Tuesday, January 28, 2014

Tetamu 'MiMi'

Sejak beberapa hari kucing ni berkunjung depan pagar dan mengiau minta perhatian. Sebelum ni aku ada nampak dia melintas depan halaman kami tapi tak berhenti malah lari bila diusik...tak pasti siapa tuannya. Minggu ni setiap pagi dia akan datang tunggu untuk dapatkan makan. Mulai hari ni aku panggil dia MIMI!!! jantinanya betina. Petang tadi pun mimi datang tunggu...nampaknya dia dah mula faham rutin kami keluar pergi dan balik kerja. Ok la lepas ni Mimi akan jadi tetamu aku lagipun dia dihantar menggantikan Sitam yang telah mati. Harapnya Mimi suka kat kami...mungkin dia sudah ada tuan, tapi aku tak pasti siapa, tak pa la siapa tuannya Mimi sekadar mencari 2nd tuan untuk diberi perhatian.

Mimi tayang muka sedih minta diberi makan
Gaya seksi setelah kekenyangan

Sunday, January 26, 2014

Lempeng Kari Ayam

Sarapan hari ni... lempeng gandum cicah kari ayam. Kari ayam ni dah masak malam tadi.Memandangkan tak ada stok roti canai maka aku buat je lempeng kalau nak uli roti canai kena pantang sementara waktu dengan masalah kesihatan.
Lempeng gandum dengan kari ayam
Kari ayam!!!

Saturday, January 25, 2014

See U Doc!!!

Aku terpaksa ke klinik...doktor yang bertugas di  Klinik Menara agak terkejut setelah 3 tahun aku tak ke sana...aku cakap kat doktor... itu tandanya saya sihat doc!!! dia ketawa dan syukur katanya..Tapi hari ni saya tak boleh mengelak dari ke sini...sebabnya sakit bahagian belakang leher ni sudah merebak ke bahagian bahu ke tangan dan kaki sebelah kanan pula terasa kebas. Malam tadi terjaga pukul 4 pagi hingga la ke siang aku tak boleh lena...teramat sakit dan rasa tegang di leher. 

Di klinik doktor nasihatkan aku buat pergerakan secara perlahan katanya kemungkinan ada saraf dan bahagian tulang yang tesasar dari kedudukannya...tekanan darah aku 150 agak tinggi...mungkin juga aku menahan sakit atau tak cukup tidur...harapnya aku tak tergolong dalam kategori 'tekanan darah tinggi' sebab sebelum ni tahap bacaan tekanan darah aku normal. Doktor bagi suntikan  untuk tahan sakit dan biasalah bekal ubat-ubatan. Aku dinasihatkan makan ubat sewaktu makan...contohnya suap makanan kemudian disusuli sebiji pil...begitulah seterusnya diselang seli. Cara pengambilan pil macam ni adalah pertama kali aku lakukan kebiasaannya pil diambil sebelum atau selepas makan. Aku berdoa semoga cepat sembuh....

Stok pil dari klinik untuk 2 minggu..kalau tak sembuh juga alamaknya kena pergi jumpa doc lagi la...
Pil berwarna warni memikat hati untuk ditelan

Friday, January 24, 2014

Ketawa!!!

Tidak perlu mengeluarkan kos untuk menjaga kesihatan dan mengawal dari serangan @ sakit jantung.  Jom mari kita amalkan sikap berjenaka dan menghiburkan hati demi JANTUNG kita....kalau macam ni kita kena tengok maharaja lawak atau cerita jenaka la...atau pun cari orang terdekat atau kawan yang boleh buat kita ketawa!! Namun jangan silap langkah pulak bila ketawa...nanti ada yang salah tafsir.