Friday, December 11, 2015

Mee Goreng

Hari ni Selangor cuti sempena harijadi sultan. Kami yang bekerja di KL dengan riang gembira atas jalanraya sebabnya jalan tak banyak kereta. Rupanya kereta yang banyak atas jalan mereka yang bekerja di negeri Selangor. 

Pagi ni sebelum keluar ke ofis sempat goreng mee untuk sarapan, untuk aku bawa bekal dan yang cuti kerja boleh la makan. 

Jom kita sarapan pagi...walaupun mee goreng ini nampak ringkas tapi disebabkan kita yang masak sendiri ada juga rasanya...teringat kes ofismate beberapa hari lepas, dia beli bihun goreng berharga RM7 sekadar ada kobis dengan telur mata...katanya tak ada nikmat...rasa garam, kicap atau sos tak ada. Begitu la lumrah orang sekarang berniaga hanya memikirkan keuntungan.
Hari ni boleh ambil masa bersantai sarapan sambil minum coffee sebab sampai ofis agak awal...

Saturday, December 5, 2015

Mixed Fruit and Nut Loaf

Tajuk menu hari ni guna bahasa Inggeris...saja je gatal tangan nak tulis, cuma jangan salah eja tau nanti viral pulak macam kes baru-baru ni. Bagi aku salah ejaan menu tu mungkin orang yang taip tu kurang arif atau baginya salah ejaan tu tak jadi masalah besar yang penting menu tu tidak mengubah rasa...bezanya cuma ejaan...tak perlu nak diperbesarkan yang penting kita perlu ambil tanggungjawab perbetulkan dan bagi tunjuk ajar kepada yang tidak tau...jangan kita mentertawakan orang itu atas kesilapannya...mungkin suatu hari kita akan dimalukan!!! 

Cuti hari ni kat rumah je.... aku ambil sikit masa kat dapur check stok makanan kering...yang la dah penghujung tahun mana tau ada barang yang dah nak luput tarikh baik dihabiskan. Ada beberapa bahan kering untuk buat kek...jadi aku buat roti...lagipun dah lama breadmaker menyembunyikan diri.
Sebuku roti campuran buahan kering dan kekacang, kali ni ni roti macam kurang naik mungkin disebabkan yis atau pun tepung...roti ni sedap dimakan panas...masak je keluarkan dari breadmaker potong dan makan...yuummy dapat pulak bahagian tepi yang garing tambah pula aromanya menusuk hidung.
Sebuku atau sebantal roti ni kalau beli kat kedai agak mahal sekarang ni...ya la semuanya barang naik harga.

Nasi Goreng Telur Mata

Pagi ni tak ada idea nak sediakan sarapan...barang dapur pun dah tak ada stok... tapi masih ada pilihan lain...cuma agak berat sarapan pagi ni, aku masak nasi goreng telur mata untuk sarapan kami di pagi sabtu yang cerah cuacanya. Biasanya musim sekarang bila matahari cerah bersinar waktu pagi...petang mesti hujan.
Jom la kita sarapan pagi dengan nasi goreng telur mata.
Alhamduillah rezeki kami pagi ni setiap orang dapat sepinggan nasi goreng bertelur mata dan semug coffee panas. Tak perlu susah payah nak keluar beli sarapan kat luar kita makan je apa yang ada kat rumah.

Friday, December 4, 2015

Selamat Hari Ulangtahun

Tanggal 4 Disember tercatat kekal dalam kalendar tanda hari aku dilahirkan. Jangan tanya berapa usia saya ya!!!! biarlah hanya yang tertentu je tahu tak perlu diwarwarkan umur yang dah berusia ni.

Malam tadi adik beradik kesayangan aku sudah mengirim kek sebagai tanda ingatan mereka di hari lahir aku...kira awal berberapa jam sebelum tarikh lahir, aku sudah potong kek.

Untuk adik beradik tersayang terima kasih banyak-banyak...tak terhingga nilai kasih sayang serta huluran dari kalian semua. Semoga nilai kasih sayang ikatan siratulrahim arwah mek dan ayah didik kita semua berkekalan hingga ke syurga. Didoakan agar kalian semua dimurahkan rezeki, hidup dalam kebahagiaan dan  keturunan kita tetap teguh ikatan siratulrahim. Amin.

Allah selamatkan kami!!! "creme brulee cheese" dari secret recipe
Tahun ni nak beli apa ya sebagai tanda hadiah harijadi tahun 2015!!!