Sunday, June 8, 2014

Butir Nangka

Kuih butir nangka ni mungkin bagi setengah orang tak kenal...kecuali asal dari negeri Kelantan mesti kenal dan biasa makan. Kuih berkuah santan yang manis dan isinya dibuat dari tepung pulut berbentuk seperti biji nangka...itu la sebabnya diberi nama butir nangka. Hari ni aku masak kuih ni ada perisa nangka kebetulan ada nangka segar....bau nangka menambahkan lagi keenakannya. 

Atas dapur dalam proses memasak!!! nak makan yang panas atau sejuk terpulang pada selera masing-masing... 

Jemput-Jemput Durian

Pagi ni kelam sekejap memikirkan untuk sarapan...nak makan apa dan apa yang nak dimasak. Pagi semalam dah makan roti canai.... Mr Right nak keluar ada urusan maka aku masak yang cepat masak je....masak sosej dan gulung dengan telur...buka peti ais nak ambil sosej terpandang durian frozen...sedap juga buat jemput durian. Cukup la untuk sarapan pagi ni. Jemput durian ni kalau ikut resepi arwah mek selain dari durian dia letak juga pisang dan sedikit kelapa parut serta gula. Bila goreng je jemput-jemput ni aroma durian menyelubungi ruang dapur pagi-pagi lagi...
Sedap dan enak sekali!!!

Saturday, June 7, 2014

Bitter Gourd @ Peria

Minggu ni kelas mengaji cuti...maka tengahari ni aku sempat la sedia menu untuk makan tengahari, daging goreng campur kacang panjang, sup ayam, ikan goreng dan peria goreng.
Aku cuma nak kongsi tentang peria goreng je...lauk lain tu biasa je. Peria kering ni Mr Right bawa balik dari Sri Langka...setakat hari ni aku tak pernah jumpa dipasaran peria kering...kalau yang basah atau segar tu banyak kat pasar dan satu lagi kalau yang dah siap masak goreng garing kat kedai mamak ada jual. Peria goreng garing ni memang kegemaran aku...cuma tak pernah masak...yang segar tu tau la masak. Bila dapat yang kering ni boleh la aku masak dan makan sepuasnya. Tapi sayang Mr Right beli satu pack je...boleh la dua kali masak.  Cara memasaknya kalau nak ada rasa peria tu boleh la digaul dengan sedikit garam kemudian goreng dalam minyak banyak seperti goreng keropok. Untuk tambah bahan lain seperti bawang, tauhu etc tu terpulang pada kreativiti atau selera masing-masing.

Peria garing yang sudah siap digoreng bersama tauhu dan daun kari.
Rendam sekejap...ikut pada arahan tapi kalau tak rendam terus goreng pun tak menjadi masalah.

Thursday, June 5, 2014

Bayam Merah

Lama tak bercerita kat sini... beberapa hari ni  tak berkesempatan dan mood untuk menaip kat sini kemalasannya melepasi tahap maksimum tetapi memasak dan makan tepat terjaga... petang ni mood dah berubah jadi untuk makan malam aku masak bayam merah...lama tak masak lemak putih bayam ni...uuhhu berselera kami makan malam ni tambah pula ada ikan goreng yang garing...berpedas dengan sambal belacan dan sotong goreng kunyit bersama kacang panjang. Alamaknya kami makan macam tak pernah jumpa makanan ni....tapi sempat lagi mengucap syukur dan berhenti makan sebelum kenyang.

Sayur lemak bayam merah + tauhu + udang kering...sekali sekala dapat makan macam ni memang menyelerakan
Cuba teka nama ikan ini? Ini namanya ikan sardin @ selayang, ikan ni dulu tergolong dalam kategori tidak famous...tapi sekarang ni harganya sudah melepasi RM10 sekilo.
Kacang Panjang bersama sotong!!!