Friday, February 3, 2017

Hidangan Tengahari

Jumaat...hari ni saya mohon cuti tahun...saja nak rehat kat rumah lagipun agak lama tak cuti asyik kerja je...sekarang ni asyik fikir nak berhenti kerja je!! Agak membosankan dengan suasana di tempar kerja. Bila dah macam ni mood nak pergi kerja pun agak lemah...sabar je la.

Lupakan pasal kerja!!! Hari ni fikir pasal urusan dirumah...kemas rumah dan masak untuk makan tengahari. Menu hari ni ikan siakap masak 3 rasa, sup ayam dan sayur goreng. Tenangkan fikiran dengan memasak dan menjamu selera!!

Ikan siakap bersembunyi disebalik timbunan sos!!

Sup ayam, sayur goreng dan ikan siakap 3 rasa pelengkap hidangan tengahari kami.


Thursday, February 2, 2017

Nasi Goreng Cina

Tetamu semua sudah balik kampung...terasa sunyi sepi rumah kami, 5 hari riuh rendah suara budak2...lepas tu berebut2 makan...seronok tak terkira tuah rumah melayan tetamu. Hari ni tuan rumah hanya selera nak makan nasi goreng je...hehehe, lagipun balik kerja dah lewat, pilih menu paling cepat dimasak. Beberapa hari asyik makan nasi campur, nasi arab...hari ni kita makan nasi goreng cina bersama telur mata.

Salah satu makanan kegemaran saya!!! Kehidupan saya ringkas begitu juga dengan selera saya kalau boleh setiap hari nak makan makanan yang senang di masak...tetapi memikirkan penghuni lain kena la jaga selera mereka.

Saturday, January 28, 2017

Domino Pizza

Cuti Tahun Baru Cina 28-29 Jan, adik beradik dari kampung datang bercuti di KL, kebetulan ada jemputan kenduri kahwin saudara di Subang. Kenduri pada 28hb@sabtu, biasa la pergi makan kenduri bila dah balik rumah semestinya terasa lapar...makanan yang dimakan sudah hadam dalam perjalanan pulang. Sebagai tuan rumah terpaksa la saya ambil alternatif untuk sediakan makanan yang cepat...balik dari kenduri mood nak masak pun tak ada kononnya letih...penat juga dok bersembang dengan sedara mara hehehe.. ala sekali sekala jumpa masa ni la nak bertanya khabar...

Balik dari kenduri saya raikan adik beradik, ipar duai dan anak2 buah makan pizza domino, Maaf la ya sedara sekalian mak cik penat nak masak petang ni... kita kenyangkan perut masing2 dengan tepung gandum ya!! Petang ni kita puasa nasi.
Tarraa!! Saya buat magic hidangan tak perlu bertungkus lumus di dapur....minta tolong pakcik dan makcik Domino yang masak.

Berbagai rasa...jemput makan ya abang, kakak, adik2 serta anak sedara...mak cik belanja western food malam ni. Hidang je terus dalam kotak tu, tak perlu nak cuci pinggan mangkuk...adoiii pemalas betul tuan rumah hari ini ya!

Tuesday, November 8, 2016

Muffin Coklat

Hari minggu teringin nak makan muffin...sekian lama tidak masak kek...kebetulan ada tetamu boleh buat cuci mulut. Cara nak proses muffin ni tidak ambil masa yang lama. Bahan2 pun tak banyak diperlukan...saya cuma cari stok yang ada dalam simpanan je. Saya buat 2 size cawan...size agak besar tu makan satu pun sudah cukup kena pula dengan secawan coffee atau teh.

Muffin sudah masak...ini size cup yang besar.

Muffin belum dimasuk oven...yang ini cup size kecil.