Friday, April 23, 2010

Berubah Angin

22 April 2010 = 7 Jamadilawal 1431 aku pindah ke rumah sendiri ... maka berubah la angin kehidupan aku... di sini segala selesa bagi aku...udara yang nyaman dan privacy.

11 pagi semuanya dah siap untuk ke destinasi baru aku...uhhh arrrhhh antara sedih dan gembira... sedih nak tinggal tempat ni meskipun cuma jarak dalam 30km tapi aku tau semuanya akan tinggal kenangan. 9 tahun di sini memang tak mampu aku nak simpan semua kenangan itu... cukup la simpan yang indah saja!!!

Gembira bila dapat menikmati harta atas usaha sendiri....meskipun tak segah mana tapi cukup bermakna bagi aku... lantaran itu aku tinggalkan kenangan di sana dan tercipta lah memori baru di sini...

pemandangan dari luar rumah...

Tuesday, March 16, 2010

Walimatulurus

13 Mac 2010 = 27 Rabiulawal 1431H (sabtu)

Berlangsungnya majlis kenduri kawin adik perempuan aku...antara gembira dan sedih tak dapat aku gambarkan. Persiapan ni kami adik beradik je yang uruskan memandangkan kami ni anak yatim piatu... sedara mara tu nak kira pun berapa kerat je yang ringan tangan tapi alahamduillah semuanya berlangsung dengan 'selamat'.

Walaupun majlis ni kami plan secara sederhana tapi persiapan tu memenatkan juga...3 bulan sebelum berlangsung tugas aku survey langsir utk rumah, peralatan hantaran, kad, menu, tema baju family...emmm boleh dikatakan package nak kenduri kawin tu aku terlibat...walaupun dah meeting agih2 tugas namun kena gak campurtangan.

Aku sponsor baju untuk family semua...tema kami pilih 'gold'...yang best aku pi shopping kat Bandung...puas hati beli kain kat sana cantik dan murah!!! 2 orang mak sedara sponsor lauk pauk....rezeki adik aku... adik-beradik yang lain tu ada gak top-up...syukur la..bagi yang tak mampu keluar duit dia orang ringan tulang tolong bab lain...

Agenda kami : solat hajat, akad nikah, majlis khatam al-quran dan sanding...hari berikutnya majlis hantar menantu... alahamduillah kepada semua family, sedara mara dan tetamu jemputan terimakasih!



buahtangan untuk tetamu



hantaran dari pihak perempuan

Monday, January 4, 2010

Awal 2010 di Bandung

31.12.2009 KL-Bandung AirAsia QZ7594 .. menutup tirai 2009 aku ke Bandung .. nak kata pi holiday tu tak juga sebab perjalanan yang tak dirancang... booking tiket pun last minit bila kawan ajak ke sana untuk shopping barang untuk persiapan dia kawin... adooiii bila sebut shopping tu gementar gak...tapi tak pa la setakat RM1k tu boleh la aku bawa.. tapi bila dah tukar rupiah dah berjuta aku dapat. Rupiah adalah unit mata wang Indonesia dengan kod mata wang (IDR).

penempatan penduduk berhampiran airport Husein Sastranegara

First time aku sambut tahun baru kat overseas...ha..ha..ha.. biasa dok tengok bunga api kat KL je.. kali ni tengok bunga api kat Bandung .. but i still love KL.

pilihan makanan kami sepanjang di sini, antaranya set hidangan nasi+ikan bakar gurame+salad+sambal+sup



jus strawberry...hilangkan dahaga setelah penat meronda-ronda kat factory outlet.


menu tomyam ni saja je nak cuba...

famous kat sini teh botol...



bakso bandung...kat KL pun ada rasanya sama je...
@factory outlet



3 hari kat sini aktiviti kami boleh dikatakan 80% dok ziarah tempat shopping je... tapi happy dapat beli barang2 textile yang cantik lepas tu harga tu tengok barang gak la ...


Kenangan tak boleh lupa bila sampai airport KL kena bayar tax... bayangkan bertapa banyaknya kami menabur duit kat sana .... sebab sayangkan barang dari kena rampas maka kami pun bagi la duit tu kat kerajaan!!! tapi bila tolak campur kami tetap untung... uhhhh

Wednesday, June 3, 2009

Tawakal ibadah hati paling utama mengharapkan sesuatu

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.

Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.

Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.

Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.

Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”

Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asas, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.

Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.

Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.

Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.

Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.

Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Rum ayat 47)