Saturday, January 31, 2015

Udang Masak Lemak

Masak untuk makan tengahari!!! balik dari mengaji tak menyinggah ke mana sebab cuaca sekarang agak panas dan jalan pun jam menghala ke Pusat Bandar...mungkin cuti panjang ramai yang keluar. Sampai rumah kena la masak untuk makan tengahari...sarapan tadi sekadar goreng roti canai frozen je. Menu tengahari kami gulai udang, sayur kobis goreng dan ikan goreng pedas serta ikan masin...uuuhhu

Puas hati bila dapat gigit udang segar dan terasa manisnya...itu tandanya udang segar.

Wednesday, January 28, 2015

Cuti Demam

Sekian lama Allah swt beri kesihatan yang baik...hari ini dan hari sebelum ini kesihatan aku ditarik sedikit...dah 2 hari badan aku rasa tak selesa, panas badan, sejuk kaki tangan dan kepala pun rasa berat. Isnin dan selasa aku kuatkan melangkah ke ofis...tapi hari ni tak larat nak bangun seluruh badan sakit dan lenguh...keputusannya aku ambil cuti rehat. 

Kali ni demam agak berlainan dari biasa kaki aku sejuk terpaksa pakai stokin untuk kebahkannya. Risau juga kot kena denggi. Tapi bila aku ambil ubat badan berpeluh lega rasanya bukan demam denggi. Biasanya kalau kena demam denggi badan susah berpeluh bila ambil ubat.

Sunday, January 25, 2015

Puding Jagung Rasa Soya

Resipi pencuci mulut ni idea sendiri...memandangkan stok soya banyak, kalau disimpan lama alamak expired, jadi untuk membuat puding jagung ni aku gunakan susu soya sebagai ganti kepada susu cair.
Bahan-bahan dan sukatan nak buat puding jagung ni sama je resipinya cuma tukar susu cair dengan soya dan tambah sedikit susu segar. Tepung kastard dan susu dan soya disatu dan dikacau terlebih dahulu sehingga sebati...kemudian dipanaskan dan masukkan jagung + gula + sedikit garam kacau sehingga pekat dan berkilat. Kemudian sejukkan...boleh juga dihidangkan dengan fruits coktail. 

Ini la hasilnya Puding Jagung perisa soya, kombinasi Soya + Custard Bird + Susu Nestle + Jagung + Gula

Kerapu 3 Rasa

Ikan kerapu masak 3 rasa...menu ni boleh dikatakan kerap aku masak sebab sudah menjadi lauk kegemaran kami bila ada stok ikan size besar. Ikan ni Mr Right bawa balik dari Tawau...uuhhu sehari dua ni puas menjamu selera kami makan ikan dan udang segar yang bersaiz besar. Alhamduillah syukur rezeki sekali sekala dariNya. 

Hidangan ni nampak kurang menghairahkan tapi jangan pandang pada rupa...rasa dulu baru tau!!! ada yang berair mata dan meleleh air hidung bila makan ikan kerapu 3 rasa yang pedas manis masam power punye!!!