebab first time aku ni nak cuba lagipun setahu aku pulut hitam cuma orang masak bubur, tapai pulut hitam, inti kuih koci..... aku tanya adik tu boleh tak beli separuh sebab bagi aku size apam balik tu besar untuk aku makan seorang...sure tak habis... tapi dia orang tak jual separuh... aku pun tak kisah la lagipun bukannya mahal cuma RM2.70 sebiji... uuuhh sampai je rumah first aku buka bungkusan apam balik tu... emmm memang sedap!!! ada rasa lemak manis... tak rugi la aku beli apam ni... Aku terfikir gak rupanya orang berniaga ni kreatif dan pandai nak tarik pelanggan dengan membuat resipi baru... mungkin resipi ni dah lama cuma aku je yang tak tau!!!

Friday, November 26, 2010

SINUS - Cegah Sebelum Merebak

Gejala selsema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata serta kekerapan bersin terutama pada waktu pagi memang merimaskan. Lebih tidak selesa apabila muka terasa gatal seperti ada benda merayap.

Rasa kurang selesa semakin bertambah apabila di bahagian tekak bagaikan dipenuhi dengan kahak.

Jika anda mempunyai simptom seperti itu ia menandakan anda mungkin mengalami masalah sinusitis.

Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Pada tulang tengkorak kita ada beberapa tulang berisi udara dan diseluputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80% kes sinusitis berpunca daripada selsema biasa yang tidak dirawat dan berlanjutan lama. Ini bermaknsa seseorang individu itu mengalami jangkitan bakteria sekunder yang berlaku ketika selsema.

Selain itu ia juga berpunca akibat daripada perubahan cuaca sejuk, jangkitan fungus, masalah sistem imun seperti dialami penghidap virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Tidak kurang juga jangkitan pada gigi (ketika rawatan gigi yang merebak ke ruang sinus) di samping jangkitan yang berlaku ketika berenang atau menyelam dalam air yang tercemar dan masuk ke ruang sinus.

Mereka yang mempunyai asma, mengalami ketumbuhan (polip) dalam hidung, alahan (pada habuk dan debunga) dan ada masalah membabitkan aliran mukus (lendir) dalam sistem pernafasan seperti sisa fibrosis adalah lebih mudah mengidap sinus.

Jika keradangan sinus tidak mendatangkan masalah, anda tidak perlu mendapat rawatan. Ramai orang ada dalam kategori ini.

Bagaimanapun, jika sinusitis mula menyebabkan gangguan pada kesihatan seperti demam, sakit kepala dan leher, muka sakit dan bengkak, anda disaran berjumpa doktor.

Jika didapati sinusitis anda teruk, usah biarkan ia berlanjutan kerana melengahkan rawatan boleh menyebabkan masalah anda bertambah buruk. Jangkitan bakteria perlu dihapuskan kerana ia boleh memasukit aliran darah dan mengakibatkan keracunan yang menyebabkan seluruh badan terasa sakit.

RAWATAN SINUS

- Pengambilan ubat seperti antibiotik yang disarankan oleh doktor. Pesakit perlu memastikan ubat atau antibiotik yang diberi doktor dihabiskan, walaupun gejala sinusitis hilang sepenuhnya.

- Jika sinusitis disebabkan alahan, doktor mungkin memberi anda ubat kortikosteroid dalam bentuk semburan hidung atau pil. Pengambilan ubat ini seharusnya boleh mengurangkan gejala sinusitis dan sakit kepala.

- Jika masalah masih tidak berkurangan dengan pengambilan ubat, doktor mungkin mencadangkan anda menjalani pembedahan dipanggil antral-puncture and wash-out. Ia prosedur pendek (10-15 minit) di bawah bius setempat (dewasa) atau bius umum (seluruh badan) bagi kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro.