Monday, June 29, 2015

Tauhu Sumbat dan Bihun Goreng

Menu tambahan berbuka puasa, tauhu sumbat ni atas permintaan Mr Right...eeem ni je yang dia minta nak makan pada hari istimewa dia dan aku buat tambahan masak bihun goreng memandangkan tak ada nasi...mana la tau kot ada yang nak makan. Ini la rezeki kami hari ni...plan asal kami nak keluar makan kat luar tapi terpaksa tunda bila badan aku rasa kurang tenaga untuk keluar lagipun risau juga dalam situasi tak sihat ni bila makan kat restoran macam-macam masalah pulak...makan kat rumah lagi selesa. 

Tauhu sumbat ni memang kegemarannya...bulan puasa ni dah 2 kali aku buat...
Bihun goreng ala-ala basah...

Ayam Bakar dan Naan

Berbuka petang ni aku sediakan ayam bakar dengan roti naan, bihun goreng dan tauhu sumbat...sepanjang bulan puasa asyik makan nasi je sekali sekala tukar selera. Dalam tak sihat mampu juga aku sediakan beberapa jenis masakan...semuanya yang tak ambil masa lama untuk di masak. 

Ayam bakar rasa tandori masak sendiri + roti naan beli yang frozen...cepatkan kerja memasak
Sos pudina - segenggam daun pudina + setangkai daun kari + kelapa goreng tak perlu garing + bawang merah + bawang putih + garam + sedikit air untuk blend. Sos ini kalau nak tambah yogurt asli pun boleh. Tapi aku asingkan yogurt tu sebab bila nak makan baru letak.

Sunday, June 28, 2015

Ramadhan ke 11 - Puding Karamel

Malam tadi rasa sihat... plan hari ini nak pergi mengaji dan masak yang istimewa untuk berbuka. Tapi lepas sahur tadi rasa tak larat untuk memandu terpaksa batal untuk ke kelas mengaji...risau juga kalau berlaku yang tak diingini dalam perjalanan nanti...baca je Al Quran kat rumah. 

Setelah berehat dalam beberapa jam aku rasa ok...plan nak masak istimewa sempena harijadi Mr Right hari ni...namun aku terpaksa ubah masak yang biasa je mengikut kemampuan diri. Aku sekadar masak puding karamel menggantikan kek, tak pa la janji ada pemanis mulut.

Resipi puding ni macam biasanya...mesti semua orang tau buat...

Bahannya:
Sos / Karamel - 1 cawan gula + 1/2 cawan gula - masak gula hingga cair kemudian masukkan air kacau hingga gula tidak berketul dan warna keperangan. Masukkan dalam acuan dan sejukkan.

Puding - 5 biji telur + 1 tin susu cair + 1 tsp essen vanilla + 2 sudu besar gula (jika tak letak pun tak pa sebab sos karamel dah manis) + 1/2 cawan air campur + satu sudu besar tepung kastard (pilihan)

Panaskan sekejap susu cair + gula + 1/2 cawan air (sekadar untuk hancurkan gula, pukul telur + vanilla kemudian masukkan susu tersebut. Setelah sebati tapis dalam acuan yang ada karamel dan kukus.

Bahan untuk puding roti - 4 keping roti + sebiji telur + 1 cawan susu + 3 sudu gula, kacau sehingga roti kembang dan sebati. Adunan puding roti ni dimasukkan dalam loyang puding karamel setelah puding ini dikukus 10 minit...agak2 puding nampak memejal, kemudian ratakan adunan roti tersebut atas puding karamel dan kukus sehingga masak (45 minit)
Puding karamel ni aku buat berlapis dengan puding roti memang sedap!!!
Ini la hasil kerja orang tak sihat memasak...agak kecewa sebab tak nampak cantik bahagian tepi sebabnya guna aku loyang kek...biasanya kalau buat karamel aku guna bekas kaca tidak melekat macam ni.

Friday, June 26, 2015

Ramadhan 9 - Bubur Nasi Daging

Ramadhan sudah masuk hari ke 9, kali ni aku tidak mampu menghayati keindahan bulan mulia ni sepenuh hati...bila Allah swt tarik sekejap kesihatan ini. Dari segi peritnya demam dan sinus...badan tidak bertenaga bila kurang selera untuk makan. 

Hari ni cukup berat melalui dugaan sakit yang aku alami mungkin tindak balas ubat yang diambil. Aku rasa loya dan muntah...terasa tegang urat perut dan badan jadi lemah.
Menu aku hari ni hanya bubur nasi...masak bubur nasi ni aku hanya letak rencah daging dan tulang lembu dan sedikit karot....ini pun makan dalam paksaan!!! 

Makanan untuk orang tak sihat
Versi untuk orang sihat makan ada daging goreng kicap