Friday, August 8, 2014

Raya Puasa Enam

Alhamduillah selamat mengerjakan puasa qada dan puasa sunat syawal 6 hari...maka dapat la beraya enam...kalau kat kg orang tua selalu cakap raya enam sebab sudah selesai berpuasa sunat syawal enam hari. Raya ni hanya yang berpuasa je la meraikannya tak ada kaitan dengan orang lain. Aku pun tak ada buat persediaan masak untuk meraikannya sekadar bersyukur selesai berpuasa...bagi aku berpuasa ni menyeronokan sebab waktu makan dah rehat serta ibadat terurus dan tepat waktunya...tu la hikmat bila kita mengerjakan ibadat berpuasa bukan setakat badan je sihat banyak lagi bonus yang Allah swt sediakan untuk umatnya...amin.

Makan ni je la untuk pagi raya puasa enam... buah tangan dari kawan yang pergi beraya di Turkey
Kemanisannya mencengkam dicelah gigi...

Tuesday, August 5, 2014

Daging Gulai Darat


Masakan ni aku ikut resipi arwah Mek...kalau di Kampung masak daging gulai darat ni adalah menu kebiasaan bagi kami sekeluarga sebabnya masa kecil kami kurang minat masakan yang berkari. Sekarang ni bila dah berhijrah dan bercampur dengan berbagai bangsa terutamanya bila bermastautin di KL masakan kari sudah menjadi menu pilihan...tambah pula masakan gulai darat ni susah nak jumpa kat KL. Masakan ni di KL atau tempat lain mungkin ada atau dipanggil nama lain ataupun aku yang tak jumpa restoran yang ada menu ini. Resipi masakan ni bahannya lebih kurang masak rendang cuma tak letak serai dan berkuah. 

Daging Gulai Darat yang dah masak sedia untuk dimakan.
Resipi Daging Gulai Darat - Secara ringkas bahan-bahannya : Daging lembu kalau daging yang ada sedikit lemak lagi sedap, bawang merah + bawang putih + cili kering + halia + lengkuas + rempah @ ketumbar + kunyit (ditumbuk @ blend hancur), santan, asam keping, krisik, ubi kentang jika suka, cili besar/hidup untuk aroma diletak ketika masakan hampir masak, garam + gula@nisan, ada juga yang letak sedikit budu (tapi aku tak letak). Cara memasaknya : Daging digaul bersma bahan-bahan yang telah diblend kemudian letak sedikit air atau santan cair, kemudian masak hingga daging empuk@lembut, kemudian masukkan santan pekat (kepekatan kuah bergantung kepada selera masing-masing), masukkan kentang + krisik + asam keping + garam + gula.

Oh Sayur Bayam

Asyik masak sayur bayam je tak jemu ke? Jawabnya tak!!! sebab saya suka makan nasi dengan sayur bayam...tak kisah masak apa hakikatnya sayur bayam antara sayur yang paling saya suka...menu berbuka puasa petang semalam cukup menyelerakan walaupun sekadar bayam masak lemak putih, telur goreng dan ikan goreng serta ikan masin. Kalau nak sedap lagi tambah sambal untuk rasa pedas....perggg.

Sayur bayam masak lemak putih letak udang kering
Telur dadar!!!!

Sunday, August 3, 2014

Petai Ikan Bilis

Menu berbuka petang ni aku masak sup tulang lembu, ayam goreng, memandangkan ada stok petai dari kampung tempoh hari maka masak petai bersama ikan bilis dan tauhu digoreng bercili. Sehari dua ni asyik makan berulam petai je... uuhhuu mewah petai.. cuma hasrat nak makan sambal udang dengan petai belum tercapai sebab tak ada stok udang. Apa pun saat berpuasa enam ni makan je apa yang ada.
 
Petai, ikan bilis dan tauhu bersatu dengan sambal cili menambah kesedapan!!!