Monday, April 13, 2015

Mee Sup ala kadar pengubat sakit kepala!!!

Petang ni masak mee sup ala kadar je...rencahnya apa yang ada dalam peti ais...tak perlu nak beli bahan tambahan lain. Cukup la ada serba sedikit rencah seperti ayam, daging, fishball manakala sayur karot, kobis dan tomato....yang penting dapat hirup sup.  

Bila dapat hirup sup panas ni kepala aku yang berdenyut kian kurang...di ofis petang tadi aku menahan sakit kepala cuba mengelak dari telan panadol...jadi ubatnya sup panas. Bagi yang sihat pun malam ini hanya dinner mee sup...

Menu untuk orang tak sihat!!!

Sunday, April 12, 2015

Cek Mek Molek

Waktu petang bila hujan melanda dengan cuaca agak sejuk elok juga dihidangkan dengan teh panas dan kuih cek mek molek. Hari ni melepak je kat rumah, jemputan kenduri pun dah tak ada...jadi merempit la kat dapur memasak dari sarapan - makan tengahari - minum petang dan makan malam. Untuk makan tengahari aku masak nasi kerabu hingga ke malam makan menu yang sama...menu nasi kerabu tak nak tanyang sebab episod sebelum ni dah ada.

Hari ni aku cuma nak tayang menu minum petang je...kuih cek mek molek ni aku guna ubi keledek kuning...tapi rupa bentuknya tidak la semolek mana...aku akui memang gagal bab membentuk kuih cek mek molek ni....sah la aku tak ada kepandaian dalam bidang reka bentuk...tangan tak cukup seni....apa pun ada bentuk sikit seiras pun jadi la janji rasanya sedap.

Kuih ni kos untuk menghasilkannya tak la semahal mana jika dibandingkan beli kuih yang siap dijual dengan harga 60 sen sebiji.....keledek ni aku beli tak sampai sekilo sekitar RM3 sahaja hasilnya dapat 15 biji, tepung gandum diperlukan setengah cawan + gula sekitar 5 sudu besar dan minyak menggoreng. Cuma kita perlu ada sedikit kerajinan untuk berusaha membuatnya...sebalik itu juga kita dapat nikmati kepuasan rasanya dan bangga dengan hasil usaha sendiri.

Roti Canai Nescafe tanpa GST

Pagi ni kami sarapan tanpa bayar GST,  roti canai telur dan nescafe disediakan kat rumah...kalau makan di kedai semestinya ada bayaran tambahan selain dari harga makanan yang sudah semestinya naik harga...tapi kami dari dulu lagi jarang bersarapan di luar kecuali secara kebetulan keluar waktu pagi. Masa bersarapan tu terbaca la viral komen di FB ... ya la pak menteri boleh la cakap masak sendiri, bawa bekal, pelajar pun dia suruh masak sendiri....eeemm masak tu boleh masalahnya barang mentah pun mahal. Dulu aku tak kisah sangat bila kecoh barang naik harga setiap kali kerajaan umum kenaikan gaji kakitangan awam...sekarang ni aku dah kurang kesabaran bila mengikuti berita ada je keluahan dari rakyat...sakit hati dengan pihak tertentu yang sepatutnya bertanggungjawab, diamanah memberi keselesaan kepada rakyatnya...tapi bercakap seperti dia tu tak ada perasaan...adakah mereka ni tidak pernah turun padang melihat keperitan raykat?

Bagi yang mewah tak ada masalah kewangan dan tak perlu menadah tangan serta berkeringat mereka hanya berdiam, bagi mereka tiada apa yang tertekan dalam kehidupan seharian...manakala yang berpendapatan kais hari dan berpendapatan tak seberapa setiap bulan amat perit ditanggung....mereka sekadar mengeluh segalanya perlu diteruskan. Setakat ni aku masih dalam kategori sederhana mampu tapi timbul rasa kesian dan simpati bagi yang terpaksa berkira-kira setiap kali ingin membeli sesuatu. Terdetik juga bagaimana mereka catu makanan untuk dijadikan 3 sajian sehari? Adakah mereka mendapat makanan seimbang jika tak mampu? Adakan anak-anak mereka akan sihat seperti pemimpin sarankan? Adakan kehidupan mereka sekeluarga akan tenteram jika dibelenggu kesempitan kewangan.... Ya kita semua sedar segalanya Allah swt yang menentukkan rezeki dan sebagainya...tapi setelah kita berusaha ada tapi disebaliknya ada penindasan dimanakan keadilan khalifah yang diamanahkan. Wahai pemimpin kau jawab la di akhirat kelak atas apa yang telah diamanahkan.

Segelas nescafe + sebiji roti canai telur...dulu bila ke kedai bawa duit RM3 sudah cukup untuk sarapan macam ini...sekarang cukup untuk bayar segelas nescafe.

Saturday, April 11, 2015

Butir Nangka

Pemanis mulut @ dessert untuk petang ni aku masak butir nangka...agak lama tak makan kuih manis yang berkuah. Tengahari tadi menu hidangan ala kampung antaranya ikan aya singgan, daging goreng kunyit, ikan goreng, ulam jantung pisang, pegaga dan semestinya budu.

Bila dah makan nasi ala kampung dah semestinya nak bilas mulut dengan rasa manis....butir nangka kalau orang Kelantan mesti semua kenal kalau luar Kelantan aku tak pasti...mungkin sama atau pun ada yang panggil badak berendam.

Disebabkan bentuk kuihnya ala2 biji nangka...sebab itu ianya dipanggil butir nangka...bagi mengukuhkan lagi namanya dalam masakan ni dimasukkan isi nangka....uuuhh aroma nangka menarik selera dari satu sudu ke satu sudu kami nikmati.

Bagi yang nak mencubanya bahannya tak banyak... tepung pulut + air kapur + pewarna diuli jadi doh agak2 boleh bentuk bulat kemudian direbus dalam air mendidih sehingga tepung tersebut timbul angkat dan rendam dalam air biasa sekejap...tujuannya tak nak bagi kuih tersebut melekat antara satu...kemudian sejat. Acara menyediakan kuahnya... santan pekat  + gula bergantung kepada tahap kemanisan masing2 + sedikit garam + daun pandan @ halba + isi nangka jika ada...masa sehingga mendidih kemudian masukkan kuih biji nangka....dah siap!!!

Semangkuk pencuci mulut..butir nangka berwarna warni bersama isi nangka.