Monday, June 7, 2010

Ulam ulaman

Menu makan tengahari aku hari ni makan nasi ada ulam petai cicah budu berlauk ikan singgan (ikan aya @ tongkol)...uuhhh memang sedap dan menyelerakan... maka kat sini terlintas nak senarai jenis2 ulam.

Jenis2 ulam yang pernah aku makan..mungkin ada lagi cuma tak ingat je nama2 ulam tu...setakat ni jenis2 ulam yang aku jumpa kat kedai makan @ pasar...

Jenis ulam berdaun



1. Pegaga
2. Ulam raja
3. Pucuk Paku (kena celur/rebus sekejap)
4. Pucuk ubi kayu (kena celur/rebus sekejap)
5. Pucuk ubi keledek (kena celur/rebus sekejap)
6. Pucuk labu (kena celur/rebus sekejap)
7. Mengkudu
8. Pucuk Gajus
9. Pucuk Kaduk
10. Pucuk Putat
11. Selom
12. Pucuk betik


Jenis ulam kekacang/buah



1. Kacang botol
2. Bendi
3. Terung pipit
4. Timun
5. Jantung Pisang
6. Petai
7. Jering
8. Buah kerdas/genuak
9. Nangka muda
10. Kunyit dan halia muda

Ulam ni patut menjadi amalan dalam pemakanan seharian sebab banyak khasiat yang tersembunyi!!!.

Thursday, June 3, 2010

Sarapan @ Breakfast!!!



Rezeki untuk pagi ni... biasa la aku pagi2 perkara wajib bila sampai ofis breakfast dulu!!! pagi ni heavy gak rezeki aku...bihun goreng dan semug indo coffee kurang manis...alahamduillah!!!

Breakfast memang jadi pilihan aku, bila lunch tak perlu kecoh nak keluar cari makan...uhhuhhh tak suka lunch sebab lepas tu mengantuk bila nak sambung kerja... lagipun mengikut kajian tentang breakfast ni bagus...ni salah satu atikel yang aku dapat 'Sarapan Pagi Kuatkan Otak'

bihun goreng homemade...simple tapi cukup rasa!!!




minuman ni susah nak tinggal...dah jadi habit...now slowly untuk kurangkan pengambilan...
=====================================

Wednesday, June 2, 2010

Layan!!! Rossa : Hati Yang Kau Sakiti



hari ni aku dan lagu...

Untuk hibur hati sendiri bila jiwa ni rasa tak keharuan... entah la hari ni aku tiba2 je nak dengar lagu cam ni...nak kata ada terkena dengan diri sendiri ada gak.....kalau ikut citer2 tu dah lama... semua tu dah tinggal sejarah cuma tak ada muzium je...uhuuhh wat apa nak ingat yg sedih...sekadar hiburan je sebab minat aku lagu2 Rossa!!

Monday, May 31, 2010

Memori Bubur Puluh Hitam

ilham sendiri...tak reti nak letak bahan2 kat sini...

Desert ni memang salah satu kegemaran aku...tambah pulak kalau hari minggu begini aku ada masa terluang nak masak ala-ala koboi..sebab guna bahan yang seadanya... dapur aku ni tak lengkap seperti dapur chef2 lain masak...lagipun aku bukannya chef dan pro masak... misi dan visi aku janji masak dan cukup rasa..kalau dah cukup rasa tu sure sedap laaa...tak perlu nak berhias-hiasan...

Bubur pulut hitam ni mengingatkan aku kepada arwah adik lelaki...dia puji aku masak bubur pulut hitam sedap!!! uuuhhh bukan puji diri sendiri tau...kawan adik aku pun citer adik aku pun cakap kat dia si kakak dia masak lagi sedap dari makan kat luar...sedihhhhnya bila ingat arwah yang dah lama meninggalkan kami semua. Kenangan terakhir aku masak bubur pulut hitam ni... masa kat kg betul2 terpahat kat memori aku...adik suruh masak bubur pulut hitam sbb ni salah satu favourite dia...kebetulan masa tu tak cukup santan...dia sanggup kait kelapa kat belakang rumah bagi kat aku....biasa la kat kg kalau lewat petang dah tak da stok...ya memang berbaloi la aku masak hari tu adik aku memang tak lekang puji sedappp...kini semuanya tinggal kenangan!!!