Friday, December 6, 2013

Laksa

Habis kerja petang tadi aku jumpa kawan lama...rasanya dah setahun lebih aku tak jumpa dengannya. Kalau ikutkan kami ni tinggal kat KL je tapi masing-masing ada je hal. Seronok bila dapat jumpa kawan yang boleh dikatakan mempunyai pandangan dan pendapat yang sealiran...bila bersembang pun kita rasa selesa...kita bukannya bersembang masalah negara atau politik semasa...hanya sembang tentang kehidupan masing. Bila sembang dengan kawan tak sedar masa berlalu...2 jam berlalu pun tak sedar. Masa lepak tadi aku makan laksa, tapi rasa asam laksa tu tidak menepati selera aku...kurang masam. Apa pun bila dapat bersembang soal makan sedap atau tak tidak menjadi masalah...janji kami seronok dapat jumpa. 


Roti Bakar

Pagi ni badan lemah dan urat saraf rasa sakit-sakit je...mesti angin banyak dalam badan ni...aku dapat agak ni punca makan sayur bayam malam tadi. Bila badan kurang selesa mula la mood di ofis pun lemau je tambah pula cuaca mendung...KL pun dah di landa musim tengkujuh. Sebut pasal hujan ni kesian warga di Pantai Timur dilanda banjir teruk...tergerak juga hati aku nak jadi sukarelawan...tapi tak ada 'channel' untuk aku ke sana...aku sekadar mampu hulurkan sumbangan tabung je la...InsyAllah 

Roti bakar - untuk hilangkan rasa muak selang seli makan dengan salad dan tomato

Nasi + Bayam

Balik kerja petang semalam aku tiba2 je selera nak makan nasi yang panas lauk ikan pekasam @ ikan masin lepas tu masak air bayam. Sekarang ni musim hujan dan udara yang sejuk perut pun mula la nak diisi je. 

Nasi putih + bayam masak air letak tauhu dan udang kering dan yang paling menyelerakan ikan masin @ pekasam

Thursday, December 5, 2013

Lawak ke Der 3

Malam tadi kami ke Panggung Istana Budaya tengok pertunjukan Lawak ke Der 3. Hahahaha ketawa sampai berair mata. Rasanya dah lama aku tak ketawa macam ni. Syukur dan terima kasih kat Mr Right sebab sanggup teman aku tengok show ni.   Orang cakap ketawa adalah salah satu terapi untuk kesihatan kita, sebabnya toksin dan aura negatif akan keluar bila kita ketawa. Pendapat itu aku boleh terima sebabnya selepas kita ketawa fikiran, jiwa dan hati kita jadi lapang dan tenang. Mungkin setiap orang akan mengalami situasi yang berbeza. 

Persembahan lawak ni seronok juga tengok 'live'...sebelum ni aku cuma tengok rancangan lawak ni kat tv je. Persembahan Lawak ke Der 3 ni aku rekmen pergi tengok sebabnya kelakar la!!! Kalau tanya lawak 1, 2 dan 3 yang mana paling best aku tak tau sebab aku cuma berpeluang tengok yang ke 3 je. Bagi yang stress kerja dan sebagainya ini salah satu penawar atau terapi untuk diri kita. 

Tiket je aku snap...masa sampai kat Istana Budaya dah waktu masuk, habis show terus balik tak sempat nak jumpa artis...besok nak kerja la.
Ni la rupa artis@pelawak...gambar ni copy kat goggle