Monday, November 16, 2015

Pegaga Masak Lemak Campur Udang

Menu makan tengahhari hari minggu daun pegaga masak lemak tempoyak campur udang. Panjang nama menu hari ni...tapi cara memasaknya bahan macam biasa je...cuma pegaga je jarang masak, kebiasaanya aku hanya buat ulam. Tapi kali ni kena masak sebab dah jemu asyik makan ulam je lagipun stoknya agak banyak. 

Bahannya :  Bawang merah & putih + halia + cili padi + tempoyak + serai (pilihan) + gula & garam. Di blend dan dimasak dengan sedikit santan kemudian bila mendidih masukkan udang agak2 udang sudah masak masukkan daun pegaga...jangan lama atas api sebab daun pegaga cepat layu..
Pegaga campur udang masak lemak tempoyak
Terung hijau dan purple bersambal

Saturday, November 14, 2015

Kerabu Daun Selom

Salah satu menu makan tengahari sabtu... kerabu daun selom. Mengikut petua daun selom ni banyak khasiat untuk kesihatan sila goggle ya!! Pucuk selom ni dah berberapa hari tak berganjak... adakala tak kena dengan lauk untuk dimakan. Hari aku kena habiskan sebelum layu. Pilihan untuk jadikan daun selom ni kerabu adalah secara sepontan... menu awalnya kerabu mangga kemudian dapat idea campur daun selom dan daun kesum.

Resipinya kerabu ni senang je 

Bawang merah + sedikit halia + serai + lada hitam + kelapa goreng dan sedikit kelapa biasa + isi ikan yang bakar tawar atau rebus + garam & gula... semua ni ditumbuk/blend. Kemudian ramuan ni gaul dengan daun selom, daun kesum dan mangga...jangan lupa rasa dulu sebelum hidang...
 
Ini kerabu versi tidak diletak santan
Versi kerabu daun selom + mangga + daun kesum yang diletak santan mentah... ada sedikit perbezaan dari segi rasa dan kelembapannya. Cuma bila diletak santan tidak tahan lama kecuali disimpan dalam peti ais.

Wednesday, November 11, 2015

Bubur Asyura @ Suro

Makanan yang susah didapati dan setiap negeri berbeza cara memasaknya dari segi resipi... hakikatnya nama tetap sama bubur asyura ataupun suro di Kelantan... rasa suro ni manis, lemak dan ada rasa rempah. Aku memang suka suro tapi sekarang agak susah nak dapat makan sebab bila musim suro aku jarang balik kg dan boleh dikatakan tak ramai yang masak suro sekarang...tidak seperti zaman aku kecil dulu cukup mewah makan suro...bila orang tua dah tak ada rumah aku pun dah tak masak lagi....

Kali ni aku dapat makan suro sebab ada orang Kelate berniaga/jual melalui internet dan boleh buat penghantaran ke rumah @ pejabat...apa lagi aku order je la.
Harganya 1/2 kilo RM25 kos penghantaran RM10...apa kisah pasal harga janji dapat rasa setelah bertahun tak makan.

Tuesday, November 10, 2015

Ikan Aya Singgan

Happy Deepavali untuk kaum India yang beragama hindu. 

Seronoknya cuti hari ni...dapat la lunjurkan kaki kat rumah berehat!!! Untuk makan tengahari masak yang ringkas selera kampung. Menu hari ni permintaan adik lelaki nak makan ikan aya@tongkol singgan... tambahanya aku masak daging goreng, ikan goreng dan rebus telur masin. Kebetulan pula adik beli kulat sisir dia minta goreng campur dengan telur dan tambahan lain pelbagai ulam dicicah budu. Teramat la menyelerakan!!! Petang pula makan ubi kayu rebus cicah kelapa. Lengkap la selera kampung untuk kami menjamu selera hari ini. 

Singgan ikan aya nampak tak menyelerakan...tapi bila makan cukup rasa asam garamnya tidak cukup sepinggan nasi.