Friday, October 23, 2015

Sayur Air Petola Ular

Jangan takut nak makan ya...ni bukannya 'ular' betul sekadar gelaran yang diberikan. Petola ular ni aku tau makan sejak usia pandai memasak dan gelaran ni diberi mungkin fizikan sayur yang berbentuk panjang dan bercorak jalur. Ya la kat kampung macam2 jenis sayur senang didapati jadi tak hairan semua jenis sayur kampung aku suka makan. 

Petola ni aku masak untuk makan malam tadi...dah beli beberapa hari asyik tertangguh je..niat asal masa membelinya untuk buat solok  macam solok lada tu tapi memandangkan masa tu agak terhad masak tumis air je cepat sikit untuk dihidangkan. Selain tu petola ni kalau masak lemak putih pun sedap. Tapi agak kecewa sayur ni hanya aku je yang makan penghuni rumah ni hanya pilih makan kuah dan karot serta rencahnya. Sabar je la bab makan ni tak boleh nak paksa kalau mereka tak suka. 

Masak sayur air petola ular - petola ni boleh potong bulat atau dibelah kemudian potong runcing, bergantung pada kreativiti masing-masing, bijinya perlu dibuat dan bahagian luar tu kikis sikit buang kulit yang nipis. Masaknya ringkas je tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk dengan ikan bilis, kemudian masukkan air + udang basah + fishball dan sayur petola + karot dan cili besar yang potong + garam.

Wednesday, October 21, 2015

Sarapan!!!

Selamat pagi!!! agak lama tak jenguk blog memandangkan kesibukan melanda dan ditokok tambah dengan ketiadaan 'mood' untuk update aktiviti seharian. Di ofis sibuk dengan tugas sebulan lebih memangku tugas rakan yang mendapat seruan menunaikan haji.  Bila dah balik rumah tanggungjawab rutin...cukup masa badan dah letih maka pilihan tepat tidur rehatkan minda dan fizikal untuk meneruskan kehidupan di esok hari....macam ni la rutin seorang hamba yang ditumpangkan sementara waktu olehNya.

Hari ni mood tenang dari kesibukan kerja memandangkan memangku tugasan sudah selesai... saat mengadap sarapan teringat nak snap gambar untuk blog!!! eeemm sudah berjerebu halaman ni. 

Pagi ni sarapan roti goreng berkeju, kopi dan buah plum.

Friday, September 4, 2015

Makan Salad

Pagi ni sarapan pagi makan salad dan tortila...paksa diri kena diet dari nasi lemak sebab 3 hari masa di JB makan sesuka hati je...tak ambil kisah langsung kandungan kalori dan kolestrol. Sejak semalam menu salad dan tortila menjadi hidangan... cuma ubah sikit la resipi..kalau tak jemu juga.

Wednesday, September 2, 2015

Jalan-Jalan di Pontian

Kami ambil kesempatan bersiar-siar sekitar Pontian sebab nak mencari angin luar lagipun aku tak pernah sampai pekan Pontian sebelum ni sekadar lalu je. Hari kami ke sini singgah makan, singgah kedai2 yang ada dan juga ke tepi benteng @ pantai ambil angin laut.

Dari pekan Pontian kami menuju ke Tanjung Piai yang dikenali juga Penghujung Selatan Benua Asia... titik kedudukannya dalam peta @ globe dihujung benua Asia.  Menuju ke sini tiada dalam plan kami... atas ajakan adik aku ikut je...ya la tempat yang tak pernah kunjung.

Peta kedudukan Tanjung Piai
Board Welcome!!!
Nampak tak batu tinggi tu...yang melawat kat sini mesti bergambar 'trademark'
Tiketnya murah je!!! Tidak boleh bawa sebarang makanan
Ruang taklimat





Sebelum sampai ke titik penghujung benua kena la merentas hutan simpanan paya bakau...sambil tu boleh la jumpa rakan-rakan atas pokok (monyet) yang baik budi bahasanya...

Titik penghujung benua simbloknya ada replika globe...tempat ni dalam proses renovation





Ruang pameran mengenali kehidupan laut

Kawasan ni dalam proses pembaharuan...kalau dah siap nanti boleh la pergi dekat 'titik penghujung benua' yang ada globe.