Saturday, February 2, 2013

Lunch Time!!!


Hari ni makan tengahari on time....sharp pukul satu ptg kami mengadap hidangan. Hari ni menu selera makan untuk orang selsema... stim ikan dan daging goreng, pilihan aku ikan pekasam dari Pekan Rabu.... lama betul tak jumpa ikan pekasam ni. Eemm ikan pekasam ni aku je yang makan kat rumah ni. Tapi nasib la bagi yang tak minat tu kalau berbau bila aku masak.

Makan nasi panas + ikan pekasam pun dah cukup. Stim ikan tu pun kena makan panas kalau tak hilang aroma bahan2 dalam masakan tu....seperti bau serai  halia dan daun sup & bawang. Orang tak sihat bila dapat kuah ikan stim ni cepat recover selsema bila makan halia, bawang putih etc.

Nasib la makan bertambah aku hari ni... gara2 menu hari ni... nak taip blog pun dah tak boleh nak buka mata.

Friday, February 1, 2013

Keluarga kekacang

Cuaca panas 31c hari ni, nak keluar rumah pun rasa tak da mood. Dok kat dalam rumah pun terasa bahan panas. Mr Right pun dah kena selsema, tak terkira 'achommmnya'... bagi panadol baru diam... he..he. Kesian gak tengok dia, makan tak selera.  Emmm makan kekacang je... lagi la batuk.

Kekacang tu memang la sedap tambah pula sambil tonton tv mengunyah tak sedar habis sebungkus. Cuma nak rekmen brand camel tu memang sedap ada campuran kekacang gajus, badam, kismis etc .. tak rugi kalau beli kualitinya memang bagus.

Lunch Sponsor

Makan tengahari tadi beli yang dah siap...Mr Right yang sponsor ... tiba2 je bawa balik kfc .. ok la tak payah masak untuk lunch.... boleh rehat banyak sempena hari wilayah ni. Confirm aku habiskan 2 ketul kfc tu sebab dah lama tak makan. Orang lain yang mengidam tapi aku yang selera lebih. Eemm rezeki makan ni tak boleh ditolak...

Maggi Kari Goreng

Pagi ni terselongkar kabinet kot- kot ada yang menarik untuk dijadikan breakfast. Mulanya ambil bihun untuk goreng tappi aura maggi lagi menarik selera pagi ni. Memang pelik sikit makan maggi untuk sarapan.....namun selera tu tak kan nak halang kecuali susah nak dapat.

Makan maggi ni orang cakap kerja senang dan tak menyihatkan. Aku ambil kisah sikit je apa yang dicakap tu...tak boleh nak salahkan makanan bila sakit janji kita tau mengawal pemakanan dan menjaga kesihatan diri sendiri. Ya la kan zaman sekarang ni banyak sangat produk segera....dah mati pun disegerakan . ... eeemmm apa aku melalut pagi2 ni. Hidup dan mati kita Allah swt yang menentukannya sama ada cepat atau lambat.