Sunday, March 8, 2015

Udang Goreng Butter

Masakan yang jarang dimasak sebabnya kurang mahir dalam prosses goreng telur dengan mentega @ butter dan yang paling takut dengan kandungan kolesterol...ya la semuanya berlemak. Lagipun hari ni aku pilih masakan ni sebab dah jemu asyik makan masak lemak udang. Proses memasak udang goreng butter ni aku buat 3 langkah. 

Langkah pertama goreng udang dalam minyak yang penuh hingga masak. Sebelum digoreng udang tersebut saya gaul dengan sedikit garam kunyit dan tepung jagung untuk elak dari meletup jika goreng udang sahaja.

Langkah ke2 proses goreng telur kuning dengan sedikit minyak dan butter kacau sehingga berbuih dan telur kekuningan serta garing. Kemudian tapis atau sejat untuk keringkan minyak...bab ni bagi yang pandai telur mesti nampak bertali atau berurai kalau pandai kacau...caranya satu tangan curah telur dalam kuali dan satu tangan lagi kacau.

Langkah ke3 panas sedikit minyak tumis  bawang putih, daun kari, cili padi yang dipotong jika suka pedas, sedikit rempah kari dan susu cair 2 atau 3 sudu dan letak sedikit garam atau rencah 3 rasa. Hati2 bila letak garam sebab butter dah ada rasa masin. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng kacau sekejap angkat taburkan dengan telur butter yang telah ditapis / lap minyak.

Ini la hasilnya....kan aku dah cakap kurang mahir bab goreng telur butter tak ada bentuk bertali atau berurai... boleh makan juga walaupun rupanya kurang menarik...rasanya memang menjilat jari.

Jangan pandang pada udang tu tau...aku sengaja tak buang kaki-kaki udang tu...sebabnya bila digoreng terasa kerangupannya.
Bila ada udang butter ni tak perlu lagi ada lauk lain...cukup la makannya dengan nasi atau pun makannya sahaja. Rasanya yang lemak manis dan aroma mentega betul-betul tertambat.

Ikan Kerapu Stim

Hari ni agak lewat makan tengahari...balik dari kelas mengaji menyinggah tempat lain. Balik rumah dah pukul 1 ptg, kononnya nak makan kat luar tapi tak ada pilihan menu menarik...nak makan nasi kat mamak semalam dan makan briyani kat Syed Bistro. Kesudahannya terbaik kami balik rumah...masak je la bukannya susah pun, masakan yang cepat stim ikan kerapu dan goreng telur dadar dan udang goreng butter serta goreng sayur pak choy.

Ikan kerapu dah tumbang dan tergolek...bila masak angkat terus hidang sebabnya kena makan saat berasap baru rasa kenikmatannya!!!

Hati-hati bila makan ya gigi ikan kerapu ni teramat la tajam.

Wednesday, March 4, 2015

Infused Water

Sekian la dok baca je tentang kebaikan dan keberkesanan infused water, malam tadi aku ringankan tangan mencubanya, kerjanya hanya 5 minit je...potong buah dan letak dalam bekas dan masukkan air...aku sejukkan dalam peti ais semalaman, berdasarkan kepada pembacaan digalakkan merendam buah tersebut melebihi 2 jam.  Pagi ni bawa ke ofis...ya la pertama kali cuba tak nak minum pagi2 nanti dibuatnya nak buat air dengan trafik jam atas jalan tidakkah menyusakan diri sendiri. 

Size botol untuk 500ml air, buah-buahan yang aku letak orange, limau nipis, epal hijau dan mentimun. Buah-buah tersebut boleh makan tau...kecuali limau nipis.
Bila minum air ni rasa masam manis...tapi tak ada la rasa seperti jus buah yang kita blend, bagi yang tak suka minum air kosong elok pratik / amal minum air yang direndam dengan buah-buahan ni sebab ada rasa selain dari kebaikannya untuk detox membuang toksin dalam badan. Keberkesanannya tu aku belum pasti sebab baru mencubanya.....mungkin kena amal meminum infused water ni lebih dari seminggu....

Tuesday, March 3, 2015

Sruppp Kueh Teow Tomyam

Tengahari ni meredakan diri melintas ke Mall tak jauh dari office, hajatnya meneman kawan ke Maxis Center, biasala bila keluar tu bermula satu hajat secara tak sengaja akan bertambah...dah kenyang pun boleh jadi lapar bila tengok kedai makan. Menyinggah la kami di Bangkok House selera Thai...kebetulan tepat waktu makan tengahari...maka masing-masing mencari habuan ala kadar. Lagipun tempat ni dah beberapa kali aku kunjungi maka menunya pun aku dah tau apa yang hendak makan selain dari nasi. Aku minta kueh teow tomyam seafood, kawan minta bihun soup beef...mengadap hidangan sambil  bersembang habis juga semangkuk!!! 

Terbaik!!!! rasanya cukup dan puas hati dapat hirup kuah tomyam. Kalau nak cakap pasal taraf harganya agak mahal...tapi faham-faham je la sekarang ni mana ada barang murah semuanya melebihi dari RM15 semangkuk.