Saturday, March 11, 2017

Tauhu Sumbat dan Pie Tie

Minum petang!! Tauhu sumbat dan pie tie, dah agak bosan nak makan kuih manis...tukar selera makan yang rasa pedas. Kerja senang nak menyediakan menu ni...tauhu sumbat tu goreng ambil masa sekejap je...parut tomun dan karot, kemudian sumbat je dalam tauhu. Pie tie tu saya dah ada stok kulitnya maka isi je timun dan karot. Akhir sekali sedia sos... cili segar di blend dengan bawang putih...tumis sekejap dan letak sos cili, kalau nak cair letak sedikit air...rasakan dengan gula garam. Kalau ada biji bijan atau kacang goreng yang ditumbuk tabur je atas sos. Ok siap menu makan petang ini...jangan lupa bancuh teh o.

Yang mana menjadi pilihan...tauhu sumbat atau pie tie????

Thursday, March 9, 2017

Sotong dan Enoki Goreng

Petang ini sampai rumah dah jam 7mlm...penatnya nak masak tapi dah janji nak masak tomyam hari ini....lagi pun tertangguh sejak kelmarin. Hari ini berusaha juga la memasaknya, selepas solat maghrib terus mula tugas di dapur. Nasi putih, tomyam, sotong dan cendawan enoki goreng tepung...malam ni tak ada telur dadar kena stop sehari dari makan telur. 

 Ini hasilnya cendawan enoki bila dah dicelup tepung kemudiannya digoreng...angkat je terus kunyah...sedap bila digoreng garing. Enoki ni sebelum dicelup tepung saya lap tak nak bagi cendawan tersebut ranggup bila digoreng.


Sotong dipotong bulat..lap dengan tisu untuk keringkan air...takut meletup bila goreng...

Tomyam sedia untuk dimakan...

Wednesday, March 8, 2017

Taugeh

Sayur paling murah tapi sedap bila dimasak. Malam tadi saya masak taugeh goreng campur tauhu salah satu menu makan malam...agak lama tak makan taugeh kasar ni. Sekali sekala terjumpa mesti saya beli...


Taugeh ni saya goreng sekejap je...sedap makan yang ranggup. Tumis bawang putih dan sedikit halia yang dicincang halus...masukkan udang, tauhu, karot dan taugeh...perasakan dengan sos tiram. Siap masak...jom kita makan panas2.

Monday, March 6, 2017

Sup Enoki

Bila kehabisan stok sayur!!! Teringin pulak nak makan sup sayur....apa pun ambil je apa yang ada dalam simpanan. Eeemm ada cendawan enoki!!! Kita campur dengan fucuk, kobis, kentang dan tomato...terhasil lah sup. Bab nak masak saya tidak la terlalu ikut resipi dalam buku... saya masak ikut naluri hati saya sendiri, kalau nak lengkap segala bahan yang tertulis dalam buku alamak tertangguh la selera nak makan. Lagipun kita ni makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan... jadi apa yang ada tu la rezeki kita untuk hari ini. Mudah mudahan besok lusa ada yang lebih baik.

Tarraaa sup untuk hari ini...kandungannya cendawan enoki, ubi kentang, pucuk, kobis, sedikit sohun, cili dansotong.