Thursday, May 19, 2016

Nasi Goreng

Nasi goreng rencah daging bersama telur mata dan ikan bilis, cukup untuk kami makan malam ini
Nasi goreng!! Makanan yang paling saya suka, boleh dikatakan kalau hari2 hidang atau makan nasi goreng tidak menjadi masalah kepada saya. Malam ini kami makan nasi goreng...sebab ada nasi lebih malam tadi...tak perlu membazir kalau nasi tu masih boleh dimakan.

Mee Sup Tulang

Menu mee sup tulang lembu ni kalau tak silap sudah berberapa hari masak...tapi tak ada kesempatan untuk letak kat sini. Sekarang ni masa cukup penuh...tak ada ruang untuk bercerita kat sini bila waktu ditempat kerja. Balik rumah masa untuk rehat hanya lah waktu tidur...masa untuk masak pun berkejar-kejar sebab sampai rumah dah hampir jam 8 malam, lepas solat maghrib masak je la yang ringkas2 jadi tidur perut kami tak kosong. Cerita pasal mee sup tulang ni pulak...masak sup tulang seperti biasa, bahan2 lain tu masak begedil ayam dan sayuran serta sos kicap cili padi yang dicampur perahan jus limau nipis. 
.

 Memang puas hati bila kita masak sendiri..cukup lengkap rasanya.



Friday, May 13, 2016

Nasi Goreng Kicap

Salam Jumaat. Pagi ni ada sedikit masa untuk jenguk ruang ni...minggu ni agak sibuk dengan tugas baru yang diamanahkan. Walaupun terasa sedikit risau dengan amanah ini saya mohon dariNya dan tawakal semoga saya boleh melakukan dengan baik. Pagi niuntuk sarapan sempat massk nasi goreng rasa kicap...terpaksa masak pagi ni sebab asyik sakit perut bila makan makanan kat luar. Perut saya ni cukup sensintif bila silap makan.
Satu tuppawere untuk bekal makan di tempat kerja...
 


Monday, May 9, 2016

Sandwich!!

Sarapan kami pagi ini saya sediakan sandwich tuna campur telur dan lengkap dengan salad. Ini je la sarapan yang cepat disediakan sebelum keluar mencari rezeki...lagipun senang untuk dibawa bekal kalau lewat makan pun tidak rosak. Biasanya penyediaan tuna ni saya terlebih dahulu tumus bawang holland dengan planta kemudian pecahkan telur kacau bagi telur masak hancur dan letak tuna...kalau suka pedas boleh la letak cili padi tapi saya cuma letak jus lemon je untuk hilangkan bau hanyir tuna....sejukkan dan sebelum letak atas roti campur mayonies dalam inti tersebut...untuk tambah khasiatnya letak la salad dan tomato...eeemm memang memuaskan bila dapat makan sandwich yang ada salad.
Mulakan sarapan pagi sebelum pergi mesyuarat jam 11 pagi nanti...sekurangnya kalau mesyuarat habis lewat perut tidak la bernyanyi.