Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 1432


1 Ramadhan 1432 = 1 Ogos 2011 : Syukur Al'hamduillah aku masih sempat menunaikan puasa di bulan Ramadhan untuk kali ini. Penuh kesyukuran padaNya yang Maha Esa, semoga puasa dan amalan aku kali ini diberkati.
Hari ke 2 berpuasa......Aku memohon agar Allah swt memberi kekuatan untuk aku menunaikan ibadat, tiada apa lagi yang aku kejar dalam kehidupan aku ini sekadar memohon Allah swt memberikan aku petujuk ke jalan yang diredahi yang penuh keberkatan  untuk bekalan aku diakhirat kelak. Hanya ini bekalan yang aku ada untuk mengadapNya nanti...Ya Allah ampuni la segala dosa aku ini....
Situasi dibulan Ramadhan ni segala kenangan akan datang, tak kira bersama keluarga atau kawan-kawan, akan terbuai sekali sekala. Teringat kepada kaum keluarga yang telah tiada hati ini tersentuh... kepada sedara yang masih ada terpisah-masing-masing berada jauh dengan kehidupan dan tanggungjawab. Inilah salah satu nikmat bila kita berpuasa... kita akan mengisafi diri sendiri dengan ketentuan Yang Maha Esa.

Aktiviti di bulan puasa ni berbeza sedikit, terutama sekali waktu tidur aku memang kurang tapi aku terima dugaan ni. Hikmat bulan puasa ni memang banyak kalau kita bijak mengatur dan melaluinya...aku rasa hidup ni penuh masa dengan perkara yang berfaedah... sahur pukul 4...solat sunat dan subuh, mengaji lepas tu pukul 7 dah bersiap untuk ke ofis. Balik dari ofis pukul 6...kejar untuk masak sedia juadah berbuka ala kadar ... masak sendiri memang dah jadi hobi sebab aku tak minat beli makanan kat luar terutamanya bulan puasa...selera aku berbeza sikit...kecuali ada sebab 'terpaksa'. Malam tunai solat sunat tarawikh... aku rasa setiap detik dalam bulan Ramadhan ni begitu bermakna bagi aku... Inssyallah aku mendapat keberkatan dariNya. Amin.

Monday, June 27, 2011

Cheese Kek

Hari ni semangat berkobar-kobar nak juga masak cheese kek, asyik bertangguh je. Kebetulan pulak hari ni pi shooping kat Sogo maka aku terus beli bahan-bahannya...biasa la kat sini harga seperti cream cheese tu mahal sikit....tapi disebabkan semangat aku tak kisah le rugi sikit.

Setelah sekian lama resipi cheese kek ni simpan...hari ni aku cuba merealisasikannya, sebelum ni aku ada buat Chilled blueberry cheese kek... tapi tak kena dengan selera aku. Cheese kek yang bakar ni lagi sedap sebab rasanya lebih kurang yang dijual kat kedai Secret Resipi. Aku begitu teruja sekali kali pertama mencuba resipi ni dah berjaya...yahoooo seronoknya rasa macam tak percaya aku dah pandai masak kek ni...emmm.

Bagi yang nak belajar2 masak kek ni amat la dialu-alukan sebab prosesnya tak susah. Untuk mengadun bahan-bahan ni lebih kurang setengah jam je, kemudian bakar lebih kurang 50 minit... dah siap. Cuma cheese kek ni kena le disejukkan dalam peti ais untuk menambahkan kesedapan rasanya, kemudian di hias sebelum dihidangkan. 
Ni le hasil percubaan pertama kali...nampak comot sikit atas tray tu sebab tak sabar nak snap gambar.

Cheese Kek Bluberry (dah lupa penyumbang resipi ni...harap tuan empunya resipi ni menghalalkannya)

Bahan-bahan
- 250 gm krim chease - brand philadelphia
- 1 cawan gula halus
- 3 biji telur - saya guna size gred A
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 cup plain yogurt@ berperisa
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan biskut marie - saya guna biskut digestive
-  3 sudu besar mentega - dicairkan
- blueberry & buah peace - hiasan

Thursday, May 19, 2011

Roses berbunga

Setelah tinggal rumah 4 hari - rasa gembira teramat bila bunga-bunga rose menyambut ketibaan aku - berbunga dengan meriahnya... ya la sepanjang aku bercuti tak ada la orang nak menyiramnya...harapkan air hujan je le... Alahamduillah segar mekar pokok-pokok tanaman aku.

- Bagi aku pokok2 tanaman merupakan salah satu trapi untuk menghilangkan stress dan kepenatan diri.  

- Kecewa sikit bila gambar ni tak cukup clear sebab kamera dah   kekurangan bateri...tapi ok le sekadar hiasan blog.

Wednesday, May 18, 2011

Hari ke 3 - percutian

Isnin - hari ni boleh le aku bersantai kat rumah sekejap, sempat le tengok halaman rumah ni sebelum keluar jalan-jalan. Destinasi hari ni kalau ikut perancangan dari utara ke selatan gak le...
- 10 pagi keluar ke pekan Kota Bharu - nak shopping kat pasar khadijah, dari rumah aku nak ke KB lebih kurang 19 km, setengah jam ke destinasi. Selesai membeli belah di pasar aku singgah Tesco KB... suasana agak lengang sebab hari kerja.
- 12.30 tghari - terus ke tempat kerja ambil adik,  nak ajak dia pergi ke pekan Munduk (terletak di Thailand), pekan ni terletak di sempadan Thailand - Rantau Panjang, Kelantan - yang memisahkan cuma sebatang sungai yang keluasanya lebih kurang 500 meter saja. Hari jumaat dan isnin merupakan hari Nat (hari minggu) kat pekan ni dan menjadi tumpuan pada hari tersebut kerana banyak barang yang jual... kat sini terdapat banyak pilihan seperti beras siam, buah2an, pakaian, perkakas dapur etc - harga barang di sini murah sedikit jika dibandingkan di semenajung (Kelantan). Untuk menyeberang dari tanah semenajung ke pekan Munduk ni cuma menaiki perahu/bot sangkut tambangnya sehala RM1 setiap orang - sekiranya banyak barang yang dibawa akan kena tambahan tambang. Biasanya yang kena tambang tambahan ni golongan tok peraih (peniaga yang membeli-menjual barang).
- Dari segi kawalan barang yang dibeli kalau mengikut undang-undang memang ada kesalahannya - tetapi bagi rakyat Kelantan terutamanya sudah menjadi lali lari dari menbayar cukai - cuma ada barang tertentu dan kuantiti dibeli yang dikawal seperti beras, blanket@comforter .. kemungkinan akan dirampas oleh pihak berkuasa di sempadan Rantau Panjang.
- Kami jalan2 kat sini cuma 1 jam lebih je...sebab tak tahan cuaca kat sini agak panas, sempat juga membeli buah-buahan dan pakaian.
Menyeberang ke Pekan Munduk
Pandangan dari pengkalan Pekan Munduk