Friday, July 10, 2015

Ramadhan 22 - Labu Sira

Petang ni teringin nak makan kuih manis...tapi masa agak terbatas nak buat kuih, kebetulan ada labu (pumpkin) sebelum ni dah masak lemak, masih ada separuh elok la buat sira. Lama tak makan sira labu...antara makanan manis yang aku suka sejak dulu lagi...ya la masa kecil2 kat kampung arwah ibu yang masak...lagipun sira labu ni cukup terkenal kat Kelantan bila ada kenduri...ianya dihidang bersama nasi.

Dapat makan sepotong labu cukup puas!!! cukup rasa manis dan lemak...warnanya kurang menarik sebab guna gula melaka...kalau nak nampak cantik letak gula je dan sedikit pewarna kuning.
Cara nak sira labu ni ada berbagai cara untuk potong...ada yang potong ikut bentuk lengkuk labu dan ada juga yang potong kecil bergantung pada size labu. Aku suka potong ikut lengkuk labu sebabnya size labu yang ada ni kecil, bila dah siap potong dan buat kulit serta bijinya...bersih labu tersebut dan direndam dalam air kapur sekejap (letak sedikit je kapur) tujuannya untuk dapatkan labu yang pejal bila sudah disira...untuk elak labu hancur. Cara memasaknya aku buat cara yang paling cepat dan senang, labu yang telah dibersihkan dari air kapur dimasukkan dalam periuk + air (anggaran tenggelamkan labu) + nisan @ gula melaka + gula + daun pandan + bunga cengkih + secubit garam + sedikit santan (pilihan jika suka lemak) - masukkan santan setelah labu sudah lembut...bila santan mendidik angkat sejukkan...dapat makan yang disejukkan dari peti ais lagi sedap...

Thursday, July 9, 2015

Ramadhan ke 21 Kari Daging

Petang ni masak kari daging...sejak bulan puasa hari ni pertama kali masak kari..setiap hari berbuka menu pun ala kadar je... tak perlu bermewah masak macam-macam... kesudahannya tak habis dan membazir. Menu aku hari ni kari daging, sayur campur goreng + ikan kerapu goreng garing cicah kicap sebab dah jemu masak 3 rasa.

Kari daging tetel + sedikit tulang, kari ni masak ikut resipi sdn bhd...bukannya kari mamak...sudah semestinya tak banyak rempah. Sahur nanti boleh cicah dengan roti.

Monday, July 6, 2015

18 Ramadhan

Pagi ni bersemangat untuk ke kelas mengaji setelah beberapa sesi aku tak hadir semasa tak sihat. Lagipun rakan2 mengaji asyik bertanya...
Hari ada beberapa plan untuk aku lakukan...al maklum tertangguh sejak tak sihat. Uuuhhu orang lain baju raya dah siap aku baru nak pergi hantar ke tailor...tak kisah sempat siap atau tak. Seterusnya nak jumpa kawan-kawan lama sebelum raya lagipun tak sempat nak berbuka dengan mereka sebelum ni. Bila dah penghujung macam ni dah tak ada masa untuk keluar berbuka masing2 sibuk dengan urusan.
Petang ni masak untuk berbuka teramat la senang...Mr Right nak makan sardin!!! tambahan menu masak lemak bayam dan goreng daging dan menu yang paling popular tauhu sumbat.

Sardin!!! sekali sekala makan ikan sardin ni best juga...
Tauhu sumbat...makanan paling popular yang aku buat sepanjang ramadhan...memang ada peminat tegar tak pernah jemu makan
Vaadai beli!! tak rugi beli sebab sedap

15 Ramadhan

Berlalu separuh bulan ramadhan... sejak akhir2 ni agak jarang aku update blog...tak ada kesempatan. Alhamduillah kesihatan aku sudah ada perubahan ada tanda2 akan sihat, demam dah tak ada cuma sakit kepala dan cepat penat masih ada. Sekarang ni bila melakukan sesuatu kerja aku kena ambil masa untuk berehat...begini rupanya bila kita tak cukup sel darah merah badan jadi cepat letih.
Bulan puasa kali ni aku kurang meriah menyediakan makanan berbuka memandangkan aku tak sihat...lagipun menu untuk masak tiada dalam minda aku...ya la bila tak ada selera makan sudah semestinya tiada idea untuk masak. Boleh dikatakan menu yang sama je aku masak...

Ikan bilis + petai + terung + tauhu masak bercili
Sup tulang!!!