Menyediakan makanan yang paling senang dan cepat...lepas tu kena makan panas-panas. Ceritanya malam ini kita makan maggi mee je...cepat dimasak sedap di makan. Aku ambil cara paling mudah untuk masak maggi... sila rujuk pada gambar dibawah semestinya sudah faham cara memasaknya...tak perlu nak cerita kat sini kalau setakat masak maggi semua orang tahu. Sekarang ni aku agak musykil bila makan sebungkus maggi macam tak kenyang....adakah size sebungkus maggi dah kecil kot atau selera makan yang melebihi had??? ...ingat dulu kalau masa masak sebungkus maggi makan dah kenyang. Apa pun bersyukur la dengan rezeki yang ada... amin.
Thursday, October 9, 2014
Tuesday, October 7, 2014
Bukit Fraser
Petang hari raya Aidil Adha...kami ke Fraser's Hill sekadar untuk jalan-jalan. Perancangan untuk ke sini Mr Right yang buat keputusan sehari sebelum cuti raya memandangkan tak balik kampung lagipun nak penuhkan masa cuti 2 hari. Plan nak bertolak ke sini selepas solat sunat raya, tapi terpaksa bertolak petang sebab anak-anak sedara nak datang beraya. Lagipun tak ada apa pun nak dikejarkan di sana, kami dari KL - Rawang - Kuala Kubu Baru - Fraser's Hill, kalau tak silap dari Kuala Kubu Baru ke Fraser's Hill jaraknya 48km.
Serious!!! cukup la kali ni je datang, tak nak datang lagi ke sini, aku ni jenis mabuk tak tahan bila melalui jalan yang berbukit dan berliku...aku pernah ke sini kalau tak silap 10 tahun lepas menghadiri sesi brainstorming ofis lama aku bekerja, ingat lagi waktu itu aku ke sana dengan kawan ofis...masa perjalanan balik aku muntah. Kali ni aku mabuk masa menghala ke sana...boleh dikatakan beberapa kali aku minta Mr Right berhenti kereta untuk hilangkan rasa pening...tapi kali ni tak muntah cuma mual dan pening. Aku dan adik cukup serik untuk ke sini kalau tak ada hal mustahak...sebab kami sama-sama mabuk.
![]() |
| Trade mark bila sampai kat sini |
![]() |
| Papan tanda ni amat berguna kepada sesiapa yang tak biasa ke sini |
![]() | |
| Pemandangan dari kafe tempat kami lepak minum kopi...bila sampai sini terus kami check in Cafe untuk hilangkan rasa kepeningan...lagipun waktu kami sampai ni hujan renyai2 dengan cuacanya yang sejuk memang buatkan kami terasa nak mencari minuman panas...tambah pula aroma jagung rebus menambat hati. |
![]() |
| Landscape salah satu banglo menarik perhatian aku....bestnya kalau dapat penginapan macam ni. |
![]() |
| Penginapan Puncak Inn |
![]() |
| Foto sekadar cuci mata semasa menghayati secawan kopi dengan jagung rebus. |
![]() |
| Berhenti sekejap dekat empangan menghayati keindahan sebelum naik ke puncak Fraser's Hill...waktu ni baru lepas hujan... |
Ketupat Palas Aidil Adha
Antara menu makan di pagi raya Aidil Adha. Aku masak ketupat palas manis berinti serunding daging. Memasak pulut dan mengadun pulut ni aku tak kisah boleh dikatakan pandai...tapi bab membungkus ketupat menggunakan daun palas aku tak pandai dan gagal. Sejak kecil kalau tiba musim raya aku mesti tolong arwah nenek masak ketupat palas...tapi tak dapat mewarisi kepandaian membungkus ...masa belajar dengan awrah nenek pun tak lulus inikan pula tanpa tok guru...tapi disebabkan nak kekalkan tradisi di hari raya aku berusaha menghasilkannya walaupun tidak 'perfect'.
![]() |
| Hasil 'kerastangan' aku dalam bidang membungkus ketupat palas...memang memalukan kalau mak mertua tengok...tapi nasib baik la isinya sedap. |
Sunday, October 5, 2014
Nasi Dagang Pagi Aidil Adha
Kongsi menu pagi raya haji...nasi dagang dan seangkatan dengannya.... lauknya aku masak gulai udang dan ikan tongkol, telur rebus, acar dan sambal kelapa. Ini je makanan untuk dijamu pagi raya selain dari ketupat palas. Manakala pencuci mulut kek dan popia goreng.
![]() |
| Nasi dagang dah siap masak. |
![]() |
| Gulai udang |
![]() |
| Ikan tongkol masak lemak |
Subscribe to:
Posts (Atom)












