Walaupun kita ni sudah tau berkenaan hukum hakan agama...namun adakalanya kita lalai dan tersasar dari landasan angkara desakan hidup dan dugaannya. Ada masa selain perkara wajib kita ketepikan perkara sunat sedangkan ianya lebih memberi keberkatan kepada kita dunia dan akhirat. Atikel ni fokus tentang 'rezeki', setiap umat dimuka bumi ni Allah swt telah sediakan rezeki masing-masing tak kira dari sumber macam mana.
Thursday, February 13, 2014
Wednesday, February 12, 2014
Pasta Sup
Petang ni masak pasta sup untuk dinner...dah kering idea nak makan apa...kesudahannya sup je la yang selera nak makan lagipun kerja senang dan cepat. Pagi tadi di ofis breakfast roti dan lunch salad..uuhhuu diet la aku hari ni. Lepas ni nak tengok Akasia Ariana Rose, hahaha jangan tak tau aku pun terbabit sama tunggu drama ni walaupun pernah baca novel asalnya. Bagi aku melalui pembacaan novel lagi menarik sebabnya dapat menghayati setiap bait atau dialog yang digunakan lagi menusuk hati, itu, bagi aku kalau tengok drama jangan bandingkan dengan novel...sebabnya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.
Sejak pagi tadi bahu dan lengan aku sakit pulak cuma kali ni sebelah kiri pulak..Ya Allah apa la dugaan ke atas aku ni..mungkin aku tak boleh buat kerja berat...petang semalam aku angkat barang berat...ya la kalau dah kat rumah tetap nak buat kerja-kerja rumah. Aysik nak ambil pil je risau juga...sampai bila nak bergantung pada pil tahan sakit.
![]() |
| Pasta sup...bagus untuk diet!!!! wahlal aku malas nak masak makanan lain. |
CNY - Lion Dance
Waktu lunch tadi area ofis aku ada tarian singa...uuhhuu ada gak hiburan bagi yang keluar lunch..aku tak keluar lunch tengok dari ofis je. Ikutkan hati nak turun sebab aku suka tengok kelincahan singa2 tu melompat dan boleh tengok keunikan, kerjasama antara mereka semasa bergerak...malas la pulak nak turun lagipun dah ada makanan untuk lunch...eeemm jenguk dari atas tapi nampak kecil je singa-singa tu. Area sini kalau CNY memang sentiasa ada acara macam ni, lepas ni singa-singa ni akan pergi ke setiap ofis atau unit yang dijemput oleh owner masing-masing, mereka akan buat persembahan...biasanya dibayar dan diberi angpow. Bagi kami yang berjiran dengan ofis yang menjemput group tarian singa tu....fuuhhh memang pekak la sekejap.
![]() |
| Nampak kecil je singa-singa dari pandangan atas |
Sakit Sendi Leher dan Bahu
Atikel ni menarik untuk aku baca dan simpan, yang mana aku pernah mengalami situasi ini. Beberapa minggu lepas aku kena sindrom sakit sendi, tengkuk, bahu dan kebas tangan...sekali sekala rasa lenguh tangan sampai ke kaki tapi sebelah kanan je. Di sini aku kongsi artikel yang aku ambil dalam akhbar UM, kepada rakan-rakan lain yang pertama kali mengalami sindrom ini pasti bingung dengan masalah yang dihadapi. Pengalaman aku yang pertama kali mengalami sakit saraf yang teruk...sehingga terfikir macam-macam jenis penyakit...rupa-rupanya bila jumpa doktor baru tau masalah sebenar yang aku alami.
Subscribe to:
Posts (Atom)

